Tuesday, October 28, 2008

SMS Itu Mengingatkan Aku...

SMS berbunyi...Tret...Tret..." Malam ni abang balik kampung kot, rindulah..."

Rindu Mak, Abah...ke rumah...kalau balik bawak keter baik-baik..." Sent.

Tret...Tret..."Ok...Rindu Mak...Dapat tengok rumah pun jadilah..."



Tersentuhnya rasa hati bila terima sms dari Abang petang nih...Ingat kan aku sorang jer yang rindu sangat-sangat kat Mak dan selalu teringatkan dia...Rupanya...Adik-adik pun berkongsi rasa yang sama…Semalam dalam perjalanan pulang ke JB masih terngiang-ngiang suara Maya “..Maya tengok Cik Ton tu teringat Mak..Cik Ton tu lembut dari Cik Nah macam Mak…"



Biasanya tiap kali pulang ke kampung Mak dan Abah lah yang menyambut di muka pintu, tak kiralah malam ker, pagi ke...Tapi kepulangan kali ini hanya disambut dengan bunyi kucing-kucing kesayangan Mak dan Abah..Mujur ader Cik Nah yang datang ke rumah tiap-tiap hari memberi makan kucing tolong mengemas dan menyapu habuk…



Walaupun cuti kali ni taklah begitu panjang...hanya 3 hari, sempat juga menziarahi pusara Mak dan Abah…Sempat membacakan surah yassin & tahlil...Terubat juga rasa rindu...Walaupun tak bisa menatap wajahnya...



Dulu Mak selalu mengingatkan...Jangan lupa kirimkan doa untuk arwah-arwah Atuk dan Nyai...Kalau dah duduk kat belakang masjid tu...Dah tak nak makan nasi...Dah tak nak baju baru….Cuma nak mintak kirim kan doa jer…



Insyallah Mak….

Tuesday, October 14, 2008

Kau Pergi Jua

23/09/08 - Berita Mak jatuh pengsan aku terima daripada Abang. Mak dikejarkan ke Hospital Batu Pahat dan petang itu selepas waktu pejabat, aku segera bergegas ke sana. Dengan berbuka puasa air sejuk dan roti bagi mengalas perut aku bingkas ke sana. Abang Salleh, Adik dan Abang sudah terlebih dulu sampai di hospital. Aku pantas ke katil Mak. Keadaannya sangat lemah, dia tak mampu membuka mata dan bergerak. Macamana boleh jadi macam ni, baru sahaja pagi tadi aku menelefon Mak. suaranya masih seperti biasa, berbual mesra. Kata Mak, Mak sedang menjahit langsir daripada kain aku belikan untuknya sempena sambutan Aidilfitri dan untuk majlis kahwin ku nanti.

Aku menemani Mak sepanjang malam itu. Mengurut kakinya dan menyapu minyak angin ke kepalanya. Rasanya ingin aku lakukan apa saja ketika itu untuk Mak. Tangan Mak tidak lepas daripada menggenggam tanganku malam itu. Caranya seperti tidak mahu ditinggalkan sendirian. Setelah sehari setengah Mak berada di hospital Batu Pahat, masih tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak hospital. Hanya air berbotol dimasukkan ke bad
an Mak yang lemah. Pagi esoknya doktor mengesahkan yang mak mengalami strok. Walaupun doktor sendiri agak pelik kerana kaadaan kesihatan mak normal kerana tiada darah tinggi, kencing manis dan semuanya dalam kadaan baik. Memandangkan tindakan hospital yang dibuat terlalu “slow", kami sepakat membawa Mak ke JB. Di rumah Abang Salleh kami cuba pula pelbagai ikhtiar lain. Daripada urutan traditional, ustaz yang pakar dalam perubatan batiniah hinggalah pelbagai air penawar diberikan namun kaadaan Mak tetap tiada perubahan. Namun dia masih mampu minum dan makan nasi yang dikisar.

26/9/08 - Keadaan Mak semakin lemah. Dia dah mula tidak makan dan minum seperti biasa. Akhirnya kami menghantar Mak ke Hospital Penawar dan doktor di sana menyarankan agar Mak segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Aku dan Maya mengiringi mak dalam ambulan ke sana. Sesampainya di hospital, Mak dikehendaki segera menjalani pembedahan lantaran terdapatnya pendarahan dalam otak dan keadaannya agak serius. 4 jam tempoh pembedahan (2.00am – 6.00 am), kami sekeluarga tak putus-putus berdoa moga pembedahan Mak berakhir dengan selamat dan dia dapat semula seperti sediakala.

Selesai pembedahan, doktor memberitahu bahawa keadaan Mak stabil tetapi yang memilukan harapan untuk Mak pulih terlalu tipis. Amat tipis. Aku menerima berita ini dengan tabah, namun tak mampu menyembunyikan rasa sedih yang terlalu sangat. Air mata ini mengalir laju membasahi pipi tanpa henti. Mak tenang terbaring kaku di wad ICU tanpa sebarang reaksi. Mesin-mesin yang disambungkan ke badan Mak, membuatkan aku lemah dan tidak menentu. Tak sangka Mak yang sentiasa sihat akan menghadapi semua ini. 48 jam berlalu, Mak masih di situ, tak sedar, tiada pergerakan malah tindak balas Mak semakin lemah. Ya Allah, semoga kau wujudkanlah satu keajaiban buat kami adik beradik! Sedarkanlah Mak dan pulihkan dia seperti selalu. Kami masih memerlukan dia dalam mengharungi kehidupan ini.

30/09/08 - Tepat jam 4.00 petang kami menerima panggilan telefon daripada pihak hospital, meminta kami kesemua adik beradik berjumpa dengan doktor yang merawat Mak dengan segera. Ya Allah, berita apakah yang akan doktor sampaikan ini. Berikanlah aku kekuatan.

Doktor memberitahu yang keadaan Mak semakin lemah dan tenat. Pihak hospital sudah tiada usaha dan alternatif lagi. Kami pasrah mengizinkan doktor menghentikan mesin bantuan pernafasan yang disalurkan pada Mak dari mula. Di raut wajah masing- masing ada garis-garis kegusaran dan kesedihan. Namun kami redha andai inilah kesudahan buat Mak. Andai inilah yang terbaik untuknya. Tiada lagi kata-kata hanya air mata yang menggambarkan perasaan kami semua ketika itu. Kami adik beradik mengelilingi katil Mak. Walaupun dalam kadaan koma, Mak kelihatan amat tenang. Kami bacakan surah Yassin tak henti-henti dan bergilir kami membisikkan Syahadah ke telinga Mak. Bunyian di mesin di hujung katil Mak sentiasa membuatkan jantung kami berdegup kencang... "Adakah masa Mak telah tiba...."

Tepat jam 5.00 petang, doktor yang mengawasi Mak mengesahkan bahawa Mak telah kembali ke Rahmatullah. Ku tatap wajah Abang Daud, Angah, Abang Salleh, Abang, Adik, Maya, ku jeling pada Kak Ina dan Kak Gee. Dalam hati berkata “Mak kita dah takder”. Oh...terasa lemah kaki ini. Terasa lembut bumi yang dipijak.

Perginya Mak di penghujung Ramadhan. Di saat umat Islam seluruh dunia bergembira menyambut kehadiran Syawal 1412, di saat suara takbir sayup berkumandang di masjid dan surau, di saat semuanya sibuk membuat persiapan terakhir menyambut kehadiran Aidilfitri keesokannya, kami sekeluarga pasrah meratapi pemergian Mak. Mak menghembuskan nafas terakhirnya setelah 4 hari berada di unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Ketika anak-anak rantau pulang ke kampung halaman untuk meraikan 1 S
yawal bersama ibu dan ayah mereka, kami adik beradik pulang ke kampung mengiringi jenazah Mak. Jenazah Mak kami sempurnakan malam itu juga diiringi takbir Aidilfitri. Pernah terlafaz dari bibir Mak tatkala kami sibuk membersihkan kubur arwah abah 2 minggu sebelumnya. "Mak nak raya dengan abah..” Dan air mata ini mengalir lagi.

Mak..Dalam berjuta ibu di dunia, kau tetap satu ratu hati kami, kau tetap contoh buat kami. Ibu yang tabah, bersusah payah membesarkan kami. Mungkin ibu lain moden, bergaya, berharta..tapi Mak yang penuh kesederhanaan tidak pernah membiarkan kami miskin dengan kasih sayang, belaian dan perhatian. Masih aku teringat susah payah mu membesarkan anak-anak satu masa dahulu. Dan yang paling tak mungkin aku lupakan, di saat aku mahu menghadapi peperiksaan SPM, tanpa diminta kau setia menemani aku mengulangkaji pelajaran saban malam hingga ke lewat pagi. Walaupun pagi harinya kau sibuk menguruskan rumah & adik-adik, tak pernah sekali aku dengar rungutan mu atau keluh kesah mu melayani kerenah kami.

Mak..Pasti kami anak-anak mu akan selalu merindui masakan mu, merindui leteran mu, merindui gurau tawa mu, merindui senyuman ikhlas mu. Dan kami akan terus merindui segalanya daripada mu sepanjang hayat kami. Dan tiada gantinya lagi. Sejahteralah Mak di sana di sisi yang Maha Esa. Semoga Allah menempatkan mu bersama orang-orang yang Solehah..Al-Fatehah.



p/s:

i) Buat teman2 seperjuangan, teman2 sepejabat, Along (Ber)..Terima kasih atas doa kalian..Terima kasih atas sokongan moral dan keprihatinan…
ii) Buat Ugy & Harimah terima kasih kerana hadir memberi pengormatan terakhir buat Mak malam tu..
iii) Buat Hasry (tunang). Terima kasih kerana sentisa berada di sisi, sentiasa memahami & sama-sama mengharungi kesukaran & dugaan ini.
iv) Buat adik-adikku. Walaupun kita tak punya Mak & Abah kat dunia ni lagi..tapi Kakak akan sentiasa berada di sisi kalian…


Friday, September 26, 2008

Semoga Ader Penawarnya……

Seandainya kehadiran Syawal tahun ini begitu dinanti dengan seribu kebahagiaan dan kegembiraa, tapi tidak bagi kami sekeluarga…cukuplah sekadar menyambutnya secara ala kadar...tidak ader kerdipan lampu pelita menyinari malam tujuh likor, tiada kesibukan emak didapur menyiapkan kuih muih, tiada kesungguhan abah menghias rumah, tiada suara adik2 bermain meriam, tiada apa yang boleh membezakan suasana menjelang hari raya dengan hari biasa…

Kami redha dengan ketentuan ini, tanpa kehadiran abah di sisi kerana panggilan Ilahi, ditambah pula dengan keadaan kesihatan emak pula yang tidak mengizinkan ia aktif seperti sebelum ini...ia begitu menguji kesabaran kami adik beradik... Walaupun kami terpukul dengan ujian ini tapi kami redha kerana apa pun ketentuan Ilahi buat hambanya itu pasti ader Rahmat disebaliknya...

Dalam pada umat islam seluruh dunia sibuk menyediakan persiapan menyambut hari raya, kami sekeluarga sibuk mencari penawar utk sakit emak...sebagaimana Janji Allah pada hambanya dimana setiap penyakit itu ader penawarnya.melainkan mati...selagi itu kami berusaha menjejaki penawarnya…

Emak…walaupun kami semua telah dewasa, bisa meguruskan diri, bisa berdiri atas kaki sendiri...tapi kami masih perlukan kehadiran mu, menegur setiap kesilapan kami, kami rindu gurau tawa mu, kami rindu leteranmu, kami rindu masakan dari air tangan mu...

Kami janji, selagi masih diberi Allah kekuatan...kami akan sama2 usahakan walau terpaksa merenangi lautan, walau terpaksa mendaki gunung ganang, walau terpaksa menelan bara api…kerana cinta kami padamu walaupun sukar didengar dengan kata2 tapi ia terlalu agung dalam diri ini...

Kerana semangat dan kekuatan mu kami ader di dunia ini, kerana tulang empat kerat mu kami membesar menjadi manusia berguna…dan kini tibalah masanya kami pula menjaga mu...kami memohon pada Ilahi pulihkanlah kesihatan ibu kami….dan semoga kami temui penawarnya……………………………….amin.

Selamat Idul Fitri


Selamat Hari Raya...Hari untuk kita bersuka ria...Setahun hanya sekali merayakan hari yang gumbira ini....

Hari raya datang lagi...tapi kenapa kali ini aku tak dapat rasakan kemeriahannya...rasa kosong dan tak terisi...nak kata tak puasa...puasa aku penuh terisi seperti tahun-tahun yang lalu...tarawih juga aku jejakkan kaki di masjid walaupun tidaklah setiap malam...keluarga ada berdekatan...malahan tahun ini sepatutnya aku lebih gembira dengan adanya Haney sebagai tunangan...bak kata Haney beraya sebagai tunangan orang kita tahun ni...heh!!!...tapi semakin hampirnya hari raya...aku tetap tak rasa apa-apa...mungkinkah sebab usia yang semakin meningkat...aku dah dewasa...mungkinkah sebab banyaknya urusan kerja...rasanya sama sahaja seperti tahun yang lalu kesibukannya...nak kata aku tak keluar membeli belah...ada jugaklah aku ikut mama, papa, along, am keluar bershopping...dengan Haney pun minggu lepas rata kami merayau di Johor Bahru...Jusco Tebrau...Kota Tinggi...Danga Bay...Pasar Pandan...(penat tapi seronok sangat tengok telatah Haney)...dengan kawan-kawan x-TMS pun aku turutkan jugak diaorang berbelanja masa kami berbuka sama di Berjaya Times Square...tapi semua acara menghabiskan duit tu...takde sehelai pun pakaian yang aku beli untuk aku...bila aku usulkan pada Haney...dia pun berbicara yang sama...dia sendiri tak rasakan kemeriahannya seperti tahun-tahun yang lalu...

Sampai saat aku menulis nih...aku masih takde jawapannya kenapa aku langsung tak rasa kemeriahan nak berhari raya tahun ni...dan bukan sahaja tahun ni...malahan dari 4...5...tahun yang lepas...apsal ye???

Aku harap kemeriahan hari raya nih akan menjelma kembali dalam hidup aku...bukanlah nak terkinja-kinja atau melompat-lompat macam zaman kanak-kanak dulu bila dapat duit raya atau bunga api...tapi sekurangnya terasa terisi dengan bahagia dan luhurnya perasaan di pagi raya tuh...terasa semangatnya menunggu takbir bergema tu...terasa syahdunya bersalaman tu...terasa gembiranya mengunjungi tu...

Mungkin tahun depan siapa tahu kan...raya aku akan kembali meriah dan bersinar dengan adanya orang di sisi bergelar isteri (eherm...eherm...insyaAllah...)...yelah...pagi raya ada orang siapkan...ramadhan boleh berpuasa, berbuka dan tarawikh bersama...boleh shopping bersama...tapi Haney pleasela...kalau boleh jangan nak carik sehelai baju kena pergi 5 shopping complex macam selalu tu ye...Aku harap begitulah hendaknya...mana tahukan hari raya tahun depan akan meriah dengan bertambahnya lagi tempat kunjungan keluarga dan saudara di Batu Pahat...kuat angan-angan aku nih...

Apa-apa pun aku nak ambik kesempatan nih mengucapkan SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN...bagi pihak Hasry n Haney...kalau ada tersalah cakap tuh...terkasar tingkah...tersekel kepala... maafkanlah ye... kepada semua keluarga...sahabat...kengkawan...sedara-mara...dan yang mengenali kami...semoga hari raya kalian penuh terisi dengan kemeriahan dan keinsafan...doa-doakanlah semua angan-angan aku kat atas tuh akan termakbul...hehe!!!

Siapakah Aku Nanti...Di Manakah Aku Nanti...

Hari nih hati aku rasa tak tenang...tak tahu kenapa....memikirkan usia yang semakin bertambah kiraannya...bukan aku takut untuk menjadi tua...tetapi sibuk memikirkan siapa kah aku....10 tahun...20 tahun yang akan datang...di manakah aku...tercapaikah semua impian dan cita-cita yang hebat dicoretkan di ruang fikiran dan jiwa...selesaikah semua urusan dan perjanjian ku pada keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan yang Esa...

Hurmm...memikirkan semua nih aku jadi runsing...rasa macam nak selesaikan semuanya secepat mungkin agar tiada yang tertangguh...agar segalanya tercapai sebelum usia memanjat tua...sebelum keringat habis dimamah waktu...mampukah aku...hal besok pun masih belum aku tahu bagaimana urusan dan penyelesaiannya...inikan beribu perkara yang nak diuruskan...

Bukannya apa...aku bimbang...segala-galanya boleh berlaku dalam sekelip mata...segalanya boleh berubah dalam sedetik cuma...yang sihat boleh sakit...yang kaya boleh miskin...yang hidup boleh mati...kuasa Allah kan...hanya Dia yang tahu...bak kata Haney "people can change overnight"...walaupun kata-kata tuh tak lah berapa sesuai dalam coretan aku kali ni...tapi segalanya mampu berubah dan boleh terjadi dalam satu malam dengan keizinanNya...banyak impian aku...banyak impian Haney...harap segalanya mampu tercapai...terlaksana...walaupun tak semua tapi kalau boleh biarlah ianya sempurna...

Memanglah kalau fikirkan usia aku sekarang ni masih muda lagi...masih jauh lagi perjalanan...banyak lagi waktu kata orang...tapi andainya esok aku jatuh sakit...tak mampu lagi bergerak...siapakah aku nanti...di manakah aku nanti...

Sunday, September 14, 2008

Ranting Pilihan


Bila terbaca artikel ni di internet terus menarik minat... apa yang disampaikan interesting sangat... moralnya dalam hidup ini kita memang harus memilih tapi janganlah terlalu memilih... nanti kita sendiri yang akan rugi... bak kata pepatah lama "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran"......

Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…

Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:

“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itupun berkata:

“Itulah cinta”

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan

Guru pun menjawab:

”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang guru berkata:

“Itulah makna perkahwinan.”

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Wednesday, June 4, 2008

Huruf pertama nama anda...

hi my frens...nak share ckit nih...jom baca sesama...Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan...

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung d an bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri daam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.