walaupun kitaorang ni nampak brutal dan minat pada aktiviti2 extreme...tp sebenarnya jiwa kitaorang ni pun ala2 sentimental gak sebenarnya...sejak mengetahui sesama sendiri minat yg terpendam sekian lama dalam jiwa masing2...kitaorg pun decide utk memupuk kembali minat kami terhadap pembacaan novel yang dah agak lama kedua kami tinggalkan...
huhuhuh…selain dari novel kitaorg pun minat gak tgk citer Hindustan... salah satu cerita yang kami tonton minggu lepas...Munnabhai MBBS...hahahahah…tengoklah citer ni besh walaupun hero & heroinnya tak popular...bak kata Akira...heroin dia tak cukup seksi…
so mulai skang rasanya nak lah kami kongsikan novel2 yang dah kami baca dengan komen dan sinopsis kami sendiri...pada yg berminat dalam pembacaan penulisan melayu bolehlah berkongsi pendapat dan komen anda...novel jerla...hindustan tak kojo den nak kekomen doh....
So untuk kali nih, novelnya....
Title : Cinta Tiada Akhirnya
Sinopsis Haney:
novel nih kesinambungan ombak rindu (yang dah pun kami khatamkan bertahun yg lalu). novel nih mengesahkan sepasang suami isteri yang hidup bahagia tp suaminya agak ego dan jarang mempamerkan perasaan sayang pada isteri. tapi isteri ttp bersabar sbb yakin yang suaminya amat2 menyayagi dirinya…hinggalah suatu hari Izzah yang sedang mengandung tu telah dicolek oleh bapa saudara yang jahat lagi kejam ala-ala darth vader utk mendapatkan wang tebusan dari suami Hariz yang merupakan seorang usahawan yang berharta. semasa dalam tahanan Izzah telah berjaya melepaskan diri tetapi semasa melarikan diri dalam hutan dia telah terhumban ke dalam sungai dan hanyut. berita kehilangan dan kematian Izzah telah membuatkan kehidupan Hariz jadi tidak seceria dulu. dia terlalu rindukan Izzah. dalam masa yang sama adik ipar pada bekas isteri yg pertama hadir utk mengisi kekosongan di hati Hariz. namun kerana keutuhan cinta haris pada Izzah, Hariz tidak dapat menerima kehadiran wanita itu sebagai pengganti isterinya. dan bekas isteri Hariz juga cuba menambat semula hati haris tp semua tu tak dapat mengubah cinta haris pada Izzah. hinggalah suatu hari Hariz bertemu dgn seorang wanita persis Izzah, Suri. walaupun penampilan agak berbeza namun getaran hati Hariz memberitahu bahawa ada sesuatu tersembunyi disebalik seorang gadis bernama Suri.
Comment:
Jalan cerita yang menarik, gaya bahasa yang tidak membosankan…berkisar tentang kisah2 kehidupan dan cinta...cuma kalau dah cerita melayu nih nama nak besh jer la...pas tuh kaya mesti tahap melampau punya...
untuk novel nih kitaorang kasi 6/8 mintang...
No comments:
Post a Comment