Thursday, November 27, 2008

Fikiran Ikut Perasaan

Akal : Kalau ikut aku kau bahagia.
Hati : Aku juga bole beri yang sama.
Akal : Apa yang dapat kau beri.
Hati : Kemudahan kini, keseronokan kini, kegembiraan kini dan kesenangan kini dengan mudah.
Kau pula?
Akal : Kemudahan, keseronokan, kegembiraan dan kesenangan dengan susah tetapi untuk
selamanya...
Hati : Dengan susah? Waktu yang lama? Siapa yang mahu begitu?
Akal : 1 dalam 10.
Hati : Maknanya 9 aku punya. Itu tandanya aku menang kan..? (Ketawa).
Akal : (Diam).
Hati : Kenapa diam kau takut...kau sudah kalah...kau memang lemah...(Ketawa)
Akal : Bukan..! Aku diam untuk berfikir bukan takut...
Hati : Lalu apa yang kau dapat? Kalahkan..?
Akal : Tak apala HATI...
Andai 10 kau dan aku 1...
Andai 100 kau dan aku 10...
Andai 1000 kau dan aku 100...
Tetapi percayalah walau 100 : 1000 yang ada akan mengalih ke infinity suatu hari nanti kerana ianya berkekalan untuk selamanya...
Hati : (Angkuh) Kita lihat nanti....

2 comments:

++Mr N and Mrs N++ said...

Fikiran kenalah kawan baik dgn Perasaan..barulah jadi manusia yang complete...ada fikiran saja - malaikat..ada perasaan saja - haiwan..betui ka daku nih?

Akira said...

Kalau takde dua-dua???

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.