Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Filem Lagenda Budak Setan

Filem Lagenda budak Setan merupakan antara filem yg kami senaraikan dalam filem wajib tonton tahun ini. Pernah teruja dengan novel hasil karya Ahadiat Akashah satu masa dulu hinggakan makan tak kenyang mandi tak basah tidur tak lena..itu semua gara2 rasa sayang nak berenggang dengan cerita selagi belum habis dari satu bab ke satu bab.
Expectation terhadap filem ni memang tinggi tambah lagi bila tengok the making of lagenda budak setan di astro lagi tak sabar nak tengok sendiri di panggung.
Jalan cerita diolah lebih kurang sama seperti dalam novel. Cuma masa dua jam mungkin terlalu singkat untuk dapatkan keseluruhan cerita. Tapi kagum dengan senimatography yang memang cantik. Salah satu darinya adalah pokok besar kat UPM tu, tempat yang diidam-idamkan oleh en akira utk fotoshoot.
Secara keseluruhan kami bagi 3.5 bintang untuk cerita ni. Mula tu agak ragu- ragu dengan kemampuan farid kamil membawakan watak Kasyah tp bila dah menonton sendiri rasanya watak itu memang utk farid kamil. Lisa Surihani seperti yang dijangkakan lakonannya semakin mantap begitu juga dengan fazura bersahaja dan natural. Que Haidar, fuyoooo terserlah kezaliman memegang watak azmi baran dan kaki pukul bakat yang tak boleh disangkal.
Cuma kenapa lah ending tu ada mention berakhir bahagian satu, tetiba cerita nampak murahan plak..kalau nak buat 2nd part pun tak payah lah mention.
Apa pun puas hati dengan cerita Lagenda Budak Setan, membuai perasaan saper yg ratu air mata tu bwk lah tisu lebih…

Notaku di kamera slr mu: bila dengar lagu tema filem ni ‘Hilangnya Cintamu’ boleh menitis air mata..mendayu sayu…

Tuesday, March 30, 2010

Evolusi KL Drift 2

kehadirannya di pawagan memang kami nantikan...tambah lagi barisan pelakon yang pada pendapat kami di antara muka-muka baru dan anak-anak muda yang berbakat...Shamsul Yusof, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Remy Ishak, Scha Al Yahya, Farid Kamil dan lain-lain...maka sempena tayangan hari kelima, kami berjaya mendapatkan tiket di TGV Eon Bukit Tinggi...yang kagumnya bukan orang melayu je yang datang menonton tapi ada juga dari bangsa lain...

secara keseluruhannya cerita ni mencapai tahap apa yang kami harapkan...garapan idea dan jalan cerita oleh Shamsul Yusof sememangnya memberi nafas baru dalam dunia perfileman Malaysia...Boleh dikatakan 50% aksi drift, 30% kegiatan samseng, 10% cinta & 10% persahabatan...cuma apa yang menarik, biasanya kalau cerita melayu mesti ada babak kehidupan pelakon utama di rumah bersama mak & ayah atau mak ayah yg menentang kegiatan anak...tapi dalam cerita ni takde langsung babak cliche  yang macam tu...lakonan Aaron sebagai Joe memang best...begitu juga ngan Shamsul sebagai Zack...satu lagi yang nampak cerita ni tak mengarut sebab biasanya kalau hero mesti tiap kali bertarung dengan penjahat mesti dialah yang paling power...tapi dalam cerita ni teruk Zack kena belasah dan tak melawan pun...dia siap melutut lagi bila dua sahabatnya yang tak bersalah kena belasah sama...lakonan Remy Ishak sebagai inspektor Kamal pun nampak natural dan tak begitu ‘poyo’ sebagai anggota polis....masa adegan tembak menembak pun bukanlah dia je yang tembak semua penjahat tapi kebanyakannya dari Special Unit yang memang pakar sebagai penembak tepat... Scha Al Yahya masih lagi memegang watak perempuan kasar dan tak nampak terlalu dibuat-buat...masa dia kena belasah teruk tu memang nampak real cara dia meraung kesakitan...Shaheizy Sam kadang-kadang bila tengok karektornya dia takdelah macam samseng cina tapi lebih macam samseng jepun dengan rambut panjang dan pedang samurainya...cuma pelat cina tu terlalu pekat jadi tak berapa natural...antara babak yang paling kami suka ialah masa adegan tembak menembak dengan Inspektor Kamal  dan Joe n Ery...masa Joe memandu dan  Ery berdiri di tepi tingkap kereta mengacukan pistol...nampak smart dan tegap je keduanya...satu lagi babak fight Joe dan Inspektor Kamal...memang cun dan punyai kelainan daripada babak pergaduhan biasa filem Malaysia...

kami sangat suka filem ni dan sarankan pada penggemar filem Malaysia pergilah menonton...filem ini penuh dengan kelainan daripada filem kita yang biasa dan lebih banyak aksi dari Evolusi KL Drift yang pertama...bagi kami Shamsul Yusof bisa membawa perubahan besar kepada industri filem kita jika originaliti, usaha dan ketekunan beliau berkarya diteruskan...

notaku di fairladyz orangemu: 4 ½ bintang daripada kami untuk EVOLUSI KL DRIFT 2....budget besar, takpe kerana hasilnya pun tak mengampakan...mesti Dato Yusof Haslam bangga dengan anak lelakinya ini...


Thursday, March 25, 2010

V3 Samseng Jalanan...Mati Cuma Sekali...

akhirnya harapan kami nak menonton filem yang penuh kontroversi ini terlaksana juga...malam selasa yang lepas kami telah ke TGV Sunway Pyramid...untuk filem apa? V3 Samseng Jalanan...filem apa...? V3 Samseng Jalanan, nak..!! ahahahah...mungkin disebabkan weekday & tayangan filem ni pun dah nak sampai kepenghujungnya...maka mlm tu kami bagai menonton tv kat umah sendiri sbb tak ramai pun org kat dlm panggung tu...

secara keseluruhannya filem V3 ni terlalu sarat dengan aksi-aksi merempit, gadis-gadis yang menayangkan buah-buahan yang sedang masak ranum, adegan-adegan pergaduhan, percakapan dan kelakuan yang berbau kelucahan dan segala jenis huru-hara lagi...

cerita ini nampak macam tak smooth dan kurang logical...sebab perjalanan dari satu babak ke babak yg lain macam takde connectivity yang logic...contohnya, kali pertama jumpa Cik Lisa sebab terlanggar pintu keretanya...pastu bila Rudy kemalangan masa berlumba ngan Garing tetiba je diaorang boleh menumpang kat rumah Lisa...secara logiknya takkanlah baru jumpa sekali dah boleh bagi org tumpang duk umah kan...banyak lagi babak yang malas nak sentuh seperti cara mereka melapaskan diri daripada polis...tentang motosikal Rudy...tentang Rudy boleh sihat sepantas kilat...walhal masa accident tuh macam nak mati sangat dah...dan macam-macam lagi...skrip cerita pun tak begitu sampai ke hati...kehadiran Radhi OAG sebagai Lan Ribut buat kitaorang menyampah...lakonan yang tak natural dan terlalu dibuat-buat...mungkin kalau watak tu ni bawa oleh Ngasrizal Ngasri ke Cat Farish ke...mesti boleh jadi lebih cun...lakonan Lisa Surihani sebagai seorang yang berwatak ganas mungkin boleh diberi kredit...dan kesudahan cerita ni memang agak menghampeskan...tergantung dan dihabiskan dengan tulisan je...apa laa...abang Farid nak buat V3 episod 2 ke...

apapun tahniah buat Farid Kamil yg akhirnya berjaya membawa keluar filem arahan pertamanya ke panggung setelah melalui pelbagai cabaran, halangan dan penapisan...kitaorang dapat bayangkan kalaulah dia keluarkan versi original V3 ni sebelum direshoot...mesti lebih banyak lagi aksi-aksi menjolok mata, minda dan jiwa penonton...

notaku di belakang Kamsah mu: oh yer...pasal citer Adnan sempit menceduk idea V3 ni... secara keseluruhannya dari mata kasar kitaorang...takde yang sama pun...mungkin yg sama cuma masa babak hantar Lisa ke opis naik motor sebab dah lambat nak attend meeting...tu jer lah kot...Adnan Sempit adalah genre komedi...tapi V3 lebih kepada aksi...


Thursday, January 21, 2010

Adnan Sempit...Menyempitkan Ruang Pawagam

sejak tengok citer jangan pandang belakang congkak yang mana salah satu pelakonnya adalah Shaheizy Sam...kitaorg cam tangkap minat ngan lakonan mamat nih...punya identity tersendiri dgn lakonan bersahaja...tengok muka yang ala2 sesuci embun pagi dan ala2 sengal tu cukup menghiburkan dan jarang gagal membawa watak yang diberikan...

pada keseluruhannya citer ‘Adnan Sempit’ nih bole dikatakan berjaya digarap diolah dan dipersembahkan dengan jayanya...berunsurkan lawak2 yang segar dari awal sampai lah ke penghujungnya...kami amat tertarik ngan skrip yang ditulis utk cerita ini...bersahaja dan selamba...cuma dalam ramai2 pelakon tu...yana (wawa) masih gagal membawakan watak minah rempit dgn baik...cara dia ckp tu nampak cam dibuat2 sgt dan bila dgr byk kali jadi cam menyampah plak...tp yang nyata, asal citer melayu jer mesti melibatkan org kaya dan ahli koprat...org miskin becinta ngan org kaya...ditentang oleh orang tua...dan scenario ini jugak lah yang dipersembahkan oleh MIG utk citer Adnan Sempit...mungkin pengarah, penerbit dan karyawan Malaysia perlu keluar dari kepompong ini...cuba cari sesuatu yg lain dari yg lain...kenalah buat study pada citer2 dari luar...bukan nak banggakan citer luar tp bole dijadikan reference utk mutu filem tempatan...walaubagaimanapun kami nak ambik kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada industri filem tempatan yang semakin bermutu dan rancak di pasaran...

dari keseluruhan citer ni...kami bagi 4.5 mintang untuk lawak dalam citer Adnan Sempit ni...tapi untuk mutu filemnya adalah dalam 2.5 mintang sebab banyak yang boleh ditingkatkan...saper yang belum tgk rasanya masih belum terlambat utk menonton...tk rugi byr RM10 utk citer ni...dan untuk pengetahuan korang kenapa kami letak entri kali nih bertajuk menyempitkan ruang pawagam...kitaorang dtg untuk show 10.10 pm penuh...booked yang untuk midnite pun 12.20 pun hampir penuh walaupun hari bekerja...

notaku di motor modenasmu: kami sarankan pada yang nak ketawa pecah perut...inilah filem yang paling sesuai sekali...harap2 lepas nih ada lagi filem daripada Shaheizy yang macam ni...

Wednesday, December 9, 2009

MYSpy............bersepai..

memandangkan kami ni memang peminat setia hasil karya Afdlin Shauki maka sebolehnya kami cuba meluangkan masa untuk menonton cerita terbaru arahan saudara Afdlin yang bertajuk MYSpy…cerita yang dibintangi oleh muka2 yang sama spt AC Mizal, Adlin Aman Ramli & Harun Salim Bachik dan dibantu oleh amoi2 jelita dan beberapa org pelakon dan pengarah lain yang sama berlakon…menurut Afdlin dalam blog nyer..." 'My Spy' is something i did for fun... leave your brain at home and just enjoy the fun. My Spy is a romp. A journey into frivolous fun like the pink panther, airplane, hotshots, etc. if you are looking for some intellectual discourse and stimulation, My Spy is definitely NOT FOR YOU. This movie was a made with a more rural and sub urban folks in mind."

But to me..takder kekuatan utk citer ni..sangat kosong dan ringgan, sangat ringgan dan melayang…kami harapkan sesuatu yang menarik dari Harun Salim Bachik bila dia diberi peluang utk jadi hero dlm filem ni..tp dek jalan cerita dan skrip yang agak kurang menyenggat maka apa yang kami harapkan tak kesampaian..”apa pun terhibur gak ngan watak abang salleh dan bag ninja turtle nyer tu…

Apa pun…selamat berkarya untuk semua...dan kami masih akan kuat menyokong Afdlin dalam industri ni...utk citer ni kami bagi 2.5/5 mintang...

notaku pada terung dalam mangkukmu: kenaper KRU tak guna teknik CGI yang canggih2 cam citer cicakMan ek…mungkin tak sesuai kot…

Tuesday, October 13, 2009

PAPADOM....de-booommmm

Kami ni bolehlah dikatakan peminat setia Afdlin Shauki..jarang sekali terlepas menonton filem2 arahan mahupun lakonannya…sebagaimana semua tahu filem lakonan dan arahan Afdlin yang terbaru “PAPADOM” baru jer masuk panggung..tu yang kitaorg teruja nak gi tengok..tayangan midnight kat e-curve jadi pilihan..sementara menunggu pukul 11.15pm..kami sempat mengisi perut kat station kopitiam..hehe tak sangka plak kat e- curve ni ada life-band..suara memang power..tabik spring arr …

mereka-mereka yang bersuara sodap banget...

Secara keseluruhannya citer papadom ni memang menarik..dari mula sampai habis ada jer dialog2 yang membuat kami tak kering gusi..bak kata akira..citer afdlin kali ni memang keluar dari skop citer2 melayu yang biasa kita tonton..walaupun dalam serius tapi dialog dan penyampaian berjaya membuat penonton tergelak..citer pun bukan citer kosong..ada mesej yang hendak disampaikan..antaranya..berilah perhatian dan kasih sayang pada isteri anda selagi dia masih hidup..kang kalau dia dah takder dan disaat2 anda terlalu memerlukannya, dia akan menjelma menjadi apa jerhahah..yang kedua..walaupun tanggungjawab ibu dan ayah menjaga anak2 spy tak terjebak dgn perkara yg salah..tp bglah ruang pada anak2 utk berdikari dan hidup spt anak2 org lain...

Pilihan barisan pelakon yang menjayakan filem ni sangat bersesuaian dan berjaya membawa watak yang diberikan dengan hebat..nak puji lakonan Harun Salim Bachik..walaupun wataknya kecik tapi kehadirannya dalam citer tu sangat terkesan..tahniah juga buat Que Haidar..Liana Jasmay..Nur Khiriah..Farid Kamil..Shca..Afdlin…dan semua yg terlibat..cayalah…

Untuk citer ni kami bagi 5 mintang….* * * * *

Buat Afdlin : karya mcm ni lah yang rakyat Malaysia tunggu2..memang patut pun belum masuk panggung tapi dah menang banyak anugerah..kami tunggu filem ente yang seterusnya..cheers….



nota ku di kerupuk papadom mu: buat korang2 pergila tgk filem nih...mesti tak rugi dan byk korang boleh dapat..surrogates ke whiteout ke..lain kali jerla..


Friday, May 8, 2009

Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam

biasanya tiap pagi sambil2 bersiap sebelum gi opis sempat gak Haney tgk MHI...bukan apa kadang2 boleh gak menambah pengetahuan maklumlah nak baca surat khabar pun jarang n agak liat...pagi tu MHI jemput pengarah dan pelakon filem Bohsia utk sesi promosi dan utk dapatkan feedback dari penonton..2.2 juta dalam masa 2 hari.!!waahhh...best sangat ker citer ni...Haney pun msg lah kat Akira...hujung minggu ni ni Akira turun JB untuk proses penghijrahan kitaorang...boleh gak kita selit2 kan masa gi tgk wayang…Kitaorg beli tiket pukul 7.20pm, kami bkn berdua tapi bertiga ngan Maya yang kebetulan tgh praktikal kat JB...memandangkan citer ni 18PL so panggung tu dimonopoli oleh couple2 dan mat2 rempit..yang kelakarnyer tu...ader sorang mamat duk sebelah Akira mamat ni punyalah excited...bila ader aksi2 rempit dan aksi2 panas dia plak yg terlebih gelak...dan terangkat2 badan marah kat watak2 tuh...ni yang bikin hati panas nih…kelakar pun ada gak mamat nih...



Komen Haney untuk citer “Bohsia..Jangan pilih jalan Hitam…”...



i.
aksi yang menarik, kebanyakan aksi2 yg dilakonkan tak terlalu dibuat2 dan nampak selamba…Akira suka sgt ngan Acai (lakonan Sam) yang natural dan menjadik...dah memang macam mat rempit sebenar mamat nih...tapi kalau tempat Mus (lakonan Syamsul) diganti ngan Zulhuzaimi...mesti nampak lagi menjadi...sebab Syamsul tak sesuai untuk watak budak2 berpeleseran nih...muka dia nih sesuai untuk org2 educated dan high class jer...so lakonan dia nampak sgt mcm dibuat2 kat filem nih...


ii.
jalan cerita yang biasa2 dan tiada klimaks stage...dari awal sampai habis citer pasal kehidupan mat / minah rempit jer..
.

iii.
agak kurang moral of the story citer ni...bapak ayam (lakonan Aaron Aziz) masih bebas, kehidupan Tasha sbg Bohsia pun tak tau jadi apa, Acai yg teruk kena belasah pun tak tau mati ke hidup...mungkin strategi Syamsul nak wat Bohsia 2 kot...


iv.
jalan cerita yang terlalu ringan..senang kata citer ni just tengok jer takyah nak pikir2...so lu pikirlah sendirik..
.

v.
pengarahan Syamsul Yusof mmg boleh dipujilah sbb lebih baik dari citer rempit yang lain spt REMP-IT...tapi kalau nak dibandingkan arahan Syamsul sendiri, Evolusi KL drift jauh lebih baik…




Akira kata…citer2 rempit ni tak patut ditayangkan sebenarnya...sbb sejak citer2 ni kuar... (walaupun apa yang terjadi takdelah diletakkan kesalahan sepenuhnya pada filem nih)...mcm2 hal mat rempit skg ni...bunuh oranglah, gaduhlah, ragutlah...hari2 kuar kat newspaper skang...dan yang paling menyedihkan mesti diaorang rasa cam best giler jadi mat rempit...life happy mcm bagus lepak2 tepi jalan...kalau tak puas hati gi belasah ramai2…dapat pompuan reramai...memanglah ada diselitkan moral...tapi berani cakaplah kebanyakan anak2 yang g tgk filem nih mesti lebih terpengaruh pada aksi dan babak2nya yang menggoda minda dan jiwa...daripada mencedok moralnya...saper nak jawab tuh…!!!



untuk filem nih kitaorang kasik 4/8 mintang...



 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.