Boleh kata setiap hari ada saja berita bayi dibuang. Ada yang dilempar ke sungai, dicampak ke logi kumbahan, disumbat ke lubang tandas, ditinggal di dalam tong sampah. Kemana agaknya sifat kemanusiaan insan yang sanggup melakukan perkara tersebut. Kalau lah bayi yang baru lahir tu boleh berkata- kata sudah tentu mereka merayu- rayu pada mak bapak yang tak bertanggungjawab itu supaya tidak membuang mereka sebegitu kejam. Mungkin dunia yang telah semakin moden dan uzur ini menjadikan manusia bertindak seperti zaman jahiliah. Kalau dulu hanya bayi perempuan sahaja yang dibunuh tapi nampaknya sekarang tak kira jantina menjadi korban hasil perbuatan haram yang mengikut nafsu. Harap – harap hukuman bunuh yang bakal dikenakan pada mereka yang membuang bayi hingga membawa kematian itu akan dapat membendung perbuatan ini dari terus menular.
Thursday, August 19, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Night Shoot @ Starhill
Malam minggu yang lalu dek kerana free dari sebarang job pengantin
Maka aku, en Akira dan 2 org lagi member photography
telah menghabiskan malam minggu di Starhill@ Bukit Bintang
model kami malam tu ialah Bella & Amri.
Malam minggu kat starhill memang meriah,
crowd bukan jer orang tempatan tapi boleh dikatakan 70% adalah warga asing.
Ini antara aktiviti menarik yang sempat dirakamkan, creative !!
Wednesday, July 7, 2010
Selamat Pengantin Baru “ Izwan & Zana”
Hujung minggu yang lalu aku bersama en Akira telah menghadiri
majlis perkahwinan sahabat kami, en Izwan dan pasangannya Zana.
majlis perkahwinan sahabat kami, en Izwan dan pasangannya Zana.
Izwan @ pocot juga merupakan rakan photography kami.
Majlis sangat meriah,
Ini antara memori outdoor di Pekan Kuala Pilah yang sempat kami rakamkan.
Kalau dah namanya cameraman yang kahwin maka ramailah photographer yang datang.
Terbaring, meniarap memanjat pelbagai aksi demi mendapatkan angle yang menarik
Tahniah pada pasangan selamat melayari kehidupan berumah tangga
Moga kekal ke akhir hayat..Amin
Friday, July 2, 2010
Koleksi kad Ucapan.
Entry kali ini aku nak kongsi koleksi kad- kad ucapan pemberian en akira.
Ada kad hari raya, birthday card, anniversary card, valentine kad pun ada.
Sejak dari mula kawan sampai lah kahwin.
Kad- kad ni aku tampal pada kertas warna lepas tu simpan dalam file.
Romantic tak? Aku adalah seorang yang menghargai pemberian. Kalau boleh nak simpan sampai anak cucu. Bila tua nanti boleh cerita dengan cucu..
Thursday, July 1, 2010
Durian Oh Durian
Baru je sampai office, terpandang 2 missed call dari En Akira..
Jarang dia telefon awal pagi macam ni
“ I teringin nak makan durian, dah 3 hari terasa”
Ooohh..nak ajak makan durian
Okey..petang ni kita gi cari durian ye
biasalah orang demam, nak makan apa pun kenalah ikhtiarkan
Notaku di kulit durianmu: mana nak cari durian kat area Bukit Tinggi ni yer..??
Wednesday, June 30, 2010
Set Safi Rania Gold
Sejak sebulan yang lalu, aku telah beralih kepada produk kecantikan ini. Teruja mencuba bila baca ‘feedback’ positif daripada pengguna- penggunanya di internet. Setakad ini berpuas hati dengan perubahan kulit wajah setelah menggunakan set safi rania gold. Walaupun tindak balasnya agak perlahan tapi ia menjadikan kulit lembut dan tidak berminyak.
Kena tunggu hasil dan perubahan selepas 3 bulan penggunaan. Nanti akan update di sini, harap- harap kulit akan lebih cerah dan anjal.
Nota ku di serum mu : Bak kata Catriona Ros “ Usia bukan penghalang”
Kena tunggu hasil dan perubahan selepas 3 bulan penggunaan. Nanti akan update di sini, harap- harap kulit akan lebih cerah dan anjal.
Nota ku di serum mu : Bak kata Catriona Ros “ Usia bukan penghalang”
Subscribe to:
Posts (Atom)








