Friday, August 28, 2009

Renungan Ramadhan

RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN
Pertama:

BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

PERHATIAN!!! Anda Dilarang Makan Nasik


salam korang...

sempena hari ke 7 berpuasa nih aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali diri kami dari dalam dan luar planet bumi (sorryler terlambat)...

di harap dalam bulan ramadhan yang mulia nih dapat lah kita semua bersatu hati menahan segala dugaan dan pancaroba...pada sesapa yang nakal tuh harap kurangkan2 la...kalau bulan posa nih nak gunakan alasan hasutan setan gak mmg korang menipu la... sebab setan takde...korang lah yang setan...untuk korang semua dan kitaorang jugak sesamalah kita menahan segala hawa nafsu supaya bulan posa nih dan bulan2 seterusnya kita akan sentiasa diberkati...

kitaorang jugak nak amik kesempatan kat sini nak mohon maaf kat korang semua seandainya ada tersalah dan terdosa pada korang...ampunkan lah kitaorang ek...nanti posa kitaorang tak di accept plak...

tahun nih jugak kitaorang kali pertama sambut puasa sebagai suami isteri...best woo...sang isteri ku ini jugak amat rajin bangun memasak untuk sahur walau sesimple cuma...thanks tau...sayang dia...harap teruskan lah smpi ke akhir jgn awal2 jer k...untuk berbuka plak...pssttt..rahsia...nanti kalau bagitau dia marah...

nota ku di air tebumu : aku pun tak sesabar nak sambut hari raya sbgai suami isteri dgn isteri ku ini...harap2 lebih besh dan yang paling penting duit raya boleh bagi dua ngn dia...save sket...miahahahaa



Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?


Cerita diatas adalah kiriman dari seorang sahabat...

Wednesday, August 26, 2009

Hepi Seben Month Eniveseri

buat isteriku yang tercinta hanya satu tiada 7 nya...
ingin ku ucapkan Happy 7 month Annivesary....
kenapa 7 month yg aku beria2 nak ucap....
sebab angka 7 adalah kegemaranmu....
di harap kita akan terus bersama 7 ratus ribu tahun lagi...
di harap kita akan terus bahagia 7 hari seminggu...
di harap anak kita yg bakal ada 7 orang kesemuanya menjadi insan yang soleh dan solehah...
dan menjadi kebanggaan ketujuh-7 adik beradikmu....
dan kesemua jiran-jiran kita di apartment yang 7 tingkat itu akan sentiasa mencemburui kita....

lastly....i 7 u so much...

Wednesday, August 19, 2009

Hujung Minggu Yang Baru



14/08/09

demam virus pilus….

dah seminggu lebih akira demam..sekejap elok sekejap demam balik..dek kerana risau dengan pelbagai jenis penyakit yang sedang berlegar2 sekarang ni..maka petang jumaat tu, balik dari opis haney bawak akira gi hospital..dengan sedikit desakan akhirnya akira setuju..hospital ampuan aminah, klang “pusat saringan demam”..alamak ramainya orang..baik2 tak kena virus, bole terkena ni.setelah berfikir beberaper minit dan atas nasihat mama..kami terpaksa tukar plan asal..dan akhirnya kami pergi ke klinik panel di bukit tinggi..doktor pun terkejut bila diberitahu yang demam berpanjangan sekejap ada sekejap takder tu telah berlarutan hampir 2 minggu..dan akhirnya sample darah diambil..hasil dari pemeriksaan keatas sample darah...alhamdulilah akira cuma terkena demam virus jer…dan dinasihatnya mengambil ubat secara teratur mengikut arahan doktor…jangan lupa makan ubat tau..



malamnya

setem……kabir bakthiar

dari minggu lepas haney nak sangat tengok citer setem nih…sampai amik cuti…annual leave..tp tak dapat tengok gak..sbb hari isnin tu Tayangan pukul 9.30pm.. sedangkan kami terconggok kat sunway pyramid tu dari pukul 6.00pm…kalau nak tunggu boleh berkulat gak nih..so impian nak tgk citer tu terpaksa dibatalkan. tapi mlm sabtu lepas kerana ruang & kesempatan yang terbuka luas maka haney pun meluahkanlah kembali hasrat nak tengok citer tu..heheh tak sangka plak..akira setuju ngan cadangan tu…kami amik tiket pukul 9.30pm tengok kat jusco bukit tinggi..seat tak beraper penuh..walaupun agak lewat masuk panggung sbb gi beli apple donut yang telah beberapa hari disebut2 oleh akira namun tidaklah begitu ketinggalan jauh utk mengikuti opening cerita tersebut…secara keseluruhannya citer setem ni tak membosankan sbb banyak babak2 dan dialog2 spontan yang mencuit hati dan mengeletek perasaan..cerita sempoi tak payah banyak fikir dan happy ending..tp menurut akira citer setem ni ala2 sebuah citer omputih “ocean 11, 12, 13” malangnya haney mmg tak pernah tgk citer tu….apa pun tahniah pada pengarah, pelakon dan semua yang terlibat ……... 8/10 bintang



15/08/09

mari mengail…

sebenarnya hasrat nak gi mengail ni dah lama sangat kami angan-angankan..tapi sejak berhijrah ker Klang ni..kami sememangnya tak tau mana tempat nak dituju utk memancing..maklumlah tempat baru..hajat tu Cuma nak gi mancing kat kolam jer..



dengan bantuan officemate haney sebagai pemandu arah.. akhirnya kami berjaya menjejaki sebuah kolam air masin dekat2 ngan pelabuhan utara, klang..sejam Rm13.00 min 3 jam..amacam!! ada berani..dengan peralatan yg tak beraper nak cukup kitaorg melangkah ke kolam penuh bergaya..fuuyoo…sana sini kami tengok berlumba2 orang naikkan ikan yang tersangkut pada mata kail masing2..pada pemerhatian kami setiap sekor ikan tu paling kurang pun 2 kg..memang semuanya bersaiz besar.huishh..goreng pun sodap nih...ini adalah pengalaman pertama haney memancing kat kolam..sebelum ni Cuma memancing kat parit depan umah masa zaman2 persekolahan dulu jer...



di saat kami terkial2 membetulkan mata kail..datang sorang pakcik tu tolong kami pasangkan umpan pada kail ..dia bagi umpan, batu ladung & klip tali sekali sbb dia dah nak balik....sejam berlalu..nampaknya belum ada lagi ikan yang nak menjamah umpan kami…masuk jam yang kedua..batang kail kami bergoyang..huurrmm..mungkin ada ikan yang telah menjamah umpan kami..tapi malangnya tali pulak terputus kerana di rentap oleh ikan yang cuba melepaskan diri…dan akhirnya kami akur yang percubaan pertama kami memancing ini terpaksa pulang dengan tangan kosong..akira mmg tak puas hati..dan telah memasang angan2 dan bertekad akan datang kembali menuntut bela..hahahahah..mlm tu kami singgah makan malam di De’ Selat…sempat gak akira mengumandangkan 4 buah lagu..salah satu darinya ialah lagu nostalgia kami berdua…Brorey Marantika..biarlah bulan bicara sendiri...banyak kenangan tau lagu nih….menyanyi suka2 untuk mengubat hati yang luka kerana tak dapat ikan…heheh..



Sunday, August 9, 2009

Exam oh Exam

pmr dan spm dah semakin dekat...
bahangnya amat terasa...
dan aku tidak terlepas untuk menduduki peperiksaan...
hari ini kembali ke dewan sekolah...
tapi bukan untuk itu...
untuk ini...

boleh tahan gak susahnya...
aku tak prepare apa pun...
alhamdulillah...dapat gak jawab semuanya...
sehari suntuk aku kat SMK TTDI Jaya untuk ini...


nota: teringat zaman2 exam sekolah2 dulu...meniru aje...hahahaha

Tuesday, August 4, 2009

Influenza H1N1

Belum pun bebas sepenuhnya dari selsema burung..rantau asia kini digegarkan dengan virus H1N1. Dari hari kesehari bilangan mangsa yang terkorban dek angkara virus ini semakin meningkat..takut bukan saja pada namanya tapi yang mengerunkan lagi ialah sehingga kita masih belum ditemui vaksin untuk merawatnya apatah lagi mencegah virus ini.

Virus yang dikesan pertama kali di Mexico itu telah merebak dengan pantas kebeberapa buah negara termasuk Amerika, Canada, New Zealand dan Asia Tenggara.

Wabak virus selesema babi ini difahamkan pernah dikesan pada 1941 dan membunuh jutaan nyawa di Eropah. Namun sejauh mana kesahihan laporan yang berlegar di beberapa laman sesawang tidak dapat disahkan. Apapun secara tidak langsung, wabak ini mampu mencetuskan gelombang ancaram yang tidak boleh dipandang enteng.Menurut pakar virologi dari Fakullti Perubatan yang menyifatkan virus itu boleh membawa ancaman yang dahsyat. Lebih dasyat dari wabak selsema burung dan juga SARS. Ini kerana katanya, virus itu merupakan kombinasi tiga virus dalam satu iaitu yang biasa ditemui di dalam badan manusia, burung dan babi.

Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci dengan bersih.

Justeru itu, langkah berjaga2 perlu di ambil bagi mengelak diri dari dijangkiti virus ini. Satu cara yang mudah untuk mencegah adalah dengan menjaga kebersihan tempat persekitaran agar tidak kotor, tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

Sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran, setiap penyakit itu ada penawarnya..sama2lah berdoa semoga vaksin influenza H1N1 ditemui segera, dan dapat menyelamatkan ramai lagi mangsa yang telah dijangkitinya…Amin..

Kaki Kami Dijamah Sesuka Hati

petang tu sedang kami berjalan-jalan kat Central Market..tetiba mata kami tertumpu pada sepasang kekasih, hati kami mula terdetik utk sama2 merasai apa yang sedang mereka lakukan...



10 minit...cuma RM5.00...murahkan...untuk mendapatkan pengalaman pertama ni rasanya tak rugi kalau mencuba...setelah membuat pembayaran...kami sama2 membuka selipar dan menyingsing seluar…arrgghhhhh..gelinyer...tapak kaki kami di jamah sesuka hati oleh sekumpulan ikan yang dipanggil Dr Fish...huurrmm..ni lah yang dipanggil terapi ikan..ikan ni dikatakan akan memakan sel2 dan kulit2 mati kat kaki..tp yang malangnyer ikan tk banyak mengerumuni kaki haney..adakah kerana kaki haney tak byk sel mati atau berbau menyebabkan ikan tak lalu nak makan..hahahhah..dalam byk2 ikan tu ada sekor yang berlainan warna..kitaorang sempat gelarkan ikan tu sbg supervisor..sbb dia tak makan pun cuma meninjau2 jer seolah2 memberi arahan pada ahli pasukan supaya berkerja dan tak curi tulang..lepas wat terapi ikan ni terasa licin jer kaki macam takder kulit kasar...hurrmmm...ker psikologi jer...hehehehe...cubalah...








 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.