kehadirannya di pawagan memang kami nantikan...tambah lagi barisan pelakon yang pada pendapat kami di antara muka-muka baru dan anak-anak muda yang berbakat...Shamsul Yusof, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Remy Ishak, Scha Al Yahya, Farid Kamil dan lain-lain...maka sempena tayangan hari kelima, kami berjaya mendapatkan tiket di TGV Eon Bukit Tinggi...yang kagumnya bukan orang melayu je yang datang menonton tapi ada juga dari bangsa lain...
secara keseluruhannya cerita ni mencapai tahap apa yang kami harapkan...garapan idea dan jalan cerita oleh Shamsul Yusof sememangnya memberi nafas baru dalam dunia perfileman Malaysia...Boleh dikatakan 50% aksi drift, 30% kegiatan samseng, 10% cinta & 10% persahabatan...cuma apa yang menarik, biasanya kalau cerita melayu mesti ada babak kehidupan pelakon utama di rumah bersama mak & ayah atau mak ayah yg menentang kegiatan anak...tapi dalam cerita ni takde langsung babak cliche yang macam tu...lakonan Aaron sebagai Joe memang best...begitu juga ngan Shamsul sebagai Zack...satu lagi yang nampak cerita ni tak mengarut sebab biasanya kalau hero mesti tiap kali bertarung dengan penjahat mesti dialah yang paling power...tapi dalam cerita ni teruk Zack kena belasah dan tak melawan pun...dia siap melutut lagi bila dua sahabatnya yang tak bersalah kena belasah sama...lakonan Remy Ishak sebagai inspektor Kamal pun nampak natural dan tak begitu ‘poyo’ sebagai anggota polis....masa adegan tembak menembak pun bukanlah dia je yang tembak semua penjahat tapi kebanyakannya dari Special Unit yang memang pakar sebagai penembak tepat... Scha Al Yahya masih lagi memegang watak perempuan kasar dan tak nampak terlalu dibuat-buat...masa dia kena belasah teruk tu memang nampak real cara dia meraung kesakitan...Shaheizy Sam kadang-kadang bila tengok karektornya dia takdelah macam samseng cina tapi lebih macam samseng jepun dengan rambut panjang dan pedang samurainya...cuma pelat cina tu terlalu pekat jadi tak berapa natural...antara babak yang paling kami suka ialah masa adegan tembak menembak dengan Inspektor Kamal dan Joe n Ery...masa Joe memandu dan Ery berdiri di tepi tingkap kereta mengacukan pistol...nampak smart dan tegap je keduanya...satu lagi babak fight Joe dan Inspektor Kamal...memang cun dan punyai kelainan daripada babak pergaduhan biasa filem Malaysia...
kami sangat suka filem ni dan sarankan pada penggemar filem Malaysia pergilah menonton...filem ini penuh dengan kelainan daripada filem kita yang biasa dan lebih banyak aksi dari Evolusi KL Drift yang pertama...bagi kami Shamsul Yusof bisa membawa perubahan besar kepada industri filem kita jika originaliti, usaha dan ketekunan beliau berkarya diteruskan...
notaku di fairladyz orangemu: 4 ½ bintang daripada kami untuk EVOLUSI KL DRIFT 2....budget besar, takpe kerana hasilnya pun tak mengampakan...mesti Dato Yusof Haslam bangga dengan anak lelakinya ini...