Thursday, October 29, 2009

Hai...Selamat Pengantin Baru...

hujung minggu lepas kami ke sini...meraikan kedua mempelai nur zawani dan suaminya...atas undangan dato' jalal dan keluarga...terima kasih...



ini khemahnya...

ini hidangannya...

ini pelamin dan pemuzik jalanannya...

ini wedding giftnya...

ini pengantin dan tetamu kehormatnya...


majlisnya menarik dan sederhana...open air which i like...dengan cuaca yang mendung dan nyaman...cuma warna temanya tak menyerlah dan kureng cun...untuk majlis nih kami bagi 3.5 mintang....miahahaha...suka2 jer majlis kahwin orang pun kitaorang nak bagi rating...anyway tahniah kepada kedua mempelai...

notaku di kain songketmu: pilihlah warna cun sket...im sorry...

Wednesday, October 21, 2009

Merempit Suara

malam itu kami bosan...terlalu bosan...takde plan dan aktiviti...lalu kami merancang...dan akhirnya kami ke sini...tanpa caklopong yang tertua dan si gemuk yang kecil hatinya...

kesian budak nih kitaorang tgk dia melilau2 nangis carik mak dia...mesti mak dia terlupa dia...sebab sibuk shopping deevapali...so kitaorang ajak dia join sekali untuk berlibur...

dan bila kat dalam...beliau a.k.a budak hilang mak itu tanpa segan silu meng'conquer' mic untuk dirinya sahaja...

kesian kakak nih sampai tertido sebab tunggu budak hilang mak tuh tak habis2 nyanyi...sedangkan kakak ini telah bertekad untuk menyanyi sebanyak 243 buah lagu pada malam itu...

kitaorang bantai meng'adjust' suara kat sini sampai pukul 4 pagi...sungguh kepenatan sekali... lepas habis kat sana kami bersarapan pagi pula di Asia Cafe... dalam perjalanan balik kami sempat juga menghantar budak hilang mak itu ke perkampungannya bagi menyambut perayaan Deevapali bersama keluarga beliau ...beliau berterima kasih dan berjanji akan menghantar sebalang muruku kepada kakak tido tadi sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga...

amp square nih kat sunway pyramid...okaylah tempatnya daripada segi room service, variety of buffets, choices of songs, charges and rates, keadaan bilik, sound systems...semuanya selesa dan membuat hati ini senang...untuk tempat nih kami rate 2.5 mintang...yeay....


notaku di mikrofon adikmu: malam itu kami semua terharu mendengar teguran dan kasih sayang daripada seorang abang kepada adik perempuannya yang dikasihi....

Wednesday, October 14, 2009

Open House En. Goh Tong

cadangan utk bawak Haney ke umah En. Goh Tong ni dah lama dipendam oleh Akira...so di hujung minggu yang suram dan memandangkan En Goh Tong pun dah beribu kali menjemput kami ke rumahnya tak kiralah melalui tv ke, magazine ke, surat khabar ke....kami pun memenuhilah undangan beliau...nanti kecik ati plak...kwn2 pun takde plak yg tipon nak dtg beraya (ayat cover line...sebab padahal mmg takde sapa pun yg apenah da dtg beraya kat rumah kami yg curuk itu)...kami pun bersiaplah utk pergi ke Tanah Tinggi Genting…harap2 cuaca kat sana tak seburuk cuaca hujan kadang2 gerimis yang melanda bumi Klang hari nih…pukul 12.00 pm kami gerak ke Genting..perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ker station cable car…ikutkan Haney...kena bangun pukul 5 am dan bertolak ke Genting pukul 6.30 am ...uhuhuhu....

actually..this is Haney's first time to Genting...ssshhhh...jangan bgtau org tau...sian dah tetua tp tak penah gi Genting...hahahhah…syok gak naik keter cable nih..rasa cam Jamal ngan Ogy dlm citer Azura plak..ni yg rasa nak nyanyi nih…

sampai kat atas tu...mula2 sekali kitaorg gi jelajah semua tempat...daripada Highland Hotel sampailah First World Hotel...outside and indoor park...pastu baru lah gi cari2 apa yang menarik utk ditakluki…banyak gak lah benda yang kami sempat cuba..pada Akira yg paling syiok Snow World...hampir 30 minit kitaorg kat dalam bilik beku nih..sampaikan telinga Akira kebas sbb terlalu sejuk…kalau lagi lama kat dalam ni alamat balik kena potong telingalah….tp Haney plak rasanya tetap teruja ngan tayangan five minutes 4D Motion Master...Jett and Jin...heheh...rasa cam nak jer pasang screen dan seat tu kat umah...tengok drama roda2 kotaraya pun bole guna 4D...boleh tengok misai A Galak lebih real...(tak sabar nak tunggu 4D Motion Master yang dihasilkan oleh anak Malaysia plak)...kitaorg sempat gak menjengah2 Casino yg memang sentiasa dikunjungi oleh kebanyakannya kaum cina dan warga asing…banyak betul duit korang ek…diaorang yang keluar masuk nih ada mcm2 gelagat...tapi yang pastinya bila masuk yang senyumnya banyak...tapi bila keluar yg masam n muram lagi banyak...

lepas magrib kitaorg turun semula ke kaki Tanah Tinggi Genting..balik ni kitaorg berdua jer dlm cable car..uishh..romantik jer sambil menikmati pemandangan kaki gunung waktu senja...singgah membeli sotong kering kat terminal cable car pastu bertolak balik...malam nih nak g E-Curve plak layan midnight...

yang lelain korang layan jerlah gambar2 kat bawah nih......



Snow World: temanya kami amat sayang pada lampu itu...sebab beliau panas...


4D Motion Master: cermin mata itam itu adalah dibekalkan dan kami bukan sesaja poyo berkacamata



walaupun trip yang agak singkat tp rasa seronok sangat…sayang...nanti bawak jenjalan lagi tau...


nota ku di seat cable carmu: lain kali kalau nak g jenjalan jgn lupa camera dan cameramannya sekali...

Tuesday, October 13, 2009

PAPADOM....de-booommmm

Kami ni bolehlah dikatakan peminat setia Afdlin Shauki..jarang sekali terlepas menonton filem2 arahan mahupun lakonannya…sebagaimana semua tahu filem lakonan dan arahan Afdlin yang terbaru “PAPADOM” baru jer masuk panggung..tu yang kitaorg teruja nak gi tengok..tayangan midnight kat e-curve jadi pilihan..sementara menunggu pukul 11.15pm..kami sempat mengisi perut kat station kopitiam..hehe tak sangka plak kat e- curve ni ada life-band..suara memang power..tabik spring arr …

mereka-mereka yang bersuara sodap banget...

Secara keseluruhannya citer papadom ni memang menarik..dari mula sampai habis ada jer dialog2 yang membuat kami tak kering gusi..bak kata akira..citer afdlin kali ni memang keluar dari skop citer2 melayu yang biasa kita tonton..walaupun dalam serius tapi dialog dan penyampaian berjaya membuat penonton tergelak..citer pun bukan citer kosong..ada mesej yang hendak disampaikan..antaranya..berilah perhatian dan kasih sayang pada isteri anda selagi dia masih hidup..kang kalau dia dah takder dan disaat2 anda terlalu memerlukannya, dia akan menjelma menjadi apa jerhahah..yang kedua..walaupun tanggungjawab ibu dan ayah menjaga anak2 spy tak terjebak dgn perkara yg salah..tp bglah ruang pada anak2 utk berdikari dan hidup spt anak2 org lain...

Pilihan barisan pelakon yang menjayakan filem ni sangat bersesuaian dan berjaya membawa watak yang diberikan dengan hebat..nak puji lakonan Harun Salim Bachik..walaupun wataknya kecik tapi kehadirannya dalam citer tu sangat terkesan..tahniah juga buat Que Haidar..Liana Jasmay..Nur Khiriah..Farid Kamil..Shca..Afdlin…dan semua yg terlibat..cayalah…

Untuk citer ni kami bagi 5 mintang….* * * * *

Buat Afdlin : karya mcm ni lah yang rakyat Malaysia tunggu2..memang patut pun belum masuk panggung tapi dah menang banyak anugerah..kami tunggu filem ente yang seterusnya..cheers….



nota ku di kerupuk papadom mu: buat korang2 pergila tgk filem nih...mesti tak rugi dan byk korang boleh dapat..surrogates ke whiteout ke..lain kali jerla..


Monday, October 12, 2009

Bila Sebut Pasal Raya

raya tahun ni agak berbeza sambutannya...maklumlah raya pertama sebagai suami & isteri…namun persiapan menyambut kehadiran syawal tu agak sederhana...kerana tiadanya mak dan abah di sini...org kata kalau tak buat kuih tak rasa nak raya...so haney yang malas2 rajin ni pun buatlah 4 jenis biskut dan 2 jenis kek..sehari sebelum raya macam nak runtuh dapur umah kami..dah tak rupa dapur bersepah2...akira yang selama ni agak mementingkan kekemasan rumah pun dah tak terdaya nak kata apa...

menjelang senja 6 biji kek berjaya di siapkan...dan kerana sibuknya petang tuh kitaorang berbuka delivery by Mc D...lepas tu kami bersiap ke shah alam...1 syawal tahun ni kami sambut di umah famili akira kat bukit jelutong…acara mlm tu kami mulakan dengan bermain bunga api dan mercun..memang seronok tambah lagi anak2 along pun ada sama…akira pun sakan mengalahkan bebudak kecik...pukul 2.00am kami berjaya meracun mama utk gi merayau kat jalan TAR...along dan adeq Am pun terlibat sama...mlm ni mmg gegila punya lelong...biskut raya 7 bekas RM10...baju2 raya yg pada awalnya berharga RM60.00 telah turun harga pada RM30.00...hurrmmm...memang murah…smpi dkat pukul 6.00am gaklah kami kat sana...

pagi raya tu lepas semua balik dari masjid...kami bersalam salaman dan bermaaf maafan sambil diselang selikan dengan ucapan dan nasihat dari tok ketua kampong (saper lagi kalau bkn saudara akira kita)...

raya kedua...catatan raya kami beralih ke batu pahat…bermulalah sessi beraya bersama kuarga belah haney plak...ni 1st time akira raya kat sini...mcm2 jenis minuman dan kuih2 dihidangkan kat 12 buah umah saudara mara...dan mlmnya pulak akira joint majlis marhaban dari rumah ke rumah kat kampong...sian dia...ini pertama kali pengalaman dia beraya mcm nih punya byk rumah...adik2 lah yang memujuk si akira yang dah tak larat ni..."sabar bang ada 2 rumah jer lagi…” dengar2 nya setiap rumah mengidangkan makanan berat ada laksa johor, mee bandung, mee goreng, sup, soto...nampaknya bertambah2 tembam lah si akira...hee...


dalam pada sibuk beraya kami sempat juga menguji kehebatan suara kat K Box, CC Mall Batu Pahat...jumaat petang kami bersiap dan pulang ke Klang...sempat kami singgah beraya kat melaka n seremban...

rumah kawan2 yang sempat kitaorang terjah Ijal, Siti (Y Y), Mr N and Mrs N dan Nissa...thanks guys sebab sudi mengundang dan melayan kitaorang...habis dah raya saya...



nota ku di pintu rumah open house mu: apsal raya tahun nih mcm murung dan kureng jer...ke kitaorg je yg rasa...ke korang rasa jugak...ke...

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.