Belum pun bebas sepenuhnya dari selsema burung..rantau asia kini digegarkan dengan virus H1N1. Dari hari kesehari bilangan mangsa yang terkorban dek angkara virus ini semakin meningkat..takut bukan saja pada namanya tapi yang mengerunkan lagi ialah sehingga kita masih belum ditemui vaksin untuk merawatnya apatah lagi mencegah virus ini.
Virus yang dikesan pertama kali di Mexico itu telah merebak dengan pantas kebeberapa buah negara termasuk Amerika, Canada, New Zealand dan Asia Tenggara.
Wabak virus selesema babi ini difahamkan pernah dikesan pada 1941 dan membunuh jutaan nyawa di Eropah. Namun sejauh mana kesahihan laporan yang berlegar di beberapa laman sesawang tidak dapat disahkan. Apapun secara tidak langsung, wabak ini mampu mencetuskan gelombang ancaram yang tidak boleh dipandang enteng.Menurut pakar virologi dari Fakullti Perubatan yang menyifatkan virus itu boleh membawa ancaman yang dahsyat. Lebih dasyat dari wabak selsema burung dan juga SARS. Ini kerana katanya, virus itu merupakan kombinasi tiga virus dalam satu iaitu yang biasa ditemui di dalam badan manusia, burung dan babi.
Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci dengan bersih.
Justeru itu, langkah berjaga2 perlu di ambil bagi mengelak diri dari dijangkiti virus ini. Satu cara yang mudah untuk mencegah adalah dengan menjaga kebersihan tempat persekitaran agar tidak kotor, tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.
Sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran, setiap penyakit itu ada penawarnya..sama2lah berdoa semoga vaksin influenza H1N1 ditemui segera, dan dapat menyelamatkan ramai lagi mangsa yang telah dijangkitinya…Amin..
No comments:
Post a Comment