Monday, October 12, 2009

Bila Sebut Pasal Raya

raya tahun ni agak berbeza sambutannya...maklumlah raya pertama sebagai suami & isteri…namun persiapan menyambut kehadiran syawal tu agak sederhana...kerana tiadanya mak dan abah di sini...org kata kalau tak buat kuih tak rasa nak raya...so haney yang malas2 rajin ni pun buatlah 4 jenis biskut dan 2 jenis kek..sehari sebelum raya macam nak runtuh dapur umah kami..dah tak rupa dapur bersepah2...akira yang selama ni agak mementingkan kekemasan rumah pun dah tak terdaya nak kata apa...

menjelang senja 6 biji kek berjaya di siapkan...dan kerana sibuknya petang tuh kitaorang berbuka delivery by Mc D...lepas tu kami bersiap ke shah alam...1 syawal tahun ni kami sambut di umah famili akira kat bukit jelutong…acara mlm tu kami mulakan dengan bermain bunga api dan mercun..memang seronok tambah lagi anak2 along pun ada sama…akira pun sakan mengalahkan bebudak kecik...pukul 2.00am kami berjaya meracun mama utk gi merayau kat jalan TAR...along dan adeq Am pun terlibat sama...mlm ni mmg gegila punya lelong...biskut raya 7 bekas RM10...baju2 raya yg pada awalnya berharga RM60.00 telah turun harga pada RM30.00...hurrmmm...memang murah…smpi dkat pukul 6.00am gaklah kami kat sana...

pagi raya tu lepas semua balik dari masjid...kami bersalam salaman dan bermaaf maafan sambil diselang selikan dengan ucapan dan nasihat dari tok ketua kampong (saper lagi kalau bkn saudara akira kita)...

raya kedua...catatan raya kami beralih ke batu pahat…bermulalah sessi beraya bersama kuarga belah haney plak...ni 1st time akira raya kat sini...mcm2 jenis minuman dan kuih2 dihidangkan kat 12 buah umah saudara mara...dan mlmnya pulak akira joint majlis marhaban dari rumah ke rumah kat kampong...sian dia...ini pertama kali pengalaman dia beraya mcm nih punya byk rumah...adik2 lah yang memujuk si akira yang dah tak larat ni..."sabar bang ada 2 rumah jer lagi…” dengar2 nya setiap rumah mengidangkan makanan berat ada laksa johor, mee bandung, mee goreng, sup, soto...nampaknya bertambah2 tembam lah si akira...hee...


dalam pada sibuk beraya kami sempat juga menguji kehebatan suara kat K Box, CC Mall Batu Pahat...jumaat petang kami bersiap dan pulang ke Klang...sempat kami singgah beraya kat melaka n seremban...

rumah kawan2 yang sempat kitaorang terjah Ijal, Siti (Y Y), Mr N and Mrs N dan Nissa...thanks guys sebab sudi mengundang dan melayan kitaorang...habis dah raya saya...



nota ku di pintu rumah open house mu: apsal raya tahun nih mcm murung dan kureng jer...ke kitaorg je yg rasa...ke korang rasa jugak...ke...

2 comments:

++Mr N and Mrs N++ said...

kureng le ..aku pun ambut korang pakai baju muka org utan jek hehe

Akira said...

hehehe...baju org utan tuh kira tema hari raya kita pada hari itu...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.