Tuesday, August 4, 2009

Kaki Kami Dijamah Sesuka Hati

petang tu sedang kami berjalan-jalan kat Central Market..tetiba mata kami tertumpu pada sepasang kekasih, hati kami mula terdetik utk sama2 merasai apa yang sedang mereka lakukan...



10 minit...cuma RM5.00...murahkan...untuk mendapatkan pengalaman pertama ni rasanya tak rugi kalau mencuba...setelah membuat pembayaran...kami sama2 membuka selipar dan menyingsing seluar…arrgghhhhh..gelinyer...tapak kaki kami di jamah sesuka hati oleh sekumpulan ikan yang dipanggil Dr Fish...huurrmm..ni lah yang dipanggil terapi ikan..ikan ni dikatakan akan memakan sel2 dan kulit2 mati kat kaki..tp yang malangnyer ikan tk banyak mengerumuni kaki haney..adakah kerana kaki haney tak byk sel mati atau berbau menyebabkan ikan tak lalu nak makan..hahahhah..dalam byk2 ikan tu ada sekor yang berlainan warna..kitaorang sempat gelarkan ikan tu sbg supervisor..sbb dia tak makan pun cuma meninjau2 jer seolah2 memberi arahan pada ahli pasukan supaya berkerja dan tak curi tulang..lepas wat terapi ikan ni terasa licin jer kaki macam takder kulit kasar...hurrmmm...ker psikologi jer...hehehehe...cubalah...








No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.