Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

TAKO TAO

korang pernah nampak kotak kat atas ni..namanya Tako Tao..sejenis makanan jepun yang menjadi feberet aku.. diperbuat daripada bancuhan tepung, kobis cincang dan ada sedikit sos merah yang sedap..sedapnya..sampai menjilat lidi..

Ini lah rupa Tako Tao..dalam kotak tu ada 3 biji yang berharga RM4.90..dulu rasa cam misteri je bila rumpai2 yg ditabur atas tako tu menari2 
taraaaaaaa..kat dalam setiap bola ni ada inti yang lazat....
ada inti octopus, prawn, chicken &cheese, unagi & abalone..aku paling suka octopus
cakk..!! tak sabarnyer nak makan....nyumm.nyummm..tgklah bukan satu atau 2 tapi 4 kotak kitaorg borong

berhati2 dengan lelaki ini.suka curi octopus..
proses penyediaan Tako tao...selalu ada kat Jusco..
sesapa yang tak pernah cuba tu bila ke Jusco jangan lupa cuba & rasa..

Thursday, July 1, 2010

Durian Oh Durian

Baru je sampai office, terpandang 2 missed call dari En Akira..
Jarang dia telefon awal pagi macam ni
“ I teringin nak makan durian, dah 3 hari terasa”
Ooohh..nak ajak makan durian

Okey..petang ni kita gi cari durian ye
biasalah orang demam, nak makan apa pun kenalah ikhtiarkan

Notaku di kulit durianmu: mana nak cari durian kat area Bukit Tinggi ni yer..??

Wednesday, February 24, 2010

Haney...Lempengnya Hangus...

dah lama tak makan lempeng…petang tu tanya kat akira ok tak kalau mlm ni kita mkn lempeng...dia kata best gak...lempeng cicah gula merah...eermm...sambil2 masak lempeng tu teringat plak lagu exist...

Hani gadis metropolitan
Tahu serba-serbi
Falsafah dan seni juga menyanyi
Pandai ikut rentak

Hani gadis metropolitan
Banyak tinggi baca
Dan jejaki kota-kota dunia
Hidup ikut zaman

Tetapi sayang oh sayang
Dia tak pandai memasak

Oh goreng lempeng lempengnya hangus
Oh goreng lempeng lempengnya hancus
Oh goreng lempeng lempengnya haus
Oh perut ku kosong
(Oh dah bunyi keroncong)
(Apa nak buat)
(Oh namun begitu)

Dia tetap ratuku

Oh dialah satu, Oh dia haniku
Oh dialah ratu, Oh dia haniku

dan menu lempeng ni juga merupakan menu yang arwah abah selalu suruh arwah mak masak bila tiba mood dia tak nak makan nasi...

ada yang makan lempeng ngan gula, ada yang makan ngan kuah kari, sambal tumis...tapi malam ni kami makan ngan sambal sardine…akira jer habis 3 keping...haney 1 ½ jer…

nota ku di lempeng hangusmu: banyak dah makanan2 yang macam ni jadi makanan ruji kitaorang sekarang...hehehe...


Monday, February 8, 2010

Makanan Pelik...Taik Minyak Taik Itik...

seperti biasa setiap ptg haney akan tanya soklan yang sama... "malam ni nak makan apa..?" 
spontan dari mulut akira... "rasa nak makan yang pelik2 lah harini…"

jenuh gak memerah otak mencari idea makanan pelik apa yang nak dimasak ni...so sampai  jer kat “kedai uncle” kedai runcit favourite kitaorang...haney pun meyambar sekilo kentang & ayam kisar…dengan kentang & ayam kisar ni agak2 apa yang terpelik yg mampu di hidangkan…

taaa raaa!!! 


dan inilah hasilnya...rupanya taklah kelihatan pelik...cuma tak pernah dihidangkan sampaikan nama pun tak tau nak letak apa…

kentang rebus makan bersama ayam hancur yang dimasak bersama black pepper,  mayonnaise, tomato, cheese dan bahan2 masakan asasi yang lain...rasanya pun not bad...berselera gak akira makan...hampir 5 biji kentang dibahannyer...dia ni memang suka cuba makanan yang pelik2 dan eksotik nih...

notaku di kentang putarmu: bila direnung2kan balik...makanan ni mungkin ada ala-ala baked potato kot...cuma konsep dan servingnya yang berbeza...kan...kan...kan...


Tuesday, February 2, 2010

Mentarang - Hasil Laut Yang Amat Rare

MENTARANG...first time nampak signboard tu kat gerai-gerai yang merata di sepanjang laluan antara Tanjung Karang ke Sabak Bernam masa kitaorang on the way nak ke Pangkor (kitaorang ikut jalan "dalam")...hati mula berkata-kata...menatang apa mentarang nih...so atas sifat kitaorang yang selalu ingin tahu dan sangat suka mencuba makanan baru lagi eksotik maka kitaorang pun singgahlah kat satu gerai yang signboardnya tertulis...mentarang rebus / bakar...

rupanya mentarang ni sejenis makanan laut, rupanya spt kerang yang bersambung dengan kupang berwarna putih kekelabu spt kulit kerang...rasanya spt lala sedikit masin...sempat gak interview makcik yg menjual mentarang ni...katanya mentarang ni baru je dijumpai 3-4 tahun yang lepas kat pantai berhampiran...mentarang ni ada kat pantai di sana pun selepas kejadian tsunami...mungkin mentarang ni asalnya dari negara lain yang telah dibawa ombak masa bencana tu...mungkin itu cara Allah nak bagi rezeki kat penduduk di situ...boleh gak diaorang tambah pendapatan... memang byk penduduk yg menjual mentarang ni kat sepanjang jalan tu...cuma makcik nih jer yang buat extra servis iaitu mentarang tuh diaorang boleh tolong masakkan dgn cara merebus atau di bakar...untuk bagi kita rasa kat situ gak...kami berdua order 3 pinggan...sepinggan rebus n 2 pinggan bakar...sambal lada makcik ni pun mmg layan...home-made katanya...

notaku di kulit mentarangmu: agak2 mentarang nih asal dari mana ye...sebab mmg tak pernah nampak@tahu...kalau ada antara korang yang tau tentang mentarang nih bolehlah komen kat sini...share2 information ngn kitaorang...


 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.