Minggu nih aku ke Johor Bahru...mengambil kesempatan untuk mengemas apa2 yang patut sebelum berhijrahnya aku ke penempatan baru akhir bulan ini...namun bukan itu saja tujuan aku kemari...aku dipanggil oleh SPA untuk temuduga...apa jawatannya...Pegawai Khidmat Pelanggan...tapi belum sampai tahap GRO (ini gred N191)...temuduga itu hari ini...hari Rabu (15.4)...di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor, Menara Ansar...
Aku tak berminat...tak terasa lagi untuk mencari kerja yang baru...SPA ni pun aku mohon rasa-rasanya setahun yang lalu...masa masih lagi kerja kat Johor Port...namun apabila dimomokkan oleh Haney dan kengkawan yang lain...kiranya jika sekali anda tidak menghadiri temuduga kerajaan ini anda akan diblacklistkan seumur hidup untuk temuduga lain2 pada masa hadapan...jadi aku harus pergi bukan...yelah mana tau...satu hari nanti rezeki aku mungkin berbakti pada kerajaan...masa depan aku mungkin di sini...kita tak tau kan...apa yang akan jadi...tambahan plak...aku agak makin berminat dengan tugasan pekerja kerajaan ini...ingin belajar di sana..dan mengajari apa yang diketahui...insyaAllah...
temuduga sepatutnya bermula pukul 8 pagi...aku sampai di sana jam 8.20...agak terlambat dan sudah pun ada barisan yang agak panjang menunggu...muda2 belia semuanya...kiranya bagai lepasan sekolah (hint 1)...terasa tua plak di situ...dan bila disitu terdengar perbualan-bualan candidate ini yang jawatan ini untuk gred N17 (hint 2)...aku masih tak ambil pusing...kerana tak berminat untuk ini dan tidak membuat persediaan sangat pun..sekadar menghadiri...duduk-duduk cuci mata...puratanya semua perempuan (hint 3)...cuma ada tiga sahaja jejaka...walaupun yang sorang itu tak berapa pasti kejejakaaanya...
lama menunggu jam 12.15 baru aku dipanggil..tibanya giliran...lama na...dekat 4 jam...gomen kan..biasaklah tuh...sebaik aku masuk 2 penemuduga di situ..seorang lelaki dan seorang wanita...sijil dan dokumen dihulurkan dan aku duduk menunggu soalan...lama si penemuduga membelek fail usang aku tuh...aku tetap menunggu..sekejap tengok fail sekejap tengok aku...aku pelik nih...ada yang tak kena ke...pakaian aku tak sesuai ke...akhirnya penemuduga wanita bersuara...
1. Betul ke awak nak jawatan ni?
2. Ye, kenapa puan?
1. Awak tau tak jawatan ini tugasnya apa..grednya apa?
2. Tak berapa pasti puan.
1. Awak TAK LAYAK ni...
Adeh...pulak..tak layak kenapa panggil...kenapa tak layak...jawatan ini tinggi ke...kelulusan dan pengalaman aku tak cukup barangkali...rupa-rupanya N17 ini adalah jawatan yang jugak dipanggil operator telefon dahulunya namun kini dah ditukar gelaran untuk menaik taraf pekerja kerajaan...katanya lagi ini Gred N17...tugasnya seperti receptionist sahaja...dia memberikan aku nasihat yang aku sepatutnya memohon jawatan n41 atau PTD untuk masa hadapan yang lebih cerah...sebab aku berkelayakan dari segi pengalaman dan kelulusan...manalah aku tau...aku mana hafal gred2 kerajaan nih..walaupun kengkawan suka cakap pasal gred2 kerajaan nih...aku tak amik pusing...padan muka aku...dia kata jangan keliru di kerajaan walaupun jawatannya pegawai masih belum tentu itu pegawai...berhati2 dan dia nasihatkan aku mohon semula pada yang lebih sesuai...aku akur...betul jugak...dan dia menceritakan tentang pegawai2 kerajaan..dan aku rasa berminat...akan ku mohon nanti InsyaAllah..mana tau rezeki disinikan...patutlah ketiga tiga hint tadi tuh...camana bleh tak perasan...fail bertukar tangan dan sempat juga dia bergurau...kalau awak nak jugak saya teruskan nih...saya teruskan...aku hanya tersenyum...Assalamualaikum....
kejadian nih..aku tak rasa rugi atau membebankan...aku rasa satu pengajaran untuk aku lebih berhati-hati di lain hari...aku dapat kenalan...pengalaman...dan informasi yang baru tentang jawatan jabatan awam...sesuatu yang menarik untuk dikongsikan...pada yang ingin mengetahui...aku pulang...kerana aku tak layak...tapi yang peliknya..kenapa aku dipanggil untuk ditemuduga untuk gred ini...adakah aku silap memohon..atau mereka yang silap menawarkan...
2 comments:
kunun mau berbakti pd kerajaan tapi sempat lg mengutuk gomen yerk.
encik akira oii..malu bertanya sesat jalan.
sekian.
bukan malu bertanya...tapi memg tak nak tanya pun memula...dah selesai baru tercarik2 kengkawan yang berkhidmat pada nusa kan...padan muka...ahahah
Post a Comment