Hari nih genap 40 tahun satu peristiwa hitam dalam sejarah yang berlaku di negara kita yang tercinta nih. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang terjadi dan kemuncak daripada masalah perpaduan kaum dan politik di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh.
Jika anda nak tahu lebih terperinci bacalah kat sini.
Bila teringat dan aku baca secara terperinci tentang peristiwa nih jadi ngeri dan takut. Bukan apa mengenangkan kemelut politik yang berlaku dalam negara kita sekarang nih. Keadaan politik yang kembali kacau bilau tak menentu. Melihat pada tahap kestabilan dan keutuhan pemimpin kita sekarang. Nisbah pada setiap kaum penduduk di Malaysia kini. Yang paling penting tentang kekuatan semangat dan jiwa rakyat kini terutamanya pemuda-pemudi kita. Cuba bayangkan andainya perkara ini berulang kembali. Adakah keputusan dan kesudahannya sama seperti 40 tahun yang lalu atau lebih memihak pada si 'dia' yang sentiasa bersedia dan mencari peluang untuk mengambil alih kepimpinan kita sekarang.
Semoga kita sentiasa beringat dan bersedia dengan setiap kemungkinan. Kini Malaysia adalah hak semua rakyatnya. Bagi aku siapa pun kita dan bagaimana pun kita yang penting perpaduan dan kerjasama tuh penting bagi kemajuan negara. Setiap individu dan kaum walau sekcil manapun memainkan peranan yang amat penting dalam setiap sumbangannya walau sekelumit cuma. Ingat tak pesan Wonderpets. Apa yang penting. KERJASAMA!!! Renung-renungkan dan selamat beramal...
Peace, yo....

No comments:
Post a Comment