Showing posts with label Tragedy. Show all posts
Showing posts with label Tragedy. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Cemas!! Terperangkap dalam lift

Aku, En Akira &Am ( Model kami masa night shoot @ Bukit Bintang) telah tag along En Monoriz untuk shoot satu majlis pertunangan di Pantai Dalam. Aku bukan nak cerita pasal majlis pertunangan yang berlangsung tapi nak cerita tentang tragedi yang menimpa rakan- rakan dan juga pengantin. Selepas selesai majlis kami turun ke ground floor untuk sesi outdoor. Rumah pengantin di tingkat 10. Dalam lift tu ada lebih kurang 9 orang termasuk pengantin, mungkin nasib aku baik sebab tak masuk dalam lift yang sama kerana tertinggal handbag di dalam rumah. Sesampainya di ground floor aku terdengar bunyi loceng dari lift sebelah…alamak..!! kawan- kawan yang turun tadi terperangkap dalam lift termasuklah en Akira.
Loceng..loceng berbunyi, ada orang dalam bahaya didalam…(baca ikut lagu wonderpet)

Bertenang yer..saya akan dapatkan bantuan
Aku pun berjalan sambil berlari-lari anak menuju ke pak guard untuk dapatkan bantuan. Boleh pulak pak guard tu kata lagi setengah jam maintenance akan sampai..kalau setengah jam tentu mereka semua longlai tak cukup oksigen tambah lagi isteri en monoriz tengah pregnant ( belum sempat nak ucap tahniah..)

 Nasib baiklah bomba datang lebih awal, cepat, pantas dan cekap.

 Tak sampai 10 minit Bomba penyelamat berjaya membuka pintu lift.

Ada riak kelegaan bercampur gembira di wajah En. Monoriz.

Alhamdulilah semuanya selamat. Selepas berehat hampir 30 minit, kami meneruskan sesi outdoor. 

Notaku di liftmu: abang bomba jangan marah yer, saya bukan reporter,saya hanya wedding photographer. Amik gambar suka2 untuk koleksi peribadi.

Thursday, December 24, 2009

Milo The Survivor

"yang...yang...alo jatuh yang…” uish..baru jer nak letak kepala kat sofa...mcmana bole terus mimpi ni…

"yaangg…” suara Akira agak cemas dari balkoni meluru ke arah haney yang terbaring kat sofa.

"yang, alo jatuh" haney yang masih terkipat2 terus melompat dari sofa dan meluru ke balkoni... terdengar suara Milo dari bawah...untuk pengetahuan korang...kitaorang nihkan peminat kucing...so Milo adalah koleksi kucing kami yang terbaru sekali...

“ aauuoooo...”

kami pun bergegas turun kebawah apartment utk menyelamatkan Milo...masing2 berdebar2 untuk mengetahui kadaan Milo...dan kami membayangkan sudah tentu Milo maut dlm kejadian terjatuh dari tingkat 6 tu...sampai kat bawah, makcik yang tinggal kat tempat Milo jatuh tu meminta kami mencari klinik haiwan secepat mungkin utk menyelamatkan Milo...Haney cepat2 pergi kearah Milo yang masih terduduk...bila lihat kelibat kami...Milo terus berhenti dari mengiau...bila Haney angkat badannya ada darah cair keluar dari mulut Milo dan keadaannya sangat lemah...ini melemahkan semangat kami dan kami jangkakan hanya 20% jer chances Milo untuk survive...tanpa berfikir panjang kami berikhtiar mencari klinik haiwan utk mendapatkan bantuan dan berharap agar Milo selamat...masa tu jam menunjukkan pukul 1.00am...dari Bandar Klang, Shah Alam hinggalah Subang...namun semua klinik haiwan tutup...terpaksalah kami bwk Milo balik...darah still keluar tp tk dapat dipastikan dari mana...takut nak membelek badanya kerana khuatir ada kecederaan dalaman...mlm tu kami tak nyenyak tido Milo semakin lemah terbaring...nafasnya semakin lemah dan kadang kala berombak kencang...pagi tu tepat pukul 8.00 pagi kami telah tepacak di klinik veterinar kerajaan...menurut doctor haiwan tu keadaan fizikal Milo normal...cuma dia takder equipment utk mengesan kecederaan dalaman...atas rasa tak puas hati maka kami hantar Milo ke klinik swasta utk membuat scanning...klinik dimana kami beli Milo 6 bulan yg lalu masa tu Milo berusia 4 bulan...menurut doctor Milo stabil...tiada kecederaan fizikal dan dia beri 2 injection utk menghentikan pendarahan dalaman...

seminggu dah kejadian ni berlaku...Milo semakin sihat dan telah kembali lincah...alhamdulillah...cuma sekarang perangai dan kelakuannya byk berubah...dulu tido meniarap skg tido telentang dan tiap kali tido mesti tido bersama kami...tabiat barunya juga tanak makan dalam bekas makanan utk pet yg kami sediakan...tapi dia akan amik makanan dari dalam tupperware...itulah kisah kebesaran Allah pada Milo kucing parsi yang kami sayangi...semoga semua nih jadi pengajaran kat kitaorang supaya lebih berhati2 dan belajar menghargai...


notaku di pendarahanmu: mungkin betullah org kata kucing ada 9 nyawa...sebab tu Milo bole survive…


Thursday, December 17, 2009

Kesan Pemanasan Global...Memang Bikin Panas

tergamam...terkejut...gerammmmm...tak tau nak kata apa bila balik jer dari opis umah kami mcm kena tsunami...dari bahagian dapur sampilah ke ruang tamu membawa ke sebahagian bilik tidur habis di penuhi dengan air dan sisa sinki tersumbat...ini semua di sbbkan saluran sinki org atas yang telah menghamburkan isi nya ke rumah kami...busuk tahap logi kumbahan dibuatnya... kitaorg wat teori ni berpunca dari salur sinki tersumbat pastu diaorg jolok2 ngan kayu dan menyebabkan penutup salur yang bersambung kat umah kitaorg terbuka dan akhirnya semua terburai...org atas mesti ingat usaha diaorg berhasil tak tau plak kitaorg kat bwh ni yg azab…akira dah gi ketuk umah tu tp takda org plak…nampak gaya cam umah pekerja2 Bangla...hurmm...dari pukul 8.30 sampai 12.00 tgh mlm kita org mengemas...mengemop muka masing2 dah cam buruh kasar...busuk jgn ckp lah…nak cerita nih pun rasa macam terhidu lagi busuknya...korang tgk jer la gmbr kat bawah nih...gmbr nih saja dikecikkan dan tidak ditegakkan...tak sampai hati nak edit...sebab jijik yang amat...


























buat korang2 yang tinggal kat aparment ke condo ke...timbang rasa la sesama tingkat...jgn nak lepaskan diri masing2 jer...tak kira trajedi mcm nih ke...meludah dari atas ke...buang sampah ke...memekak tak tentu masa ke...sebab kalau korang yg kena pandai plak korang nak marah...





notaku di sisa kumbahanmu: bangla nih mmg nak kena muntah kat muka dia..baru dia insaf kot...



Friday, May 8, 2009

Kali Nih Bukan Bolos Cermin...Kita Rompak Saja Harrier Itu

macam yang aku catitkan pada post yang lalu tentang tragedy hitam harrier hitam nih...ada yang lebih menyayat hati berlaku kat kereta nih...lepas selesai jer memasang kembali cermin kereta yang dipecahkan oleh sampah-sampah ini...sekali lagi diuji oleh sampah-sampah seperti ini...kali nih tragedy berlaku kat NKVE highway lepas exit subang menuju ke bukit jelutong...harrier telah dirampok...waktu kejadian jam hampir ke 0200lt hari yang sama lepas aku pasang cermin kereta nih...

kejadian nih berlaku sepantas kilat...tak sempat nak berfikir...tergamam...kereta dihentikan di tepi highway NKVE itu...masuk 2 lelaki ditumbuk, dipukul...nasib baik tak mengigit...lalu dicampakkan ditepi longkang...sebelum tuh sempat gak dia mintak henpon...takut2 kalau ada henpon nanti senang plak nak buat panggilan pada gps company kereta nih...or senang plak nak call sesapa...kemudian mereka segera berlalu pergi...

dah tentu pagi2 buta begitu...mmg takde sapa nak berhenti tolong atau tumpangkan la...mungkin takut, mungkin malas, mungkin sombong, or mungkin memang adat orang malaysia - pesan mak jangan jaga tepi kain orang...uhuhuhuhu...so terpaksala berjalan kaki pulang daripada highway tuh ke rumah di bukit jelutong...nak call dah tak bleh...henpon takde...nasib mmg malang takde satu pun kereta peronda lalu...tak kiralah plus ke polis ke...

sampai je kat umah bukit jelutong dah dekat jam 5 pagi...lama tuh jalan kaki...sampai jer rumah pagi tuh terus call gps company to try allocate back the car...tapi malangnya...company tuh cakap gps system kat keta nih dah kena cabut...hampes tul...bijak btul perampok nih...so aku suh lah diaorg check last sekali sebelum dicabut kereta nih ada kat kawasan mana...nak tau apa jawab dia..."oh maaflah encik...system yang encik guna nih system lama...kereta takkan bagi update pada hq melainkan direquest...atau satu lagi kalau kereta ini dipecahkan dan dihidupkan tanpa menggunakan kunci barulah akan activated...so kita tak dapta report apa2 daripada kereta encik...kalau system kami yang baru ada...kereta akan hantar update pada hq every one hour...kenapa encik tak call kami masa kejadian tuh secepat mungkin...camana nak call henpon pun kena kebas...so maaflah encik kami takleh buat apa2 skang sebab system gps tuh mmg confirm dah dicabut dari kereta encik"...aku tanya balik apsal tak pernah bagitau yang system kereta nih system lama dan perlu diupdate..."ohhh...maaflah encik...ingatkan encik dah diberitahu"...maaf...maaf...rasa cam nak lempang jer muka dia kan...

selesai perbicaraan itu terus bergegas ke balai polis untuk membuat police report...kes nih diamik oleh i.o. kelana jaya...balik tuh cuba2 call company Touch n Go nak check kali terakhir penggunaan kad TnG nih kat mana...diaorg kata report keluar kad nih last guna kat tol bukit jelutong jam 1518lt hari yang sama...aku dah update polis...cuma tak tahulah diaorg gunakan kad nih pakai kereta harrier tuh atau dah pakai kereta lain...polis akan siasat thru cctv tol booth tuh...

malang sungguh nasibkan...ingatkan harrier nih dah tak lagi jadi buruan perampok...sebab dah tak dgr macam dulu lagi yang hari2 kereta harrier dicurik...skang nih yang jadik goreng pisang panas rasanya bmw 5 series skang nih(sapa pakai keta nih berhati2lah anda)...harrier pun dah lamakan dah tak consider keta mewah sgt lah...

atas berlakunya kejadian nih banyak iktibar yang boleh diambil:
-kurangkanlah keluar waktu malam2 atau pagi2 buta nih..kalau boleh tak payah kluar langsung...kalau nak kluar gak jgn lah keluar seorang diri dan melalui jalan2 yang sunyi...Jangan Pilih Jalan Hitam macam bohsia...bahaya dah zaman2 kegawatan ekonomi skang nih...orang terdesak tak berkerja...sanggup buat apa2 jer...
-jangan melawan ketika dirampok...kalaulah katakan malam tuh melawan tak tahulah jadik apa...ntah2 diaorang keluarkan senjata...tak pasal2 tercedera atau mati...(mungkin kesan dari iklan radio yang selalu didengar...jangan melawan ketika dirampok...ingat kenderaan hanyalah hak milik yang diinsurankan...tidak seperti nyawa anda)..so jgn lah gatal2 atau purak2 lupa nak hidupkan insuran kereta korang...walaupun takde duit...sebab kalau berlaku camnih...tak ke mampus namanya...dan satu lagi amat bersyukur...nasib baik diaorang tak bawak pergi sekalik...kalau tak...tak pasal2 kena culik...
-jangan percaya pada system gps kereta anda sgt...check selalu dgn companynya...atau lempang jer muka diaorang nih....

harap2 dapat baliklah kereta nih walaupun harapannya amat tipis sekali...kalau dia hantar kereta potong terus lah hanyut...aduhh...


Thursday, May 7, 2009

Kita Bolos Saja Cermin Itu

harrier kena pecah...
pecah cermin depan belah kiri...
uhuhuhuk...
benda nih berlaku malam selasa yang lalu...
puncanya...
sebab letakkan bag kat atas seats...
mendisplaykan bag itu dengan jelasnya...
dalam bag takde apa pun...
cuma baju2 sahaja...
tak berbaloi langsung...
bag hilang...
cermin hilang...
tak sangka...
sebab kereta diletakkan ditempat terang yang ramai orang...
nasib baik ada cover insurance...

so post ini hanyalah untuk memberikan tauladan kepada saya dan anda semua janganlah letakkan apa bag sekali pun di tempat duduk kereta ketika kereta ditinggalkan...hatta bag plastik sampah sekalipun...nescaya akan dipecahkan...
orang tgh desperate housewife skang nih dalam keadaan ekonomi macam nih...sanggup buat apa sahaja...

kat bawah nih ialah gambar masa2 proses memasang cermin kereta yang baru...

tak cukup gempak kisah saya nih???kira tak boleh dapat blockbuster ke...takpe saya akan postkan kisah yang lagi gempak lagi yang berlaku pada harrier itam ini nanti...kisah gempak dan menyayat hati...uhuhuhukkk....bila dah settle n tenang kembali nanti akan saya postkan kemudian kisah harrier ini yang berlaku awal pagi ini....uwaaaaaaaaaaaa........

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.