Thursday, November 12, 2009

Lambaian Kaabah

masa zaman kecik2 dulu mak & abah ada gak bawak gi Senai hantar makcik @ pakcik gi haji...dan kali terakhir masa hantar arwah mak & abah 14 tahun yang lalu. pun kat Senai...lama lah jugak dah kiranya….dulu kalau gi Haji...orang kampung akan sewa van dan ada gak yang sewa bas...semangat kejiranan org kampung ni mmg lain mcm sikit…

ini plak kali pertama Haney hantar orang g Haji kat KL...kali ni kami hantar makcik & pakcik dari Kota Tinggi...adik bongsu arwah abah yang berangkat ke tanah suci pada 11/11/2009 @ 01.30 am melalui KLIA...mengikut jadual jemaah akan masuk ke dalam dewan check in di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pukul 09.00 pm...kitaorg plak menjajau cari jalan ke kompleks Tabung Haji nih...pusing punya pusing akhirnya jumpa gak tempat yang dicari... khabarnya malam nih ada 2 buah kapal terbang. yang akan berangkat ke sana..so bayangkan lah berapa ramai org yang berkumpul kat sini tambah lagi dengan cuaca hujan yang kejap renyai kejap lebat...mereka nih daripada seluruh Malaysia...berkumpul kat sini untuk berlepas dan khabarnya terdiri daripada senarai standby...kesian tgk diaorang menunggu daripada pukul 04.00 pm...ada yang dah terbaring dan tertido kepenatan kat khemah luar menunggu...lebih kurang dalam pukul 10.45 pm...semua jemaah selamat masuk ke dewan check in untuk berlepas ke KLIA...

bila ada kat sini...melihat diaorang semua nak berlepas...dengan memakai ihram dan pakaian haji...hati Haney rasa sayu dan teringin sangat nak cepat2 ke tanah suci...insyaAllah satu hari nanti....

kepada semua jemaah...selamat menunaikan ibadah haji dan semoga dapat haji yang mabrur...

notaku di pintu kompleks mu: tabung haji patut tingkatkan lagi kualiti servis dan tempat menunggu untuk jemaah nih...dah lah kena tunggu lama...kena tunggu bawah khemah kat luar plak...penat diaorang nak ke sana...sedangkan diaorang tahu yang pergi nih puratanya dah lanjut usia...aperaaa...

No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.