Wednesday, August 19, 2009

Hujung Minggu Yang Baru



14/08/09

demam virus pilus….

dah seminggu lebih akira demam..sekejap elok sekejap demam balik..dek kerana risau dengan pelbagai jenis penyakit yang sedang berlegar2 sekarang ni..maka petang jumaat tu, balik dari opis haney bawak akira gi hospital..dengan sedikit desakan akhirnya akira setuju..hospital ampuan aminah, klang “pusat saringan demam”..alamak ramainya orang..baik2 tak kena virus, bole terkena ni.setelah berfikir beberaper minit dan atas nasihat mama..kami terpaksa tukar plan asal..dan akhirnya kami pergi ke klinik panel di bukit tinggi..doktor pun terkejut bila diberitahu yang demam berpanjangan sekejap ada sekejap takder tu telah berlarutan hampir 2 minggu..dan akhirnya sample darah diambil..hasil dari pemeriksaan keatas sample darah...alhamdulilah akira cuma terkena demam virus jer…dan dinasihatnya mengambil ubat secara teratur mengikut arahan doktor…jangan lupa makan ubat tau..



malamnya

setem……kabir bakthiar

dari minggu lepas haney nak sangat tengok citer setem nih…sampai amik cuti…annual leave..tp tak dapat tengok gak..sbb hari isnin tu Tayangan pukul 9.30pm.. sedangkan kami terconggok kat sunway pyramid tu dari pukul 6.00pm…kalau nak tunggu boleh berkulat gak nih..so impian nak tgk citer tu terpaksa dibatalkan. tapi mlm sabtu lepas kerana ruang & kesempatan yang terbuka luas maka haney pun meluahkanlah kembali hasrat nak tengok citer tu..heheh tak sangka plak..akira setuju ngan cadangan tu…kami amik tiket pukul 9.30pm tengok kat jusco bukit tinggi..seat tak beraper penuh..walaupun agak lewat masuk panggung sbb gi beli apple donut yang telah beberapa hari disebut2 oleh akira namun tidaklah begitu ketinggalan jauh utk mengikuti opening cerita tersebut…secara keseluruhannya citer setem ni tak membosankan sbb banyak babak2 dan dialog2 spontan yang mencuit hati dan mengeletek perasaan..cerita sempoi tak payah banyak fikir dan happy ending..tp menurut akira citer setem ni ala2 sebuah citer omputih “ocean 11, 12, 13” malangnya haney mmg tak pernah tgk citer tu….apa pun tahniah pada pengarah, pelakon dan semua yang terlibat ……... 8/10 bintang



15/08/09

mari mengail…

sebenarnya hasrat nak gi mengail ni dah lama sangat kami angan-angankan..tapi sejak berhijrah ker Klang ni..kami sememangnya tak tau mana tempat nak dituju utk memancing..maklumlah tempat baru..hajat tu Cuma nak gi mancing kat kolam jer..



dengan bantuan officemate haney sebagai pemandu arah.. akhirnya kami berjaya menjejaki sebuah kolam air masin dekat2 ngan pelabuhan utara, klang..sejam Rm13.00 min 3 jam..amacam!! ada berani..dengan peralatan yg tak beraper nak cukup kitaorg melangkah ke kolam penuh bergaya..fuuyoo…sana sini kami tengok berlumba2 orang naikkan ikan yang tersangkut pada mata kail masing2..pada pemerhatian kami setiap sekor ikan tu paling kurang pun 2 kg..memang semuanya bersaiz besar.huishh..goreng pun sodap nih...ini adalah pengalaman pertama haney memancing kat kolam..sebelum ni Cuma memancing kat parit depan umah masa zaman2 persekolahan dulu jer...



di saat kami terkial2 membetulkan mata kail..datang sorang pakcik tu tolong kami pasangkan umpan pada kail ..dia bagi umpan, batu ladung & klip tali sekali sbb dia dah nak balik....sejam berlalu..nampaknya belum ada lagi ikan yang nak menjamah umpan kami…masuk jam yang kedua..batang kail kami bergoyang..huurrmm..mungkin ada ikan yang telah menjamah umpan kami..tapi malangnya tali pulak terputus kerana di rentap oleh ikan yang cuba melepaskan diri…dan akhirnya kami akur yang percubaan pertama kami memancing ini terpaksa pulang dengan tangan kosong..akira mmg tak puas hati..dan telah memasang angan2 dan bertekad akan datang kembali menuntut bela..hahahahah..mlm tu kami singgah makan malam di De’ Selat…sempat gak akira mengumandangkan 4 buah lagu..salah satu darinya ialah lagu nostalgia kami berdua…Brorey Marantika..biarlah bulan bicara sendiri...banyak kenangan tau lagu nih….menyanyi suka2 untuk mengubat hati yang luka kerana tak dapat ikan…heheh..



No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.