Sejak en Akira menjinakkan diri dalam bidang fotography ni aku selalu di ajak menemaninya untuk shoot2 perkahwinan, tak kiralah kat Batu Pahat, Seremban mahupun sekitar Lembah Klang. Seronok tengok pengantin shoot tambah lagi bila dapat beraksi bersama pengantin yang spotting dan pandai berpossing. Bila nampak hasil kerja selepas gambar di edit, di cuci dan disusun dalam album seribu kepuasan terpancar diwajah. Minat untuk berkarya dan mengambil gambar tu memang ada, maklumlah selalu sangat jadi PA En Akira. Tapi untuk membeli sendiri camera dslr yang harganya mencecah ribu ringgit hurrmm.. itu yang buat terfikir2 sampai tertidur. Selalu juga curi2 guna kamera en akira. Tersengih2 sendiri melihat gambar yang dihasilkan. Mungkin memahami minat si isteri yang juga menjurus kea rah bidang yang sama. Maka En Akira telah membelikan sebuah camera Canon dslr 450D berserta speedlite. Tersenyum2 gembira bila akhirnya dapat mengenggam camera dslr sendiri.
Nampaknya lepas ni aku bukan sahaja sebagai PA tapi akan menjadi partner pada en Akira bagi mengembangkan lagi empayar Ryaniez Moments. Terima kasih, Arigato Ghozaimasu, Xie xie, Syukron, Kamsia, thank you very much.
Tak sabar nak ikut en akira weekend ni untuk job pertama bersama canon baru.
Note ku di dslr mu: Sifu jangan lupa turun kan ilmu menembak yer. Sebab photographer yg baik bukan terletak pada kecanggihan kameranya tapi pada kreativiti pemiliknya.
3 comments:
Hari ini hari khamis..
hari esok hari jumaat..
hari ini kenangan manis..
hari esok membawa berkat.
PHEWWWW...hebat..tahniah!
bila la nak dapat beli sebijik
hari ini hari jumaat,
hari esok hari sabtu
hari ini membawa berkat
Isyallah ada rezeki bole beli satu..
hari ini hari sabtu
hari esok hari ahad
hari lusa hari isnin
hari tulat hari selasa
Post a Comment