Thursday, December 24, 2009

Milo The Survivor

"yang...yang...alo jatuh yang…” uish..baru jer nak letak kepala kat sofa...mcmana bole terus mimpi ni…

"yaangg…” suara Akira agak cemas dari balkoni meluru ke arah haney yang terbaring kat sofa.

"yang, alo jatuh" haney yang masih terkipat2 terus melompat dari sofa dan meluru ke balkoni... terdengar suara Milo dari bawah...untuk pengetahuan korang...kitaorang nihkan peminat kucing...so Milo adalah koleksi kucing kami yang terbaru sekali...

“ aauuoooo...”

kami pun bergegas turun kebawah apartment utk menyelamatkan Milo...masing2 berdebar2 untuk mengetahui kadaan Milo...dan kami membayangkan sudah tentu Milo maut dlm kejadian terjatuh dari tingkat 6 tu...sampai kat bawah, makcik yang tinggal kat tempat Milo jatuh tu meminta kami mencari klinik haiwan secepat mungkin utk menyelamatkan Milo...Haney cepat2 pergi kearah Milo yang masih terduduk...bila lihat kelibat kami...Milo terus berhenti dari mengiau...bila Haney angkat badannya ada darah cair keluar dari mulut Milo dan keadaannya sangat lemah...ini melemahkan semangat kami dan kami jangkakan hanya 20% jer chances Milo untuk survive...tanpa berfikir panjang kami berikhtiar mencari klinik haiwan utk mendapatkan bantuan dan berharap agar Milo selamat...masa tu jam menunjukkan pukul 1.00am...dari Bandar Klang, Shah Alam hinggalah Subang...namun semua klinik haiwan tutup...terpaksalah kami bwk Milo balik...darah still keluar tp tk dapat dipastikan dari mana...takut nak membelek badanya kerana khuatir ada kecederaan dalaman...mlm tu kami tak nyenyak tido Milo semakin lemah terbaring...nafasnya semakin lemah dan kadang kala berombak kencang...pagi tu tepat pukul 8.00 pagi kami telah tepacak di klinik veterinar kerajaan...menurut doctor haiwan tu keadaan fizikal Milo normal...cuma dia takder equipment utk mengesan kecederaan dalaman...atas rasa tak puas hati maka kami hantar Milo ke klinik swasta utk membuat scanning...klinik dimana kami beli Milo 6 bulan yg lalu masa tu Milo berusia 4 bulan...menurut doctor Milo stabil...tiada kecederaan fizikal dan dia beri 2 injection utk menghentikan pendarahan dalaman...

seminggu dah kejadian ni berlaku...Milo semakin sihat dan telah kembali lincah...alhamdulillah...cuma sekarang perangai dan kelakuannya byk berubah...dulu tido meniarap skg tido telentang dan tiap kali tido mesti tido bersama kami...tabiat barunya juga tanak makan dalam bekas makanan utk pet yg kami sediakan...tapi dia akan amik makanan dari dalam tupperware...itulah kisah kebesaran Allah pada Milo kucing parsi yang kami sayangi...semoga semua nih jadi pengajaran kat kitaorang supaya lebih berhati2 dan belajar menghargai...


notaku di pendarahanmu: mungkin betullah org kata kucing ada 9 nyawa...sebab tu Milo bole survive…


2 comments:

++Mr N and Mrs N++ said...

ko nih menakutkan aku le ngah..camana si Milo boleh jatuh tu..dia panjat koridor ke ngah?

Haney said...

Aku tak tau mcmana dia jatuh..yg aku sedar tetiba jer dia dah kat ground floor..rasanya dia duk kat tepi balkoni tu sambil amik udara mlm kot..pastu berangan terbang cam burung ingat bole tumbuh sayap agaknyer..kalau tgk muka dia lama2 dah mcm rupa org skg nih..kalau kitaorg tinggal dia kat umah 2-3 hari balik jer dia akan tenung cam tak puas hati..terutamanya kat akira sbb dia yg selalu bg mkn…

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.