akhirnya harapan kami nak menonton filem yang penuh kontroversi ini terlaksana juga...malam selasa yang lepas kami telah ke TGV Sunway Pyramid...untuk filem apa? V3 Samseng Jalanan...filem apa...? V3 Samseng Jalanan, nak..!! ahahahah...mungkin disebabkan weekday & tayangan filem ni pun dah nak sampai kepenghujungnya...maka mlm tu kami bagai menonton tv kat umah sendiri sbb tak ramai pun org kat dlm panggung tu...
secara keseluruhannya filem V3 ni terlalu sarat dengan aksi-aksi merempit, gadis-gadis yang menayangkan buah-buahan yang sedang masak ranum, adegan-adegan pergaduhan, percakapan dan kelakuan yang berbau kelucahan dan segala jenis huru-hara lagi...
cerita ini nampak macam tak smooth dan kurang logical...sebab perjalanan dari satu babak ke babak yg lain macam takde connectivity yang logic...contohnya, kali pertama jumpa Cik Lisa sebab terlanggar pintu keretanya...pastu bila Rudy kemalangan masa berlumba ngan Garing tetiba je diaorang boleh menumpang kat rumah Lisa...secara logiknya takkanlah baru jumpa sekali dah boleh bagi org tumpang duk umah kan...banyak lagi babak yang malas nak sentuh seperti cara mereka melapaskan diri daripada polis...tentang motosikal Rudy...tentang Rudy boleh sihat sepantas kilat...walhal masa accident tuh macam nak mati sangat dah...dan macam-macam lagi...skrip cerita pun tak begitu sampai ke hati...kehadiran Radhi OAG sebagai Lan Ribut buat kitaorang menyampah...lakonan yang tak natural dan terlalu dibuat-buat...mungkin kalau watak tu ni bawa oleh Ngasrizal Ngasri ke Cat Farish ke...mesti boleh jadi lebih cun...lakonan Lisa Surihani sebagai seorang yang berwatak ganas mungkin boleh diberi kredit...dan kesudahan cerita ni memang agak menghampeskan...tergantung dan dihabiskan dengan tulisan je...apa laa...abang Farid nak buat V3 episod 2 ke...
apapun tahniah buat Farid Kamil yg akhirnya berjaya membawa keluar filem arahan pertamanya ke panggung setelah melalui pelbagai cabaran, halangan dan penapisan...kitaorang dapat bayangkan kalaulah dia keluarkan versi original V3 ni sebelum direshoot...mesti lebih banyak lagi aksi-aksi menjolok mata, minda dan jiwa penonton...
notaku di belakang Kamsah mu: oh yer...pasal citer Adnan sempit menceduk idea V3 ni... secara keseluruhannya dari mata kasar kitaorang...takde yang sama pun...mungkin yg sama cuma masa babak hantar Lisa ke opis naik motor sebab dah lambat nak attend meeting...tu jer lah kot...Adnan Sempit adalah genre komedi...tapi V3 lebih kepada aksi...
3 comments:
Giler-Giler Remaje lagi best la ye..ni tgh tgk kat astro prima ni hehe
salam..
wah nampak macm menarik cerita..
bolehlah jejalan tengok nanti..
mlm td terjebat gak ngan citer gila2 remaja..sampai terlepas citer asmaradana..huhuhu..
zulkbo : mai lah tgk evolusi Kl drift 2..nampak cam best jer
Post a Comment