Saturday, January 29, 2011

Pulang ke kampung

Hampir 3 bulan tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman, kali terakhir semasa menyambut Aidilfitri yang lalu.kekangan tugas- tugas dan  masa yang tidak menginzinkan merupakan faktor penyebab tidak dapat menjengguk kampung halaman ( ayat skema mcm pendahuluan esei SPM, mcm poyo pula rasanya)

Blog pun dah bersawang sebab dah lama tak update.. dari bulan November lepas, sibuk dengan pindah rumah, pindah tempat kerja baru & job-job wedding. baru ini dapat bernafas.

Balik ke kampong kali ini bersama maya, hash masih sibuk dengan tugas-tugas editing yang masih belum siap2 lagi. So hujung minggu ni menghabiskan masa dengan adik2 di kampung. Zink rumah kat kampong baru je ditukar, sbb dah terlalu uzur, maklumlah rumah tanpa penghuni tetap sudah mula bocor di sana sini. Macam biasa bila dah lama tak balik operasi utama adalah mengemas rumah. Lagi 2 minggu ( cuti Tahun baru cina) Insyallah kami adik beradik akan berkumpul untuk mengadakan kenduri arwah.


No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.