Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011, SACC

Bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya Pameran Pengantin 2011 betemakan Arabian Night

3 hari kami berkampung disini bersama lebih 50 booth yang turut serta dalam pameran ini. Ia terdiri dari booth butik pengantin, fotografi, cenderamata (Door gift), kad jemputan, katering, videografi dan hiasan bunga. Pada pameran kali ini kami telah berkerjasama dengan Rita Collection.

Semua berjalan lancar dan mencapai target ada yang telah menempah khidmat fotografi kami untuk majlis mereka yang akan berlangsung pada akhir 2012.





 Kepada yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, cepat-cepat masih ada lagi kekosongan
biar kami abadikan kenangan terindah untuk majlis bersejarah anda




Monday, October 24, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011, SACC CENTRE 28-30 OCT



RYANIEZ MOMENTS PHOTOGRAPHY


PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA!! 
Temui kami di SACC Convention Centre pada 28-30 October 2011 ini!!

Promosi hebat hadiah menarik menanti..
  

jangan lupa LIKE kami di Facebook

Saturday, October 22, 2011

Kenduri sushi di Sushi king

Bersempatan menikmati sushi dengan harga RM2 sepinggan, aku, en Akira & Am (adik Ipaq) telah menyerbu Sushi King Subang Parade. Promosi ini untuk members sahaja yer. setiap orang diberi masa 45 minit,

kitaorang makanlah selagi terdaya 1,2,3....hinggalah pinggan yang terakhir..
burgghh..kenyang tahap dewa..

nampaknya cabaran 45 pinggan 45 minit gagal..
 en akira sila jangan buat muka  blur utk mengelak dari membayar bill.

Thursday, October 20, 2011

Menjejaki Air Terjun Berkelah, Pahang

Selalunya hujung minggu dok layan focus point, kamera, model & wedding,
kali ini, aku, en Akira dan rakan-rakan gi camping & trekking di Air Terjun Berkelah, Maran Pahang. Kali terakhir camping rasanya masa kat University lepas tu memang tak pernah langsung buat aktiviti lasak ni.

Group kami ada 9 orang yang turut serta, perjalanan bermula seawal 12.30 mlm dan kami tiba di, Maran lebih kurang 3.30am. setibanya disana kami meneruskan perjalanan dengan menaiki hilux lebih kurang 20 minit.selepas itu berjalan kaki merentas hutan yang memakan masa lebih satu jam untuk sampai ke tapak khemah di kolam ke 3.
ini gambar air terjun dikolam 3, tempat kami berkhemah, 

Keesokan harini selepas bersarapan, ekspedisi bermula untuk menjejakiAir Terjun kolam ke 7, kena masuk hutan, daki bukit selama lebih kurang satu jam..semput makk..
periuk kera pun ada.
 Geng selipar jepun tp bukan askar Jepun yer

 inilah kolam 7 air terjun yang paling tinggi.

sempat lagi berposing maut..
 aktiviti hari kedua, pertama kali seumur hidup turun dengan tali macamni,
kecut perut rasa menyesal pun ada.

dan yang paling yeehaaa..adalah mandi manda...syok hoo

 happy dapat mandi yer bang......

Tomei2 & oris pun ikut sama 

sekian sahaja bingkisan ringkas ekspedisi menjejaki Air Terjun Berkelah
kredit picture utk Hash Akira & Mohd Ridzuan...Arigato ghozaimas

Tuesday, October 11, 2011

what is your facebook status

zaman skg boleh dikatakan setiap orang ada akaun facebook, dari yang umur 3, 4 tahun hinggalah uwan dan atuk yang duduk kat ceruk kampung pun ada akaun facebook. punyalah besar kuasa facebook ni melanda seluruh dunia. kawan yg dari sekolah tadika sampailah yg kat IPT dapat dikumpulkan dalam friendlist.

setiap masa semua mengupdate status kat FB, dari celik mata hinggallah nk tarik selimut.

pagi : selamat pagi semua, malasnya nak gi keja...heheh

tghari : perut sudah lapar.nak makan apa ek

lunch time : harini makan nasi kerabu..kenapa budu trasa masam..tak guna tauke kedai nak untung lebih je..

pukul 2;30 pm : mata ngatuk suda..bolekah saya tido walau seketika cuma..

ptg : nak balik...nak balik..nak beli goreng pisang kak senah seberang jalan

mlm : boringnya rancangan tv malam ni..apa nak buat ye

sblm tido : masa utk tido, log off dulu..zzzz

ni kira yang general, kalau time gaduh ngan boyfrind plak..status mulalah berbau cerca maki, tu belum ayat2 yg boleh mencairkan taik telinga.

tapi sebaiknya janganlah mengupdate hingga menggugat keselamat. spt

"sunyi dirumah seorang diri, jiran2 pun tak ada..checked in no 16, taman mawar."

kalaulah akal perompak tu panjang akal, hari2 dok check org nyer status betapa bergayanya dia menyamun..so jgn terlampau ghairah hingga lupa ada bahaya yang menanti..so berpada2 lah dan bersederhanalah..


Sunday, October 9, 2011

FESTIVAL PENGANTIN MALAYSIA, 2011

Bertempat di Aeon, AU 2 Setiawangsa, telah berlangsung Karnival Pengantin, Kuala Lumpur. Bermula dari 07/10/2011 hingga 09/10/2011.
sempat melawat booth  rakan AFRA MAKE-UP dan FOTO CANTIK STUDIO

Dari pemerhatian, sambutan yang diberikan pada karnival kali ini sangat menggalakkan dan ramai yang berkunjung disetiap booth untuk mendapatkan pakej-pakej perkahwinan.

Ini merupakan usaha yang baik bagi memasarkan & mempromosikan perkhidmatan andaman, fotografi, katering dan segala yang berkaitan dengann majlis perkahwinan.




Wednesday, September 28, 2011

sugar glider

blog ini bagai sudah bersawang, usang dan terbiar, mujur masih berpengunjung walaupun bagai sudah tidak berpenghuni. ntah apa yang disibukkan hingga tak punya masa berkongsi cerita disini.

sekadar ingin berkongsi hobi terbaru iaitu memelihara haiwan comel yang dikenali sebagai Sugar Glider. aku ada sepasang jantan dan betina yang diberi nama tomei & oris.berusia 3 & 5 bulan..suka dengan rupanya yang comel aku juga berkongsi minat dengan en Hash..

tak susah menjaganya, bg makan nestum, buah spt apple, honeydew, anggur dan ulat.

Tuesday, November 23, 2010

Ke Kuala Terengganu kita

Berkesempatan mengikut en Akira ke Terengganu atas urusan kerja.
Kami sempat berjalan - jalan ke pasar Payang, 
tapi sayangnya masih banyak kedai- kedai yang belum dibuka kerana
sambutan Hari Raya Aidiladha.
Teruja dengan keindahan pantai yang cantik dan bersih di Kuala Terengganu.
kami sempat juga merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang- kenangan.



Sunday, November 14, 2010

Exam : SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bukan spa kecantikan)

Semalam aku menghadirkan diri untuk peperiksaan PTD M41
di S.M.K Alam Megah Seksyen 28, Shah Alam.
ini kali pertama mendapat tawaran untuk menjalani peperiksaan bagi perkhidmatan awam.

tak letak harap tinggi untuk jawatan ini. sebab ramai giler yang datang untuk exam...

Wednesday, October 27, 2010

Ryaniez Moments Bridal @ Sinar Harian, 26|10|2010

Berita perlancaran Butik Ryaniez Moments Bridal telah tersiar di ruangan Citra/ Butik di akhbar Sinar Harian pada 26|10|2010

Semoga dengan tersiarnya bingkisan ini, Ryaniez Moments akan lebih dikenali dan sebagai salah satu medium untuk mempromosikan butik kami.



Monday, October 18, 2010

haney @ Petronas MotoGP, KLCC

Baru- baru ini aku ke KLCC, kebetulan masa itu berlangsungnya pameran MotoGP anjuran Petronas. Seronok juga mencuci mata dengan pelbagai jenis motor - motor yang dipamerkan. 
 Antara model yang berada disitu
 Spotting!! sempat lagi berposing..

Eh...si dia pun ada

notaku ditayar motormu: kebanyakan yang datang ke pameran ni bukan nak tengok motor tapi sakan bergambar dengan model

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.