Tuesday, May 19, 2009

Orisku Yang Pelik

video nih aku amik secara candid...masa Oris secara tiba2nya...menunjukkan aksi berjalan yang sgt pelik...berjalan hanya menggunakan dua kaki hadapan sahaja...aku ingatkan benda nih berlaku sekali sahaja...rupa2nya mmg tabiat pelik si Oris nih...



nota: suara latar yang ketawa sakan itu adalah suara Mama...


Trajedi Itu Mencemaskan Aku

malam tadi lepas jemput Haney dari office...
Haney dapat phone call...dari Mama...

Mama: Korang kat mana?
Haney: Baru nak sampai Jelutong nih...
Mama: Adik Ferry baru call uwan (nenek)...sakit teruk tuh kat umah...balik cepat...im on my way...
Haney: Ok..ok...

perbualan nih aku dapat dgr dgn jelasnya sebab masa amat cemas dan sket menjerit...uish...takkan lah sakit teruk tiba2...petang tadi uwan okay jer...aku baru lepas borak panjang ngn uwan n siap gurau2 lagi...aku n Haney sgt cemas dan terus aku memecut cepat ke rumah...uwan mmg tak berapa sihat seminggu dua nih...demam2...batuk2...sebab tuh Mama amik dari rumah pakcik weekend yang lalu...adeh...tuh la uwan nih tadi petang aku ngn Mama penat pujuk ajak g hospital buat check up...tapi dia tak mau langsung...dalam fikiran aku dah terbayangkan uwan tgh sakit teruk daripada nada Mama bercakap tadi...muka Haney pun sedikit cemas...sampai jer kat rumah aku terus parking n cepat2 dapatkan uwan...sempat aku bertanya pada bibik..uwan teruk ke...nak tau apa dia jawab..."tidaklah..cuma panas badannya...dia tengah baring"...aku tak percaya terus ke bilik uwan...mmg btul uwan tgh tenang baring sambil memandang kat arah aku yg cemas...mesti dia pelik tgk apsal mamat nih cemas semacam...hampeh btul Ferry nih...bagi statement mencemaskan btul...aku rasa dahi uwan panas sket jer...tak lama lepas tuh Mama sampai...lagi cemas dari aku...bila dia tgk uwan relaks jer...terus dimarahi Ferry sebab call cakap uwan sakit teruk...lama gak dia berleter...ahahaha...satu kata2 Mama yang aku ingat "Mama sikit lagi nak accident kat bawah tadi sebab cemas tau tak"...tapi malam tadi berjaya gak aku n Haney pujuk uwan ajak g hospital..uwan admitted kat SJMC sebab bad infection...aku bagi credit gak kat Ferry walaupun baru darjah 3 ada rasa tanggungjawab n amik berat gak kat isi rumah...

quote daripada apa yg aku bualkan ngn uwan petang tuh...

aku: uwan nak makan tak minum ko?
uwan: buleh yo...uwan teraso nak minam air teh...
aku: teh tak elouk uwan..uwan minum air susu coklat (dutch lady kotak) yang mama boli tuh yo...
uwan: eden muak boto dah mentedarah air kotak nih...

uwan bengang dan terus berlalu pergi...ahahaha...pekat betul bahasa n9 nya...mesti uwan nyampah ngan aku masa tuh...

moral: tolong bagi statement atau information yg clear okay...dan sayangilah uwan anda...

Wednesday, May 13, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari nih genap 40 tahun satu peristiwa hitam dalam sejarah yang berlaku di negara kita yang tercinta nih. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang terjadi dan kemuncak daripada masalah perpaduan kaum dan politik di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh.

Jika anda nak tahu lebih terperinci bacalah kat sini.

Bila teringat dan aku baca secara terperinci tentang peristiwa nih jadi ngeri dan takut. Bukan apa mengenangkan kemelut politik yang berlaku dalam negara kita sekarang nih. Keadaan politik yang kembali kacau bilau tak menentu. Melihat pada tahap kestabilan dan keutuhan pemimpin kita sekarang. Nisbah pada setiap kaum penduduk di Malaysia kini. Yang paling penting tentang kekuatan semangat dan jiwa rakyat kini terutamanya pemuda-pemudi kita. Cuba bayangkan andainya perkara ini berulang kembali. Adakah keputusan dan kesudahannya sama seperti 40 tahun yang lalu atau lebih memihak pada si 'dia' yang sentiasa bersedia dan mencari peluang untuk mengambil alih kepimpinan kita sekarang.

Semoga kita sentiasa beringat dan bersedia dengan setiap kemungkinan. Kini Malaysia adalah hak semua rakyatnya. Bagi aku siapa pun kita dan bagaimana pun kita yang penting perpaduan dan kerjasama tuh penting bagi kemajuan negara. Setiap individu dan kaum walau sekcil manapun memainkan peranan yang amat penting dalam setiap sumbangannya walau sekelumit cuma. Ingat tak pesan Wonderpets. Apa yang penting. KERJASAMA!!! Renung-renungkan dan selamat beramal...

Peace, yo....

Monday, May 11, 2009

Selamat...Selamat...Hari...

10th May 2009 - Kebetulan hari nih adalah Mothers Day dan jugak Aiman's Birthday yang ke 4. So kitaorang plan untuk celebrate sekali. Pagi tuh aku n Haney keluarlah ke Subang mencari cakes n presents for Mama n Aiman.

For Mama - Happy Mother's Day - Thank you for always be there whenever needed. Hope that you'll always be thousand years more. You are the best mom that anyone can ever had!

For Aiman - Happy 4th Birthday. Hope that you can always be somenone that everyone can be proud of. Jangan nakal-nakal...

Friday, May 8, 2009

Kali Nih Bukan Bolos Cermin...Kita Rompak Saja Harrier Itu

macam yang aku catitkan pada post yang lalu tentang tragedy hitam harrier hitam nih...ada yang lebih menyayat hati berlaku kat kereta nih...lepas selesai jer memasang kembali cermin kereta yang dipecahkan oleh sampah-sampah ini...sekali lagi diuji oleh sampah-sampah seperti ini...kali nih tragedy berlaku kat NKVE highway lepas exit subang menuju ke bukit jelutong...harrier telah dirampok...waktu kejadian jam hampir ke 0200lt hari yang sama lepas aku pasang cermin kereta nih...

kejadian nih berlaku sepantas kilat...tak sempat nak berfikir...tergamam...kereta dihentikan di tepi highway NKVE itu...masuk 2 lelaki ditumbuk, dipukul...nasib baik tak mengigit...lalu dicampakkan ditepi longkang...sebelum tuh sempat gak dia mintak henpon...takut2 kalau ada henpon nanti senang plak nak buat panggilan pada gps company kereta nih...or senang plak nak call sesapa...kemudian mereka segera berlalu pergi...

dah tentu pagi2 buta begitu...mmg takde sapa nak berhenti tolong atau tumpangkan la...mungkin takut, mungkin malas, mungkin sombong, or mungkin memang adat orang malaysia - pesan mak jangan jaga tepi kain orang...uhuhuhuhu...so terpaksala berjalan kaki pulang daripada highway tuh ke rumah di bukit jelutong...nak call dah tak bleh...henpon takde...nasib mmg malang takde satu pun kereta peronda lalu...tak kiralah plus ke polis ke...

sampai je kat umah bukit jelutong dah dekat jam 5 pagi...lama tuh jalan kaki...sampai jer rumah pagi tuh terus call gps company to try allocate back the car...tapi malangnya...company tuh cakap gps system kat keta nih dah kena cabut...hampes tul...bijak btul perampok nih...so aku suh lah diaorg check last sekali sebelum dicabut kereta nih ada kat kawasan mana...nak tau apa jawab dia..."oh maaflah encik...system yang encik guna nih system lama...kereta takkan bagi update pada hq melainkan direquest...atau satu lagi kalau kereta ini dipecahkan dan dihidupkan tanpa menggunakan kunci barulah akan activated...so kita tak dapta report apa2 daripada kereta encik...kalau system kami yang baru ada...kereta akan hantar update pada hq every one hour...kenapa encik tak call kami masa kejadian tuh secepat mungkin...camana nak call henpon pun kena kebas...so maaflah encik kami takleh buat apa2 skang sebab system gps tuh mmg confirm dah dicabut dari kereta encik"...aku tanya balik apsal tak pernah bagitau yang system kereta nih system lama dan perlu diupdate..."ohhh...maaflah encik...ingatkan encik dah diberitahu"...maaf...maaf...rasa cam nak lempang jer muka dia kan...

selesai perbicaraan itu terus bergegas ke balai polis untuk membuat police report...kes nih diamik oleh i.o. kelana jaya...balik tuh cuba2 call company Touch n Go nak check kali terakhir penggunaan kad TnG nih kat mana...diaorg kata report keluar kad nih last guna kat tol bukit jelutong jam 1518lt hari yang sama...aku dah update polis...cuma tak tahulah diaorg gunakan kad nih pakai kereta harrier tuh atau dah pakai kereta lain...polis akan siasat thru cctv tol booth tuh...

malang sungguh nasibkan...ingatkan harrier nih dah tak lagi jadi buruan perampok...sebab dah tak dgr macam dulu lagi yang hari2 kereta harrier dicurik...skang nih yang jadik goreng pisang panas rasanya bmw 5 series skang nih(sapa pakai keta nih berhati2lah anda)...harrier pun dah lamakan dah tak consider keta mewah sgt lah...

atas berlakunya kejadian nih banyak iktibar yang boleh diambil:
-kurangkanlah keluar waktu malam2 atau pagi2 buta nih..kalau boleh tak payah kluar langsung...kalau nak kluar gak jgn lah keluar seorang diri dan melalui jalan2 yang sunyi...Jangan Pilih Jalan Hitam macam bohsia...bahaya dah zaman2 kegawatan ekonomi skang nih...orang terdesak tak berkerja...sanggup buat apa2 jer...
-jangan melawan ketika dirampok...kalaulah katakan malam tuh melawan tak tahulah jadik apa...ntah2 diaorang keluarkan senjata...tak pasal2 tercedera atau mati...(mungkin kesan dari iklan radio yang selalu didengar...jangan melawan ketika dirampok...ingat kenderaan hanyalah hak milik yang diinsurankan...tidak seperti nyawa anda)..so jgn lah gatal2 atau purak2 lupa nak hidupkan insuran kereta korang...walaupun takde duit...sebab kalau berlaku camnih...tak ke mampus namanya...dan satu lagi amat bersyukur...nasib baik diaorang tak bawak pergi sekalik...kalau tak...tak pasal2 kena culik...
-jangan percaya pada system gps kereta anda sgt...check selalu dgn companynya...atau lempang jer muka diaorang nih....

harap2 dapat baliklah kereta nih walaupun harapannya amat tipis sekali...kalau dia hantar kereta potong terus lah hanyut...aduhh...


Lagi-lagi Berhijrah (Final Episode: Abang Lori Strike Back)

30th April - Akira datang ke JB untuk menguruskan penghijrahan kami ke Klang...nak kena bereskan apa2 yg belum settle...final preparation...wrap peti ais, mesin basuh, TV, speaker, cabut langsir, nak mempacking ni dah satu hal...penat packing tak hilang nanti sampai sana nak susun lagi...aduh...



2nd May - Lori datang seawal 9.00am...nasib baiklah dia dtg dgn 3 geng so kerja2 memunggah amik masa dalam sejam…kami gerak dari pasir gudang around 11.00 o’clock tu pun sempat divert kan lori ke umah sewa Haney utk angkat Tv dan beberaper barang yang lain.dapat gak jumpa ngan roommate to say goodbye…maklumlah dah berhijrah ni ntah bila plak nak gi pasir gudang lagi...sedih gak dah 5 tahun duk serumah ngan diaorg ni...masak sama2, makan sama2, melepak sama2...walaupun cara hidup tak sama tapi masih boleh ngam...perjalanan ptg tuh Haney kena jadi driver..Akira hurmm…dah lama dibuai mimpi...dapat info yang highway utara selatan jammed so kami mengambil keputusan ikut jalan lama...walaupun tak jam tapi banyak trafik light jalan terkedek2 cam semut...



kami sampai KL pukul 5.00pm sempat gi fetch Am kat hostelnya...tenaga mudanya diperlukan untuk angkut barang2...sampai kat Klang dah pukul 6.20pm...nasib baik lah guard tu bagi kami masuk...kalau tak mmg ader yang berkhemah depan pagarlah jawapnyer...operasi punggah menunggah ke tingkat 6 amik masa 2 jam gak...lepas tu operasi pasang katil, almari plak...nasib baiklah Adik (tak sempat mandi kolam...nanti dtg lagilah), Abang, (yang sakit perutnya diawal pagi) Maya (kasihan beliau yang kenit ini mengangkat barang), Ais (yang berpengalaman luas dalam bidang pengperabotan) dan Am (mereka yang terpengsan) ader...boleh gak mempercepatkan operasi mengemas...tu pun cuma kemas sekadar yang mampu jer...penat tak tertahan...sekali pandang masing2 dah tak rupa orang...dengan comot dan serabut...bersawang jer muka masing...cukuplah setakat hari ni jer...esok sambung kemas lagi...rasa insaf sekejap nak pindah2 rumah lagi nih...harap2 kat sini kitaorang akan selesalah...



gambar pun tak sempat nak snap sebab terlampau penat....adeh...



nota: kami amik kesempatan nih nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang membantu sepanjang proses penghijrahan ini...



Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam

biasanya tiap pagi sambil2 bersiap sebelum gi opis sempat gak Haney tgk MHI...bukan apa kadang2 boleh gak menambah pengetahuan maklumlah nak baca surat khabar pun jarang n agak liat...pagi tu MHI jemput pengarah dan pelakon filem Bohsia utk sesi promosi dan utk dapatkan feedback dari penonton..2.2 juta dalam masa 2 hari.!!waahhh...best sangat ker citer ni...Haney pun msg lah kat Akira...hujung minggu ni ni Akira turun JB untuk proses penghijrahan kitaorang...boleh gak kita selit2 kan masa gi tgk wayang…Kitaorg beli tiket pukul 7.20pm, kami bkn berdua tapi bertiga ngan Maya yang kebetulan tgh praktikal kat JB...memandangkan citer ni 18PL so panggung tu dimonopoli oleh couple2 dan mat2 rempit..yang kelakarnyer tu...ader sorang mamat duk sebelah Akira mamat ni punyalah excited...bila ader aksi2 rempit dan aksi2 panas dia plak yg terlebih gelak...dan terangkat2 badan marah kat watak2 tuh...ni yang bikin hati panas nih…kelakar pun ada gak mamat nih...



Komen Haney untuk citer “Bohsia..Jangan pilih jalan Hitam…”...



i.
aksi yang menarik, kebanyakan aksi2 yg dilakonkan tak terlalu dibuat2 dan nampak selamba…Akira suka sgt ngan Acai (lakonan Sam) yang natural dan menjadik...dah memang macam mat rempit sebenar mamat nih...tapi kalau tempat Mus (lakonan Syamsul) diganti ngan Zulhuzaimi...mesti nampak lagi menjadi...sebab Syamsul tak sesuai untuk watak budak2 berpeleseran nih...muka dia nih sesuai untuk org2 educated dan high class jer...so lakonan dia nampak sgt mcm dibuat2 kat filem nih...


ii.
jalan cerita yang biasa2 dan tiada klimaks stage...dari awal sampai habis citer pasal kehidupan mat / minah rempit jer..
.

iii.
agak kurang moral of the story citer ni...bapak ayam (lakonan Aaron Aziz) masih bebas, kehidupan Tasha sbg Bohsia pun tak tau jadi apa, Acai yg teruk kena belasah pun tak tau mati ke hidup...mungkin strategi Syamsul nak wat Bohsia 2 kot...


iv.
jalan cerita yang terlalu ringan..senang kata citer ni just tengok jer takyah nak pikir2...so lu pikirlah sendirik..
.

v.
pengarahan Syamsul Yusof mmg boleh dipujilah sbb lebih baik dari citer rempit yang lain spt REMP-IT...tapi kalau nak dibandingkan arahan Syamsul sendiri, Evolusi KL drift jauh lebih baik…




Akira kata…citer2 rempit ni tak patut ditayangkan sebenarnya...sbb sejak citer2 ni kuar... (walaupun apa yang terjadi takdelah diletakkan kesalahan sepenuhnya pada filem nih)...mcm2 hal mat rempit skg ni...bunuh oranglah, gaduhlah, ragutlah...hari2 kuar kat newspaper skang...dan yang paling menyedihkan mesti diaorang rasa cam best giler jadi mat rempit...life happy mcm bagus lepak2 tepi jalan...kalau tak puas hati gi belasah ramai2…dapat pompuan reramai...memanglah ada diselitkan moral...tapi berani cakaplah kebanyakan anak2 yang g tgk filem nih mesti lebih terpengaruh pada aksi dan babak2nya yang menggoda minda dan jiwa...daripada mencedok moralnya...saper nak jawab tuh…!!!



untuk filem nih kitaorang kasik 4/8 mintang...



Thursday, May 7, 2009

Kita Bolos Saja Cermin Itu

harrier kena pecah...
pecah cermin depan belah kiri...
uhuhuhuk...
benda nih berlaku malam selasa yang lalu...
puncanya...
sebab letakkan bag kat atas seats...
mendisplaykan bag itu dengan jelasnya...
dalam bag takde apa pun...
cuma baju2 sahaja...
tak berbaloi langsung...
bag hilang...
cermin hilang...
tak sangka...
sebab kereta diletakkan ditempat terang yang ramai orang...
nasib baik ada cover insurance...

so post ini hanyalah untuk memberikan tauladan kepada saya dan anda semua janganlah letakkan apa bag sekali pun di tempat duduk kereta ketika kereta ditinggalkan...hatta bag plastik sampah sekalipun...nescaya akan dipecahkan...
orang tgh desperate housewife skang nih dalam keadaan ekonomi macam nih...sanggup buat apa sahaja...

kat bawah nih ialah gambar masa2 proses memasang cermin kereta yang baru...

tak cukup gempak kisah saya nih???kira tak boleh dapat blockbuster ke...takpe saya akan postkan kisah yang lagi gempak lagi yang berlaku pada harrier itam ini nanti...kisah gempak dan menyayat hati...uhuhuhukkk....bila dah settle n tenang kembali nanti akan saya postkan kemudian kisah harrier ini yang berlaku awal pagi ini....uwaaaaaaaaaaaa........

Wednesday, May 6, 2009

Alhamdulillah...Selamat dah Menerima CahayaMata

ahad lepas aku n Haney selamat menerima cahayamata kami nih...alhamdulillah...semuanya selamat dan berjalan seperti yang diharapkan...lama dah aku plan nih...daripada kat jb lagi dah aku rengekkan kat Haney nak...nak...dia suh tunggu sabar katanya...jangan gelojoh...sebab duduk asing2 lagi...aku kat S.A n Haney kat JB...so bila kami dah selesai pindah ahad lepas...aku pun apa lagi...mengambik keputusan untuk meminta dan meminta kat Haney...mula2 dia tak setuju sebab katanya baru pindah sibuk...nak kemas...nak kerja...penat lagi...mana ada masa...tapi aku tetap tak pedulik...sebab aku nak gak...akhirnya Haney bersetuju...uishh beshnya...so apa lagi...teruja sesangat aku...sebab mmg lama dah aku idamkan ada cahayamata sendirik nih...asyik tgk n main ngn orang punya jer...so nih lah gambar cahaya mata kami...

Name: Oris
Age: 7 weeks
Breed: Mix Persian
Sex: M

ngeh...ngeh...ngeh...lama dah aku nak bela kucing nih...sejak dari zaman sekolah lagi...tapi tak berkesempatan...sebab sebelum nih diri sendiri pun tak berapa terbela...ahahaha....sibuk...alhamdulillah...skang nih tercapai dah hasrat murni aku nih...thanks Haney...aku jumpa Oris nih kat petsfinder.com....thanks to the previous owner cik ezreen yang sudi menukar hak milik dengan aku...Oris nih sgt bising dan kuat membebel macam Mummy dia...24 jam kat rumah bercakap jer...dan sangat manja...kalau tido mesti nak kat tgh2 kitaorang paling tidak pun menyelit kat sebelah...yang plaing memikat hati aku dan semua orang...matanya kaler biru n anak mata warna merah...mula amik dia sgt lincah...tapi smlm agak bermuram durja n tak mau makan...aku n Mama dah bawak dia g klinik smlm...dah belikan vitamin...susu...bottle...dan hari nih nampak dia dah mula lincah n sihat balik...kata Doc tuh...semua tuh normal sebab dia tgh menyesuaikan diri tentang perubahan dan suasana yang baru...seronoklah...cuma yang beratnya jaga kitten nih macam jaga baby yang baru lahir...perhatian 24 hours...adeh...

nota: aku akan updatekan lagi tentang Oris kelak bila ada perubahan lain n yang baru pada dia...

MengAward Diri Sendiri

aku suka award nih...sebab image dia cun sekalik dan amat cool...maka aku dgn tidak malunya telah mengambik cool award 2009 daripada cik olin...walaupun beliau tidaklah ku kenali tapi aku tetap nak amik gak...sebab dia kasik kat sesapa jer kan...anyway salam perkenalan cik olin...singgahlah lagi ke blog saya...terima kasih...so this is it...

Cool Award 2009

All you need to do is just show the picture of your cool face.

uish masa muka aku sgt cool tuh...takleh nak amik gambar...mengigil sebab sejuk sgt muka aku time tuh...


Thank you for your participation! Now you can copy & paste this award on your blog and don't forget to give this award to other cool blogger!


Tuesday, May 5, 2009

Aku diTag Kembali


Untuk mendapat tag ini anda haruslah...

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Beliau yang menganugerahkan saya tag ini ialah cik j.e.j.a.r.i
Beliau nih selalu tenggelam timbul sepeti di lautan ombak yang ganas..uhuhuhu.. Tetapi amat aktif dalam dunia per'blog'an ini.
Thanks beb.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

-. Sangat suka main game. LUV my PS2 and PC. PS3 dah murah nih...
-. Suka nyanyi.
-. Suka tidur.
-. Suka makan.
-. Suka kereta.
-. Suka electronic items (gadgets). HP...digital cam...camcorder...mp3...etc. Cant live without them.
-. Suka mengorek rahsia orang. Dan ramai gak yang tewas nih.
-. Suka cari gaduh. Terutama sekali ngn Haney...Hahaha...Best woo tengok orang marah kat kita...tapi yang marah2 manja jela.
-. Takleh makan seafood. so cik j.e.j.a.r.i...sorrylah takleh tgk saya makan seafood.
-. Suka berfikir dan mendalami sesuatu perkara...kadang2 tensen sendirik.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

-. Mummy
-. Mr N and Mrs N
-. Nemo
-. eve2eves
-. norazita binti abd aziz
-. Takde dah...sket kawan aku nih...uhuk hukk

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda".

Terima kasih sekali lagi...kalau ada taglah lagi!

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.