Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

salam aidiladha buat semua teman2 khususnya dan semua umat islam amnya...lebih2 lagi yg selalu mengikuti perkembangan blog kami nih...di harap segala2 yang berlaku dan kita lakukan mendapat keberkatanNya...raya haji tahun nih kitaorang akan celebrate di Batu Pahat...
sementara masih berkesempatan ini marilah kita sama2 merenungi pengorbanan mereka2 yang lalu...dan kesannya kepada kehidupan...dan renungkanlah juga apakah pengorbanan kita untuk diri, keluarga, masyarakat, dunia dan akhirat...

Thursday, November 19, 2009

Artis Malaysia...Artis Ku Kata

dalam dunia ni banyak benda yang pelik...kengkadang terasa pelik ngan diri sendiri yang suka tengok perempuan cantik, seksi, rambut yang cantik, bibir yang seksi…wakakaka...tapi diri ini masih lagi wanita tulen yang menyintai seorang lelaki…antara artis Malaysia yang aku suka tengok dan suka nak tau kisah hidupnya...

dulu memang minat gila ngan Dato' Siti...comel dan sopan...package yang cukup lengkap dgn bakat yang ada...tp sejak dua menjak ni cam kureng sikit...dia seolah2 tidak lagi menjadi diri sendiri...seperti terlalu ingin menjadi seiring Dato' K...



Sazzy Falak..tak tau lah kenapa boleh terminat ngan dia ni...mungkin sebab dia cute...dan minat tu datang sejak tengok citer Gol n Gincu The Series...satu lagi yang menarik tentang dia ni kan...walaupun dah kawin tp still stunning...pastu nampak cam loving couple jer...(nampaklah...hakikat tak tau plak...)



Scha Al-Yahya..boleh dikatakan muka baru dalam dunia glamour ..antara byk2 artis...rasanya dia ni pelik sikit sbb sikapnya yang agak kasar ala2 tomboy.... mungkin sbb tu dia ni selalu dapat watak yg mcmtu...nampak tak pura2..cuma kengkadang bila dia cuba nak jadi pompuan melayu terakhir ala2 lemah gemalai tu rasa cam pelik jer...tp saper tau satu hari nanti dia berubah jadi cam Vanida Imran plak...

Fazura…sebelum ni tak pernah perasan pun dia ni cute...pernah sekali officemate lama ckp dia ni cantik...sampailah bila suami sendiri kata yg dia suka tengok fazura...baru lah berjinak2 mengupload gambar2 dia utk mencari dimana sweetnya Fazura...oohh...memiliki senyuman yang manis walaupun berhidung pesek…sifat manja dan gedik semula jadi juga mungkin disukai oleh lelaki...

kepada anda-anda semua selamat maju jaya dalam dunia seni...dan semoga terus memeriahkan dunia seni tanah air dengan bakat dan kurniaan yang ada...dan bukan dengan gosip atau perangai yang ntahapahapa...

Saturday, November 14, 2009

Hall of Characters...En. Sudu Beraksi

hari nih kitaorang lepak kat Sri Cahaya...ferry ada concert for end year kat sekolah dia...junior classes akan pentaskan musical of disney untuk tahun nih...dan untuk group ferry akan pentaskan beauty and the beast...aku tanya kat dia...dia jadi watak apa...jadi beast tuh ke...selamba je dia jawab "I'll be a spoon"...aku punya ketawa la dgn haney...tapi bila dah tgk show diaorang nih ok lah...entertaining gak...bila tgk konsert kat sekolah ferry nih...aku teringat masa aku sekolah2 dulu...ada juga buat persembahan macam nih..tapi tak se"grand" dan segempak macam diaorang nih...advanced dah pelajar2 sekarang bila tgk pementasan diaorang...terutamanya untuk senior classes...baguslah...kalau seiring dengan pelajaran...tahun depan tak tahulah apa pulak si ferry nih akan jadik...

anyway ferry nih adik aku yang kecik sekali...standard 4...bravo lah untuk encik sudu nih...

notaku di kepala sudumu: lain kali cubalah watak hero plak..barulah aku tak nyuruk bawah kerusi bila dia keluar beraksi...

Friday, November 13, 2009

Kembali Ke Johor

perjalanan ke Jb kali ni utk memenuhi performance appraisal's interview kat JPL HQ... memandangkan appoitment tu hari isnin so haney pun angkutla akira sekali utk meneman trip kali ni...kitaorang bertolak pada hari ahad...gerak agak tengahari...ni semua gara2 insiden busuk yg tak dapat dielakkan...

lepas amik maya kat kota damansara kami pun bergerak ke kmapung batu pahat...maya cuti semester untuk dua minggu...jadi dia nak rehat2 kat kampung...sampai kampung lebih kurang pukul 5.00 pm...memandangkan rupa umah yg tak tak mcm umah maka haney memulakan aktiviti menyapu dan mengemas satu umah...lepas magrib kitaorg pun bergerak ke pasir gudang...sampai sana pukul lebih kurang 9.30 pm...petama2 sekali gi terjah umah kat scientex...saja2 tgk keadaannya yang dah lama ditinggalkan...pasir gudang dah byk berubah skg ni...pusat bandar dah siap menara aqabahnya...ada traffic light baru kat depan track pasir gudang...kitaorg berhenti kat tasik bukit layang sambil makan cucuk2...cantik dah tasik nih...hajat nak gi jumpa x-housemate haney tp masing2 takder kat umah plak...sokitaorg gi bandar JB plak makan steamboat kat dataran..nak sewa hotel pun dah agak lewat dan membazir...so kitaorg gi gegar umah abg salleh tumpang beradu…

pagi tu lepas breakfast haney terus ke office....akira plak gi bayar cukai pintu kat pusat bandar...then jumpa member2 lama kat pasir gudang tuh…petang tuh lepak sekali lagi kat masai dgn group lama...kitaorg tolak dari pasir gudang pukul 10.20 pm lepas makan ngan abg salleh...perjalanan mlm ni masing2 byk mendiamkan diri dari berbual…kami cuba highway baru thru cahaya masai...senai-desaru expressway...gelap keadaannya dan lebih jauh daripada pasir gudang highway...sampai Shah Alam 2.30 am...arrghhh...penatnya esok nak mulakan kerja balik...akira plak ada court case kat Segamat nak kena bertolak seawal jam 05.30 am…uisshh...siannyer…

notaku di menaramu: tiba2 rasa syiok plak lepak kat pasir gudang...rasa macam nak bercuti kat sana plak nanti...boleh???....hahaha...

Thursday, November 12, 2009

Lambaian Kaabah

masa zaman kecik2 dulu mak & abah ada gak bawak gi Senai hantar makcik @ pakcik gi haji...dan kali terakhir masa hantar arwah mak & abah 14 tahun yang lalu. pun kat Senai...lama lah jugak dah kiranya….dulu kalau gi Haji...orang kampung akan sewa van dan ada gak yang sewa bas...semangat kejiranan org kampung ni mmg lain mcm sikit…

ini plak kali pertama Haney hantar orang g Haji kat KL...kali ni kami hantar makcik & pakcik dari Kota Tinggi...adik bongsu arwah abah yang berangkat ke tanah suci pada 11/11/2009 @ 01.30 am melalui KLIA...mengikut jadual jemaah akan masuk ke dalam dewan check in di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pukul 09.00 pm...kitaorg plak menjajau cari jalan ke kompleks Tabung Haji nih...pusing punya pusing akhirnya jumpa gak tempat yang dicari... khabarnya malam nih ada 2 buah kapal terbang. yang akan berangkat ke sana..so bayangkan lah berapa ramai org yang berkumpul kat sini tambah lagi dengan cuaca hujan yang kejap renyai kejap lebat...mereka nih daripada seluruh Malaysia...berkumpul kat sini untuk berlepas dan khabarnya terdiri daripada senarai standby...kesian tgk diaorang menunggu daripada pukul 04.00 pm...ada yang dah terbaring dan tertido kepenatan kat khemah luar menunggu...lebih kurang dalam pukul 10.45 pm...semua jemaah selamat masuk ke dewan check in untuk berlepas ke KLIA...

bila ada kat sini...melihat diaorang semua nak berlepas...dengan memakai ihram dan pakaian haji...hati Haney rasa sayu dan teringin sangat nak cepat2 ke tanah suci...insyaAllah satu hari nanti....

kepada semua jemaah...selamat menunaikan ibadah haji dan semoga dapat haji yang mabrur...

notaku di pintu kompleks mu: tabung haji patut tingkatkan lagi kualiti servis dan tempat menunggu untuk jemaah nih...dah lah kena tunggu lama...kena tunggu bawah khemah kat luar plak...penat diaorang nak ke sana...sedangkan diaorang tahu yang pergi nih puratanya dah lanjut usia...aperaaa...

10 Tahun Berlalu

10.11.2009 - genap dah sepuluh tahun beliau pergi meninggalkan kami...dan aku rasa selama tempoh itu jugaklah uwan dah tak seperti dulu...mungkin terlalu sakit dan lemah merindui beliau...aku pun rindu kat arwah nih...dulu masa kecik2 cukup rapat ngn arwah...dia sgt menyayangi cucu-cucunya...sentiasa memnuhi apa jer yang kitaorang mintak walaupun hidup tak semewah mana...dan rumah itu sentiasa menghiburkan kami...kadang2 rasa terkilan sebab arwah tak dapat nikmati apa yang kitaorang ada sekarang...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka2 yang dikasihiNYA...amin...

notaku di rumah itu: masih teringat snyumanmu itu dikala pulang petang...cukup ikhlas walaupun kepenatan mengayuh basikal dengan kuatnya sebelah kaki cuma...

Wednesday, November 11, 2009

Special Gift From The Special One

today i received a special e-card from my luv one...



and received these from her too...


quote from the card
" sayang. you're my man
my mighty king
and i'm the jewel in your crown
you're the sun
so hot & bright
i'm your light-rays shinning down "

thanks sayang...appreciate it so much...thanks for always makin my day full of happiness and smiles...ure so special in my life and hope that we can always celebrate this together till the end of my life...

notaku di kek besdaymu: sambut birthday atas jalan...first time in my life...

Wednesday, November 4, 2009

Pimp My Motokar

dulu aku pernah cerita yang aku nih suka sgt nak memodifikasi kan rupa paras motokar aku yang satu nih kat post nih...so lepas dah lama sangat guna bodykit mivec nih...aku mula dah start nak rasa menyampah...dua tiga bulan gak aku survey nak tukar bodykit apa plak kat motokar aku nih...habis semua kedai aku redah...daripada klang, shah alam, sunway, cheras, kajang, seremban, johor pun sekali...dalam masa yang sama hari2 aku mengusulkan proposal aku nih pada pihak atasan...pn haney...asalnya motokar aku yang sebegini rupa parasnya...

aku tukarkan pada isnin yang lepas...dalam kesyahduan hujan yang turun renyai2...aku amik keputusan untuk pergi satu kedai apek yang mengiklankan perniagaannya di mudah.my (bagus nih website nih...korang pergilah survey2 kalau teringin nak berjual beli)...kedai apek nih kat puchong sky win auto sport (puchong nih tak termasuk langsung pun daripada tempat2 yang aku dah survey sebelum nih...hahaha)...aku pilih kedai nih sebab dia banyak ready stock...dan aku pun dah kemaruk sangat nak tukar....ghairah tak sabar dah...

so kat bawah nih adalah gambar2 proses pimp my motokar yang berlaku kat kedai apek nih...kalau korang nak tgk yang live version...korang tunggulah hari ahad nanti kat channel MTV...live from puchong - special episode 2997 with rap superstar XZibit and car enthusiast Abang Hameed Nordeen...

bumper mivec rabak nih pun ada orang nak beli balik daripada aku tau...jangan pandang sebelah mata...

bahagian bumper depan yang aku tukar...v-shape custom made + difuser...

nih pulak bahagian belakang...yang nih custom made daripada original bumper (number plate to bumper)...

lama gak aku terdampar kat kedai apek nih dalam 5 jam baru selesai...tadi masa aku survey2 lagi kat mudah.my tuh...aku terserempak dgn advertisement apek nih guna gambar2 modifikasi motokar aku tanpa kebenaran...cuba korang klik kat sini...nih dah boleh mintak royalty for copyright nih...komisen tolong promosi lagi...

overall...aku puas hatilah dengan apa yang aku buat kali nih dan kerja apek nih...walaupun ada kecacatannya sana sini...target seterusnya plak aku nak spray pewarna tiruan kat motokar aku nih...harap2 berjayalah dan mendapat kerjasama dan kelulusan daripada pihak atasan..."boleh lah sayang...pliss???"...

satu je ayat apek tuh pada aku yg aku nak quote "ini macam hah..semua engineer proton boleh berenti keja pun...sebab semua dia punya keleta customer lagi pandai modified n mikin lagi cantik daripada dia cipta munya...semua pun tak nak pakai oliginal munya pun"...

notaku di fibre glassmu: len kali kalau nak buat kerja yang perlu membongkok2...pakailah seluar yang ketat di pinggangnya...jika tidak pemandangannya amat huduh sekali...

Tuesday, November 3, 2009

Jumpa Antu di Senja Hari

jumaat lepas kitaorg ronda2 kat sunway pyramid buat ke sekelian kalinya...membuang masa sementara jalan yang jam amat gaban reda...nak redah mmg aku tak sanggup...bukan simpul biawak lagi dah simpul komodo pun ada rasa kaki nih...haney pun katanya nak carik dress...n aku plak rasa cam nak carik celana santai...jalan punya jalan lepas maghrib tuh tetiba kitaorg terserempak ngn makhluk2 ganas...negro...eh silap eja plak ngeri...menyeramkan...siap ngn darah2 sumer...kuku ngn rambut panjang btul...walaupun diaorg tgh berdiri kat depan kedai gunting A'Cut Above...mula2 aku ingat diaorang nih tgh beratur tunggu giliran nak potong rambut...tapi bila aku toleh kat kiri haney dah gegel2...sambil tadah tangan baca doa...doa makanla, doa tidola, semua doa yang dia ingatlah...risau gak aku senja2 nih...sebab uwan aku selalu pantang n marah kalau aku merayau2 kat luar nih waktu senja...ada antu katanya...kali nih betul2 kitaorng jumpa antu...dlm kerisauan tuh sempat jugak aku snap gambar2 antu nih buat bukti...n ingat nak hantor kat uncle Seekers...

lepas ditenangkan dan dipujuk oleh sorang makcik indon yang niaga jam Ben 10 kat situ...barulah kitaorang mengerti diaorang nih tgh prepare untuk satu function kat depan barcelona, pyramid sempena Halloween Night...patutlah kat baju masing2 ada no...ingatkan tuh no giliran untuk potong rambut...apa la diaorng nih takde kerja betul...buat orang ngeri je...lenkali buatlah pertandingan bayi comel ke...ratu kebaya belia 4b ke....

notaku di titisan darahmu: halloween nih sempena sambutan apa asalnya ye...sesapa tau boleh tak comment untuk aku...ini serius...


Berpisah Jua Akhirnya...

hampir 10 bulan kami hidup bersama sebagai suami isteri, makan bersama, bergurau bersama, buat kerja gila bersama...kami nampak bahagia dan sememangnya kami amat bahagia..tp apakan daya dek desakan orang ketiga kami terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing...demi masa depan kami tiada pilihan...damn u orang ketiga...eheh...

hotel nya...

pantai peranginan haney di kemaman...

pantai peranginan akira di rompin...

akira ker rompin pahang..haney pula ke kemamam terengganu...cis…zalim sungguh bos kitaorg nih..dia bg haney assigment kat kemaman si akira plak kena attend court case kat rompin…

catatan haney : dua hari kat kemaman, job kali ni gi meterjah kemaman port utk tengok2 facilities yang ada kat sana..gi ronda2 dalam port...malam tu tumpang beradu kat suria cherating beach resort......selesai jer tugas2 khas gi cari kopok lekor & kopok kering utk dibawa pulang...

catatan akira : dua hari kat rompin, kena diarrhea teruk sepanjang jalan...memang jadi lembik betul...nih semua bamboo lala punya pasal...court case belah pagi jer...settle tuh gi survey pantai penyabung...sebab dgrnya ada kelong menarik untuk memancing kat sana...dapat info dah...next time boleh bawak haney g bermalam kat situ...

notaku di pasir pantaimu: apsal la boss nih tak bagi jer kitaorng outstation or assignment kat sama tempat...kan besh...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.