Monday, March 8, 2010

Pentas Akhir Raja Lawak Musim ke-4

walaupun minggu ni agak busy dengan aktiviti riadah En Akira bersama kawan2 sekolah SKKP dan member2 photographer nyer..namun kami tak melepaskan peluang menonton final Raja Lawak Astro musim ke-4 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam...terima kasih buat Abg Nara dari  laman gosip gempak Beautiful Nara di atas undangan ini...korang supportlah website beliau ni....sebab gosip-gosipnya amat panas dan terkini (ikhlas ni...bukan sebab dia bagi tiket tuh...hahaha...)

 
yang tengah kusyuk bertelefon itulah Abang Nara
enjoy gak lah mlm tuh...paling syok Zizan & Johan memang best & gandingan mereka berdua ni sangat mantap dan lawak yang sentiasa menjadi...yang paling best masa iklan (bagi yang menonton di rumah) kami di auditorium tak kering gusi dan macam nak pecah perut dengan lawak diaorang berdua...ada jer gelagat yang mencuit hati & buah pinggang kitaorang...pada pendapat kami, persembahan Alex rasanya yang terbaik dan amat menggelikan hati...cuma mungkin nasib tak menyebelahi beliau..rezeki menyebelahi Kecik yg dapat gelaran juara malam tu...Idlan pulak mungkin terlalu gugup hingga terlupa jalan cerita beliau pada persembahan pertama...tapi persembahan kedua beliau amat menarik...shibidi pon ponn...penonton malam tu pun semua sporting & happening...kepada yang menang tahniah...tak kiralah no 1, 2 atau 3 yang penting semua masyuk...cuma harapan kami jadilah pelawak with brain...sekarang ni terlalu ramai  sangat artis yang muncul dari program realiti tak kiralah dalam lakonan atau nyanyian...semua nih yang buat  nilai kualiti semakin dipinggirkan…

malam tu habis jer show kitaorg sempat bergaya di atas pentas & dapat gak lah bergambar dgn beberapa org selebriti yg sempat kami terjah...ni antara gambar2 yg sempat kami amik...so layan...

 bergambar dengan abang jem
notaku di takhta rajamu: harap-harap lepas ni dapat tengok live show yang lain-lain pulak...sebab feelnya memang berbeza daripada menonton kat rumah...


4 comments:

++Mr N and Mrs N++ said...

apsal laaa abg jem yg ko cekup ngah? hahahaha

abangnara said...

tima kasih datang ~~~~
lain kali kalau ada tiket kitorang bagitau lagi
jangan lupa cuba nanti.
thanks again

Akira said...

terima kasih bang nara...kalau ada lagi harap2 jemputlah kami lagi....
heheheh...

Haney said...

along: sebab aku minat dengar sinar FM tiap pagi..i minat abg Jem dan yang paling syok bila dgr lagu merapu mat salleh, bole hilang stress

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.