Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Pulang ke kampung

Hampir 3 bulan tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman, kali terakhir semasa menyambut Aidilfitri yang lalu.kekangan tugas- tugas dan  masa yang tidak menginzinkan merupakan faktor penyebab tidak dapat menjengguk kampung halaman ( ayat skema mcm pendahuluan esei SPM, mcm poyo pula rasanya)

Blog pun dah bersawang sebab dah lama tak update.. dari bulan November lepas, sibuk dengan pindah rumah, pindah tempat kerja baru & job-job wedding. baru ini dapat bernafas.

Balik ke kampong kali ini bersama maya, hash masih sibuk dengan tugas-tugas editing yang masih belum siap2 lagi. So hujung minggu ni menghabiskan masa dengan adik2 di kampung. Zink rumah kat kampong baru je ditukar, sbb dah terlalu uzur, maklumlah rumah tanpa penghuni tetap sudah mula bocor di sana sini. Macam biasa bila dah lama tak balik operasi utama adalah mengemas rumah. Lagi 2 minggu ( cuti Tahun baru cina) Insyallah kami adik beradik akan berkumpul untuk mengadakan kenduri arwah.


Saturday, September 25, 2010

Syawal 2010

Raya tahun ini kami sambut di Batu Pahat. Kebetulan adik beradik yang lain juga telah sepakat untuk sambut raya tahun ini di rumah pusaka peninggalan arwah abah & emak. Kami balik sehari sebelum raya, jalan pun dah mula lenggang. Sampai sahaja di kampung kakak & adik-adik tengah sibuk menyiapkan juadah untuk majlis kenduri arwah malam itu. Bukankah wajib mengingati pada yang telah pergi.
Raya tahun ni disambut meriah dalam kesederhanaan. Kami bergerak ke Seremban pada hari raya ke-3 untuk sesi beraya bersama keluarga En Akira pula.

 kebetulan baju raya tahun ni sama dengan warna rumah..(bagaikan beli baju percuma cat)
Inilah keluarga besar kami, semua ada kecuali keluarga angah yang balik beraya
ke Pahang dulu. Bila suruh buat free style, masing2 posed muka ketat...
kenapa Abg Daud termenung, nak lari dari bayar zakat kat adik2 ker..
apalah yang direnung tu...
model karipap pusing. 

Notaku di kuih popiahmu : bila raya rasa tak larat nak makan kuih raya, tp bila balik office barulah rasa menyesal tak rasa semua kuih rasa kat atas meja.

Friday, February 19, 2010

Menyusur Kenangan – Parit Sulong de’ Great

bila baca post menyusur kenangan yang akira tulis, diri terpanggil untuk mengimbas kembali kenangan kat kampung satu masa dulu...walaupun berada tak sampai 5km dari pekan parit sulong...tp kampung parit raja ahmad agak terceruk letaknya...arwah abah antara yang berusaha keras utk mendapatkan kemudahan api, air, jalan berturap, telefon dll...antara yang menarik pernah haney lalui kat kampung nih...

1.tiap petang mak akan suruh masukkan ayam dalam reban, cara menghalau ayam adalah dgn berjalan kat belakang ayam, kadang2 3-4 kali gak mengelilingi reban...
2. gi sekolah naik beskal pastu utk elak kasut kotor bungkus ngan plastic bag...
3. selalu berkubang kat parit depan umah...tp kena make sure naik sblm abah gi surau, kalau tak memang tk berani nak balik umah...
4. oleh kerana abah & mak merupakan petani yg versatile maka byklah pengalaman dlm bercucuk tanam & mengusahakan kebun...antaranya, pokok tembakau , pokok nenas, pokok kopi, pokok koko, getah dan akhir sekali abah tanam pokok kelapa sawit kat semua kebun…senang nak monitor katanya..
5. bole kata tiap ujung minggu tido umah nenek (kami pangil dia nyai)...dia ni pengusaha jamu & tempe...tempe nyer famous kat pt sulong...tp sayang tk sempat nak belajar buat 2 benda nih...selalu gak tolong dia bungkus tempe ngan daun pisang, sambil menyuap kacang soya yg dah direbus ke dlm mulut...
6. siti zuwaina (wawai) adalah kawan baik kat kampung...selalu main anak patung batu, main beskal & pondok2...bapak dia byk haiwan peliharaan...musang, kura-kura, arnab, kucing...hehe...
7. tiap hari sabtu mak akan bwk gi pasar lambak kat pekan parit sulong...best giler dpt beli pop corn...
8. tiap petang join geng budak2 lelaki main bola sepak...tp sbb kita anak pompuan sorang dlm famili masa tu so main bola sepak pakai skirt...
9. time nak raya rajin tolong mak buat kuih biskut...seawal darjah 3 dah buat biskut...time tu mak uli kan doh sblm dia gi terawih...haney kat umah akan mencetak dan membakar...
10. minat sgt ngan acara lumba lari...ampai mak malu kalau gi hari sukan...sbb asyik2 muka ni jer yang amik hadiah…(sbb tu muka ni agak ketung masa dulu...)

notaku di parit depan rumahmu: skg ni boleh dikatakan semua kemudahan dah lengkap kat kampung tu...cuma satu tiap kali balik kg kitaorg adik beradik meraba2 cari line broadband...

Saturday, February 13, 2010

Menyusur Kenangan

cuti tahun baru cina nih...aku n haney akan pulang ke parit sulong...ada projek tukar atap rumah...rumah kampung dah teruk sangat bocornya...bukan satu kawasan...tapi boleh kata dah jadi seluruh rumah...kali terakhir kami balik penuh dah satu rumah dengan 'besen' dan periuk diletakkan adik untuk menadah air yg masuk bila hujan...lagipun bulan depan nak buat kenduri arwah...nanti sekali hujan time tahlil...tak pasal2 pak imam nak kena berpayung baca yaasin plak...

bila tgk benda2 nih semua teringat aku rumah kampung kat dioh...lama benar dah ditinggalkan...tak tahu apa dah jadi dengan keadaannya...uwan pun dah pindah duduk rumah pakcik...yela dia pun dah uzur takkan nak dibiarkan berseorangan kat rumah tu...kalau ikutkan dia mmg dia tak mahu ke mana...degil betul...sayang katanya...rasa2nya dah dekat setahun lebih aku tak balik...kali terakhir aku balik sana...dah teruk jugak keadaannya...penuh dengan lalang dan semak...dalam rumah dah jadi reban ayam...penuh dengan bulu2 dan hasil buangannya...

banyak kenangan aku kat dioh ni...dulu membesar kat sini...macam2 yang jadi...bila tiap kali hujan...bunyi hujan yang menghempas zink tuh kuat sangat...cakap pun nak kena menjerit "uwan!!! nak tambah nasik lagi!!! padahal uwan duduk depan aku je...bila time panas pulak terutamanya balik sekolah...memang tak boleh tahan duduk bawak zink ni...panas betul...berpeluh satu badan...memang merungut je la aku adik-beradik...dulu mama susah lagi...so bila mama pergi berniaga kami adik beradik memang tinggal kat sini...memang banyak masa membesar kat sini...yang paling aku rindu dan rasanya tak boleh nak dapat lagi...pagi2 masa nak pergi sekolah...kena jalan kaki pergi mandi kat perigi...pergh!!! masa ni bekalan air tak masuk lagi...bayangkanlah macamana sejuknya air perigi pukul 5.30 pagi...tak boleh bangun lambat nanti lepas bas...kadang2 bila uwan kesiankan sangat kat kitaorang uwan akan masakkan air untuk kitaorang bergilir2...lepas habis satu...uwan masakkan lagi...walaupun guna dapur kayu...uwan tetap buat sebab kesian kat kitaorang mengigil kesejukan...satu lagi uwan nih...dia rajin masakkan apa pun yang kitaorang nak...jaranglah dia hampakan apa pun benda makan yang kitaorang nak...nanti kempunan katanya...cuma sekali tuh la...aku mintak kat uwan pizza...dia jawab..."gilo gak eh! eden bayehkan dongan tungkek nih kang..." (gila agaknya! aku baling dengan tongkat ni nanti...)...hahahaha!...kat sini jugaklah aku kena sebat ngn uwan bila petang2...tak balik lagi sampai senja...sibuk main kat kebun buah atas bukit...uwan kata takut aku kena sampuk hantu...satu lagi sebab kena sebat atau kena marah ngan uwan...aku ngan adik suka main snooker kat reban ayam uwan...amik kayu panjang...menjalar kitaorang kat dalam reban tu menjolok anak2 ayam...konon2nya anak2 ayam tu bola snooker la...sian ayam tu sampai ada yang mati...

tapi sekarang semua tuh dah takde lagi...uwan pun dah makin uzur dan dia makin lemah...semenjak arwah atuk meninggal memang uwan dah tak macam dulu...dah tak seceria mana lagi...dulu kalau raya semua benda uwan nak sediakan...tapi bila arwah dah takde...uwan dah tak peduli lagi raya ke tidak...rindu aku pada uwan...rindu aku pada rumah tu...hari tu aku n haney mmg cadang nak balik ke sana...nak kemaskan dan baiki balik apa yang patut...takut rumah tu roboh je nanti...tapi bila aku telefon pakcik nak bagi tahu uwan yang aku nak balik sana...pakcik kata camana nak balik...uwan dah potong bekalan air kat kampung tu...katanya membazir nak bayar seringgit lebih bulan2...adeh!!! camana nak balik...nak kemas camana...huhuhu!!! uwan memang macam tu...dulupun kalau dah pukul sepuluh je mesti disuruhnya tutup tv dan lampu satu rumah...arwah atuk yang selalu bising...katanya nak tengok gusti...


notaku di kambing putihmu: uwan tuh maksudnya...nenek...insyaAllah! aku mesti balik jugak kampung nih nanti...


Thursday, December 24, 2009

Berkunjung Lagi ke Rumah En Goh Tong Bersama Adik-Adik

kedatangan adik2 dari JB bersama sepupu dan kawannya utk mengisi cuti hujung minggu telah kami penuhi dengan membawa mereka ke Genting Highland..dah hampir sebulan yang lalu diaorg plan nak datang umah...akhirnya tercapai juga...mcm2 gelagat diaorg nih...adik dan abg tak habis2 amik gambar sepanjang perjalanan menaiki skyway...masa pergi tu masing2 masih segar dan bersemangat...tp masa turun masing2 dah kepenatan, kesejukan dan ada yang pening2 lalat selepas masuk dalam bilik animasi 4D...beratur punyalah panjang utk take turn naik kabel car...ada lebih kurang sejam jugaklah beratur...sepanjang perjalanan pulang dalam kabel car masing2 mlayan perasaan masing2..akira plak pening dan mabuk..dah mmg tak bole naik flight naik cabel car pun mabuk meroyan...siannyer...takder byk citer...ni sebahagian gambar yang sempat kami rakamkan…kamera pun tak ingat nak bwk...penat jer charge dari pagi...

inilah kumpulan mafia parit sulong bersama ketua mereka - EN AIS (yang tinggi teramat tuh)

sangat seronot...sebab kali ini kami beramai-beramai...macam-macam kerenah dan macam-macam posing...

notaku di kerusi bergerakmu: lepas nih nak plan pergi camping plak ngn diaorang...cant wait...


Thursday, December 3, 2009

Mari Berkorban

kami sambut raya haji tahun ni kat batu pahat…ptg tu habis je kerja haney gi amik maya kat station LRT shah alam..lepas tu terus amik akira kat bukit jelutong...kami gerak dari shah alam pun dah agak lewat 10.00pm...biasalah di musim2 perayaan nih highway mmg jam...akira cuba nak elak jam yang mula daripada nilai utara dgn lalu jalan lama which is nilai to seremban (thru mantin)...ingatkan line clear rupanya jam sama parah jugak dah lah tu jarak perjalanan jadi semakin panjang...dah lah jalan jam...minyak keter plak dah berkelip2...bayang2 petrol pump tak jugak nampak...terpaksalah tutup air-cond...haney yang masih dlm kadaan demam dan batuk ni tak berhenti2 batuk sbb terhidu udara luar...perjalanan diteruskan mujurlah jumpa petronas kat Mantin...mlm tu kami sampai kat kampung jam 3.00am...jauhnyer rasa mcm nak balik kelantan jer…

pagi tu akira sakit kepala sebab tak cukup tido n dah mula nak demam...dan juga dengan harapan dapat skip sembahyang raya...heheh..hasil pujuk rayu haney akhirnya akira bangun gak utk gi menyempurnakan fardu kifayah…lepas semayang...diaorg gi ziarah kubur arwah mak & abah...ptg tu kitaorg ada majlis sambutan anniversary angah/kak gee & abg salleh/kak Ina...dan jugak sambutan birthday akira, syafik, abg salleh & tasha…juadah terhidang tentunya yang paling simple dah cepat KFC, Pizza Hut dan kek Secret Recipe...lepas acara potong kek dan makan2...anak2 sedara ada upacara menyanyi utk dapatkan hadiah...lepas tu ada acara tukar2 hadiah...nih la suasana masa majlis tuh...





lepas majlis ni kaum2 adam semua gi surau utk membantu org kampung menyempurnakan upacara korban..2 ekor lembu...sejak dari tahun lepas akira teringin nak makan otak lembu...nampaknya tahun ni hajatnya tercapai...kak ina kata kalau nak masak otak lembu kena bungkus dalam perut lembu…balik nih kena berusaha utk masak lemak cili api otak lembu..(makanan exotic nih…)...yang lawaknya...masa akira berusaha mendapatkan otak lembu tu...tinggal dia sorang jer yang masih cuba memecahkan kepala lembu sedangkan org lain semua dah balik umah masing2…(weih baliklah dah maghrib dah)...hahaha...

hari raya ke-2...kitaorg satu famili menyambutnya di pacific mall, batu pahat...abg salleh belanja kitaorg gi tengok 2012...semuanya ada kecuali abg daud yang kena balik awal atas tuntutan kerja…hampir 3 jam duk dalam panggung...apapun citer 2012 ni mmg memuaskan hati...akira kata 3.5/5 mintang...grafik pun cantik..teknik cgi yang bagusss...jalan citer menarik...kalaulah ianya benar2 terjadi…huuurrmm…memang tak tau nak lari mana…


raya ni tak terasa sayu sangat...cuma time duduk sorang2 tu teringat satu persatu gelagat mak & abah kat umah...masa on de way balik KL tu haney terasa sedih sgt sampai menitiskan air mata...tp akira tak perasan sbb pakai sunglasses besar berukuran separuh muka…huk...huk...

sekianlah citer..sambutan hari aidiladha 1430H..

notaku di kepala lembumu: agaklahh2...kalau otak unta apa plak rasanya ye...tahun depan boleh dapat tak...


Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

salam aidiladha buat semua teman2 khususnya dan semua umat islam amnya...lebih2 lagi yg selalu mengikuti perkembangan blog kami nih...di harap segala2 yang berlaku dan kita lakukan mendapat keberkatanNya...raya haji tahun nih kitaorang akan celebrate di Batu Pahat...
sementara masih berkesempatan ini marilah kita sama2 merenungi pengorbanan mereka2 yang lalu...dan kesannya kepada kehidupan...dan renungkanlah juga apakah pengorbanan kita untuk diri, keluarga, masyarakat, dunia dan akhirat...

Saturday, November 14, 2009

Hall of Characters...En. Sudu Beraksi

hari nih kitaorang lepak kat Sri Cahaya...ferry ada concert for end year kat sekolah dia...junior classes akan pentaskan musical of disney untuk tahun nih...dan untuk group ferry akan pentaskan beauty and the beast...aku tanya kat dia...dia jadi watak apa...jadi beast tuh ke...selamba je dia jawab "I'll be a spoon"...aku punya ketawa la dgn haney...tapi bila dah tgk show diaorang nih ok lah...entertaining gak...bila tgk konsert kat sekolah ferry nih...aku teringat masa aku sekolah2 dulu...ada juga buat persembahan macam nih..tapi tak se"grand" dan segempak macam diaorang nih...advanced dah pelajar2 sekarang bila tgk pementasan diaorang...terutamanya untuk senior classes...baguslah...kalau seiring dengan pelajaran...tahun depan tak tahulah apa pulak si ferry nih akan jadik...

anyway ferry nih adik aku yang kecik sekali...standard 4...bravo lah untuk encik sudu nih...

notaku di kepala sudumu: lain kali cubalah watak hero plak..barulah aku tak nyuruk bawah kerusi bila dia keluar beraksi...

Thursday, November 12, 2009

Lambaian Kaabah

masa zaman kecik2 dulu mak & abah ada gak bawak gi Senai hantar makcik @ pakcik gi haji...dan kali terakhir masa hantar arwah mak & abah 14 tahun yang lalu. pun kat Senai...lama lah jugak dah kiranya….dulu kalau gi Haji...orang kampung akan sewa van dan ada gak yang sewa bas...semangat kejiranan org kampung ni mmg lain mcm sikit…

ini plak kali pertama Haney hantar orang g Haji kat KL...kali ni kami hantar makcik & pakcik dari Kota Tinggi...adik bongsu arwah abah yang berangkat ke tanah suci pada 11/11/2009 @ 01.30 am melalui KLIA...mengikut jadual jemaah akan masuk ke dalam dewan check in di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pukul 09.00 pm...kitaorg plak menjajau cari jalan ke kompleks Tabung Haji nih...pusing punya pusing akhirnya jumpa gak tempat yang dicari... khabarnya malam nih ada 2 buah kapal terbang. yang akan berangkat ke sana..so bayangkan lah berapa ramai org yang berkumpul kat sini tambah lagi dengan cuaca hujan yang kejap renyai kejap lebat...mereka nih daripada seluruh Malaysia...berkumpul kat sini untuk berlepas dan khabarnya terdiri daripada senarai standby...kesian tgk diaorang menunggu daripada pukul 04.00 pm...ada yang dah terbaring dan tertido kepenatan kat khemah luar menunggu...lebih kurang dalam pukul 10.45 pm...semua jemaah selamat masuk ke dewan check in untuk berlepas ke KLIA...

bila ada kat sini...melihat diaorang semua nak berlepas...dengan memakai ihram dan pakaian haji...hati Haney rasa sayu dan teringin sangat nak cepat2 ke tanah suci...insyaAllah satu hari nanti....

kepada semua jemaah...selamat menunaikan ibadah haji dan semoga dapat haji yang mabrur...

notaku di pintu kompleks mu: tabung haji patut tingkatkan lagi kualiti servis dan tempat menunggu untuk jemaah nih...dah lah kena tunggu lama...kena tunggu bawah khemah kat luar plak...penat diaorang nak ke sana...sedangkan diaorang tahu yang pergi nih puratanya dah lanjut usia...aperaaa...

10 Tahun Berlalu

10.11.2009 - genap dah sepuluh tahun beliau pergi meninggalkan kami...dan aku rasa selama tempoh itu jugaklah uwan dah tak seperti dulu...mungkin terlalu sakit dan lemah merindui beliau...aku pun rindu kat arwah nih...dulu masa kecik2 cukup rapat ngn arwah...dia sgt menyayangi cucu-cucunya...sentiasa memnuhi apa jer yang kitaorang mintak walaupun hidup tak semewah mana...dan rumah itu sentiasa menghiburkan kami...kadang2 rasa terkilan sebab arwah tak dapat nikmati apa yang kitaorang ada sekarang...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka2 yang dikasihiNYA...amin...

notaku di rumah itu: masih teringat snyumanmu itu dikala pulang petang...cukup ikhlas walaupun kepenatan mengayuh basikal dengan kuatnya sebelah kaki cuma...

Thursday, October 29, 2009

Hai...Selamat Pengantin Baru...

hujung minggu lepas kami ke sini...meraikan kedua mempelai nur zawani dan suaminya...atas undangan dato' jalal dan keluarga...terima kasih...



ini khemahnya...

ini hidangannya...

ini pelamin dan pemuzik jalanannya...

ini wedding giftnya...

ini pengantin dan tetamu kehormatnya...


majlisnya menarik dan sederhana...open air which i like...dengan cuaca yang mendung dan nyaman...cuma warna temanya tak menyerlah dan kureng cun...untuk majlis nih kami bagi 3.5 mintang....miahahaha...suka2 jer majlis kahwin orang pun kitaorang nak bagi rating...anyway tahniah kepada kedua mempelai...

notaku di kain songketmu: pilihlah warna cun sket...im sorry...

Wednesday, October 21, 2009

Merempit Suara

malam itu kami bosan...terlalu bosan...takde plan dan aktiviti...lalu kami merancang...dan akhirnya kami ke sini...tanpa caklopong yang tertua dan si gemuk yang kecil hatinya...

kesian budak nih kitaorang tgk dia melilau2 nangis carik mak dia...mesti mak dia terlupa dia...sebab sibuk shopping deevapali...so kitaorang ajak dia join sekali untuk berlibur...

dan bila kat dalam...beliau a.k.a budak hilang mak itu tanpa segan silu meng'conquer' mic untuk dirinya sahaja...

kesian kakak nih sampai tertido sebab tunggu budak hilang mak tuh tak habis2 nyanyi...sedangkan kakak ini telah bertekad untuk menyanyi sebanyak 243 buah lagu pada malam itu...

kitaorang bantai meng'adjust' suara kat sini sampai pukul 4 pagi...sungguh kepenatan sekali... lepas habis kat sana kami bersarapan pagi pula di Asia Cafe... dalam perjalanan balik kami sempat juga menghantar budak hilang mak itu ke perkampungannya bagi menyambut perayaan Deevapali bersama keluarga beliau ...beliau berterima kasih dan berjanji akan menghantar sebalang muruku kepada kakak tido tadi sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga...

amp square nih kat sunway pyramid...okaylah tempatnya daripada segi room service, variety of buffets, choices of songs, charges and rates, keadaan bilik, sound systems...semuanya selesa dan membuat hati ini senang...untuk tempat nih kami rate 2.5 mintang...yeay....


notaku di mikrofon adikmu: malam itu kami semua terharu mendengar teguran dan kasih sayang daripada seorang abang kepada adik perempuannya yang dikasihi....

Monday, October 12, 2009

Bila Sebut Pasal Raya

raya tahun ni agak berbeza sambutannya...maklumlah raya pertama sebagai suami & isteri…namun persiapan menyambut kehadiran syawal tu agak sederhana...kerana tiadanya mak dan abah di sini...org kata kalau tak buat kuih tak rasa nak raya...so haney yang malas2 rajin ni pun buatlah 4 jenis biskut dan 2 jenis kek..sehari sebelum raya macam nak runtuh dapur umah kami..dah tak rupa dapur bersepah2...akira yang selama ni agak mementingkan kekemasan rumah pun dah tak terdaya nak kata apa...

menjelang senja 6 biji kek berjaya di siapkan...dan kerana sibuknya petang tuh kitaorang berbuka delivery by Mc D...lepas tu kami bersiap ke shah alam...1 syawal tahun ni kami sambut di umah famili akira kat bukit jelutong…acara mlm tu kami mulakan dengan bermain bunga api dan mercun..memang seronok tambah lagi anak2 along pun ada sama…akira pun sakan mengalahkan bebudak kecik...pukul 2.00am kami berjaya meracun mama utk gi merayau kat jalan TAR...along dan adeq Am pun terlibat sama...mlm ni mmg gegila punya lelong...biskut raya 7 bekas RM10...baju2 raya yg pada awalnya berharga RM60.00 telah turun harga pada RM30.00...hurrmmm...memang murah…smpi dkat pukul 6.00am gaklah kami kat sana...

pagi raya tu lepas semua balik dari masjid...kami bersalam salaman dan bermaaf maafan sambil diselang selikan dengan ucapan dan nasihat dari tok ketua kampong (saper lagi kalau bkn saudara akira kita)...

raya kedua...catatan raya kami beralih ke batu pahat…bermulalah sessi beraya bersama kuarga belah haney plak...ni 1st time akira raya kat sini...mcm2 jenis minuman dan kuih2 dihidangkan kat 12 buah umah saudara mara...dan mlmnya pulak akira joint majlis marhaban dari rumah ke rumah kat kampong...sian dia...ini pertama kali pengalaman dia beraya mcm nih punya byk rumah...adik2 lah yang memujuk si akira yang dah tak larat ni..."sabar bang ada 2 rumah jer lagi…” dengar2 nya setiap rumah mengidangkan makanan berat ada laksa johor, mee bandung, mee goreng, sup, soto...nampaknya bertambah2 tembam lah si akira...hee...


dalam pada sibuk beraya kami sempat juga menguji kehebatan suara kat K Box, CC Mall Batu Pahat...jumaat petang kami bersiap dan pulang ke Klang...sempat kami singgah beraya kat melaka n seremban...

rumah kawan2 yang sempat kitaorang terjah Ijal, Siti (Y Y), Mr N and Mrs N dan Nissa...thanks guys sebab sudi mengundang dan melayan kitaorang...habis dah raya saya...



nota ku di pintu rumah open house mu: apsal raya tahun nih mcm murung dan kureng jer...ke kitaorg je yg rasa...ke korang rasa jugak...ke...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.