Wednesday, June 30, 2010

Set Safi Rania Gold

Sejak sebulan yang lalu, aku telah beralih kepada produk kecantikan ini. Teruja mencuba bila baca ‘feedback’ positif daripada pengguna- penggunanya di internet. Setakad ini berpuas hati dengan perubahan kulit wajah setelah menggunakan set safi rania gold. Walaupun tindak balasnya agak perlahan tapi ia menjadikan kulit lembut dan tidak berminyak.

Kena tunggu hasil dan perubahan selepas 3 bulan penggunaan. Nanti akan update di sini, harap- harap kulit akan lebih cerah dan anjal.

Nota ku di serum mu : Bak kata Catriona Ros “ Usia bukan penghalang”

Thursday, June 24, 2010

Aku dan Canon Dslr

Sejak en Akira menjinakkan diri dalam bidang fotography ni aku selalu di ajak menemaninya untuk shoot2 perkahwinan, tak kiralah kat Batu Pahat, Seremban mahupun sekitar Lembah Klang. Seronok tengok pengantin shoot tambah lagi bila dapat beraksi bersama pengantin yang spotting dan pandai berpossing. Bila nampak hasil kerja selepas gambar di edit, di cuci dan disusun dalam album seribu kepuasan terpancar diwajah. Minat untuk berkarya dan mengambil gambar tu memang ada, maklumlah selalu sangat jadi PA En Akira. Tapi untuk membeli sendiri camera dslr yang harganya mencecah ribu ringgit hurrmm.. itu yang buat terfikir2 sampai tertidur. Selalu juga curi2 guna kamera en akira. Tersengih2 sendiri melihat gambar yang dihasilkan. Mungkin memahami minat si isteri yang juga menjurus kea rah bidang yang sama. Maka En Akira telah membelikan sebuah camera Canon dslr 450D berserta speedlite. Tersenyum2 gembira bila akhirnya dapat mengenggam camera dslr sendiri.
Nampaknya lepas ni aku bukan sahaja sebagai PA tapi akan menjadi partner pada en Akira bagi mengembangkan lagi empayar Ryaniez Moments. Terima kasih, Arigato Ghozaimasu, Xie xie, Syukron, Kamsia, thank you very much.
Tak sabar nak ikut en akira weekend ni untuk job pertama bersama canon baru.


Note ku di dslr mu: Sifu jangan lupa turun kan ilmu menembak yer. Sebab photographer yg baik bukan terletak pada kecanggihan kameranya tapi pada kreativiti pemiliknya.


Friday, June 11, 2010

Filem Lagenda Budak Setan

Filem Lagenda budak Setan merupakan antara filem yg kami senaraikan dalam filem wajib tonton tahun ini. Pernah teruja dengan novel hasil karya Ahadiat Akashah satu masa dulu hinggakan makan tak kenyang mandi tak basah tidur tak lena..itu semua gara2 rasa sayang nak berenggang dengan cerita selagi belum habis dari satu bab ke satu bab.
Expectation terhadap filem ni memang tinggi tambah lagi bila tengok the making of lagenda budak setan di astro lagi tak sabar nak tengok sendiri di panggung.
Jalan cerita diolah lebih kurang sama seperti dalam novel. Cuma masa dua jam mungkin terlalu singkat untuk dapatkan keseluruhan cerita. Tapi kagum dengan senimatography yang memang cantik. Salah satu darinya adalah pokok besar kat UPM tu, tempat yang diidam-idamkan oleh en akira utk fotoshoot.
Secara keseluruhan kami bagi 3.5 bintang untuk cerita ni. Mula tu agak ragu- ragu dengan kemampuan farid kamil membawakan watak Kasyah tp bila dah menonton sendiri rasanya watak itu memang utk farid kamil. Lisa Surihani seperti yang dijangkakan lakonannya semakin mantap begitu juga dengan fazura bersahaja dan natural. Que Haidar, fuyoooo terserlah kezaliman memegang watak azmi baran dan kaki pukul bakat yang tak boleh disangkal.
Cuma kenapa lah ending tu ada mention berakhir bahagian satu, tetiba cerita nampak murahan plak..kalau nak buat 2nd part pun tak payah lah mention.
Apa pun puas hati dengan cerita Lagenda Budak Setan, membuai perasaan saper yg ratu air mata tu bwk lah tisu lebih…

Notaku di kamera slr mu: bila dengar lagu tema filem ni ‘Hilangnya Cintamu’ boleh menitis air mata..mendayu sayu…

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.