Tuesday, March 2, 2010

Rakyat Malaysia Yang Prihatin

selalu gak dengar cerita kawan2 tentang masalah ni...ada juga yang aku pernah kena sendiri tapi tak seteruk ni...hari ni aku dari subang jaya keluar ke federal highway nak menuju ke subang airport...lebih kurang 200 meter nak sampai ke susur jalan ke subang airport jalan jam teruk...memang padat...aduh...aku dahlah nak cepat ni...kenapalah kat depan ni...accident ke...tak pun road block...mengenangkan ada hal penting aku redahkan juga...nasib baiklah jam yang bergerak...lebih kurang 20 minit lepas tuh bila keadaan mulai lancar dan aku tengok kenderaan kat depan dah mula laju balik...aku pun tengoklah sekeliling...apa yang jadi sebenarnya buat jam teruk macam ni...takde pulak accident...road block pun takde...dan bila aku toleh kat sebelah kanan...rupa-rupanya...ada road block KAT LALUAN SEBELAH SANA...aduh...sebab ni ke jam...road block yang takde kena-mengena dengan laluan aku pun...dan nak best lagi...road block tuh bukannya kat jalan utama pun...tapi kat laluan motosikal...adalah 2 ke 3 motosikal yang kena tahan waktu tu...dan aku sendiri seperti yang lain secara automatiknya juga melihat apa yang berlaku dan melihat apa yang orang lain beria nak lihat sampai jam macam ni...dan inilah puncanya yang menyebabkan kesesakan hampeh tadi...so, mungkin pemandu lain pun takleh aku salahkan sebab aku sendiri pun jadi 'ter'buat bila lalu kat situ...dan bila aku teruskan perjalanan...laluan jalan utama kat sebelah sana pulak jam yang sangat teruk...mesti diaorang pun prihatin tengok apa yang berlaku...tak pun kesiankan kat penunggang2 motosikal yang kena tahan polis tu...

jadi aku mintak tolonglah kat semua orang termasuk diri aku sendiri ni...tolonglah kurangkan keprihatinan anda dengan benda2 yang macam ni...sebab nanti menyusahkan orang lain...tak pun nanti sebab keprihatinan  kita yang amat sangat nak tengok orang lain...kita sendiri yang bermasalah...kemalangan ke kan...korang alih-alihkanlah semangat keprihatinan korang sebagai rakyat Malaysia tu pada masalah-masalah yang sepatutnya dan yang  lebih penting...

notaku di jalan sempitmu: yang peliknya waktu jam tadi takde satu bunyi horn pun yang kedengaran...semuanya tenang serta memahami semangat dan jiwa orang lain yang prihatin nak tengok road block nun di seberang sana....huhuhuhu....

2 comments:

luna_e said...

O...inila die antare orang-orang yang menyumbang kesesakan jalan raya di subang jaya ye??? ehehehe (joking)

Akira said...

huhuhuhu...memang salah seorang lah nih...tuh yg kena ubah sikap tuh...insyaAllah...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.