Wednesday, June 4, 2008

Huruf pertama nama anda...

hi my frens...nak share ckit nih...jom baca sesama...Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan...

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung d an bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri daam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tuesday, March 11, 2008

Success

When the mind thinks of success, the outside world mirrors these thoughts.

Success is the outcome of thinking, visualizing, planning and taking action.

Your mind is the generator of failure, and also the generator of success.

What you think today is what you live tomorrow.

Success is a state of mind.

Happy thoughts make your life happy. Miserable thoughts make your life miserable.

The image you have of yourself is responsible for the way people see and treat you.

An attitude of success attracts success.

Choose your thoughts carefully; they are the builders of your life.

Success manifests in small daily events, not only in accomplishing great things.

A happy mind manifests success.

The mental movie in your mind is the cause of everything that happens to you.

Nurturing a feeling of success attracts success.

Nothing can stand in the way of absolute belief and confidence.

Your inner world controls your outer world. Learn to improve your inner world, and your outer world would be affected too.

The mental movie that you play in your mind is the life that you will live tomorrow.

When you rehearse failure in your mind, you meet failure.
When you rehearse success in your mind, you experience success in your life.

Attaining peace of mind, happiness and good relationships also mean success.

The scope of your success is determined by your thoughts.

Rehearsing success in the mind, produces success in the material world.

Success is not only more money, promotion and social status. Success is also maintaining happiness, the ability to get along harmoniously with others and spiritual awakening.

Do not undervalue the importance of success in small matters. It proves to you that with persistence, bigger success is possible too.

Play a movie of success in the projection room of your mind, and soon this movie will turn into reality.

Your thoughts and mental images create your circumstances. Master your thoughts and mental images, and you gain power over your circumstances.

Attaining peace of mind, happiness, satisfaction, inner strength, spiritual enlightenment and realizing the inner self is spiritual success.

Attaining good health, love, good relationships, promotion, status, money and possessions, and realizing desires and ambitions is material success.

Your outer circumstances are the mirror of your inner world. Change your inner world, and you change your outer world.

Ambition is the fuel the feed your thoughts, visualization and actions.

Willpower, persistence, patience and work bring your desires into manifestation.

Visualize your goals clearly, add desire and faith, and you will surely achieve them.

Terima kasih!

Masih terlalu baru aku mengenali beliau. Walaupun masih belum semesra mana perhubungan dan perkenalan tersebut, aku dapat bayangkan saat pertama kami bertemu. Wajah tua yang duduk di sofa lama itu begitu ikhlas tersenyum menyambut kedatangan aku pada hari itu.

Perbualan kami yg pada mulanya agak formal akhirnya terselit juga gelak tawa dan senda gurau. Aku yang pada mulanya agak gabra dan berdebar-debar, kembali tenang meneruskan bicara. Walaupun baru pertama kali bertemu, entah kenapa aku terasa begitu hampir dengannya. Mungkin kesedehanaan dia berbicara dan kesederhanaan penampilannya buat aku senang. Akhirnya pertemuan pertamaan itu berakhir dengan termetrainya satu lagi ikatan perkenalan atau mungkin persaudaraan bagiku.

Pertemuan itu berterusan lagi pertama, kedua, ketiga dan aku akhirnya tidak mengira lagi itu sebagai satu pertemuan tetapi ku anggap pulang ke kampung halaman untuk melawat bapa ku sendiri. Ya, kini dia aku telah anggap sebagai bapa ku. Aku begitu senang dengannya. Aku bersyukur bertemu dan berkenalan dengannya. Aku sangkakan perkenalan ini akan terjalin lama. Supaya dapat aku merasakan perkongsian seorang ayah dan anak seperti yang aku idamkan sejak dulu lagi. Dapat berbual bicara meminta dan berkongsi pengalamannya dalam kehidupan. Tetapi semuanya berakhir bila dia kembali menghadap DIA yang maha esa.

Pertemuan terakhir kami masih segar dalam ingatan aku. Walaupun pada hari itu, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya untuk aku, aku tahu dia gembira dengan kehadiran ku di situ. Sehinggalah kali terakhir aku bersalaman dengannya dia tetap diam seribu bahasa. Pandangannya yang terakhir buat aku penuh erti dan makna.

Tanggal 18 Februari 2008 tepat jam 2150, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku bersyukur kerana aku berkesempatan berada di situ. Walaupun aku tidak berpeluang sama untuk mendekatinya pada saat-saat akhir hembusan nafasnya. Aku tetap bersyukur sebab aku masih mampu berdiri di kakinya melihat dia tenang semasa pemergian itu. Riak wajahnya, gerak tubuhnya terlalu tenang dan damai ketika hembusan nafasnya yang terakhir. Mungkin dia sudah bersedia, mungkin dia gembira dengan kehadiran isteri dan anak tercinta.

Abah! Terima kasih atas kenangan lalu walaupun seketika. Terima kasih atas restumu. Terima kasih atas nasihatmu. Terima kasih atas penerimaan dan kasih sayangmu. Harta yang kau tinggalkan padaku, aku bersumpah akan ku jaga dan ku sayangi lebih dari nyawa ku sendiri.
Semoga kau tenang disisinya. Amin!

Tuesday, August 8, 2006

Perkhidmatan Untuk Anda

1) Hantaran dan Anda

anda bercadang utk menamatkan zaman bujang...atau berhajat untuk meminang atau bakal dipinang....tak punya masa atau idea untuk menyiapkan barang-barang hantaran...huurrrmmmmm....kami tau apa yang anda perlukan...

-hubungi kami untuk sebarang tempahan Gubahan Hantaran, Sirih Junjung & Door Gift...
-gubahan menarik mengikut trend terkini dan citarasa pelanggan...
-harga mengikut budget yang anda peruntukan........
-hasil kerja kami...akan menceriakan lagi majlis anda...di bawah adalah contoh hasil sentuhan tangan kami....

2) Memperbaharui Insurans dan Cukai Jalan Kenderaan

ANDA BOLEH MEMPERBAHARUI INSURANS DAN CUKAI JALAN ANDA TANPA PERLU KEMANA-MANA. HANYA PERLU HUBUNGI KAMI DAN KAMI AKAN URUSKAN SEGALANYA. KAMI ADALAH EJEN SAH YANG BERDAFTAR, BERPENGALAMAN UNTUK PEMBAHARUAN INSURANS AM DAN CUKAI JALAN.
**PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
i)Pembaharuan insuran dan cukai jalan boleh dibuat walaupun kad pendaftaran masih berada di bank (seluruh Lembah Klang).
ii)Potongan NCD/NCB dari semua syarikat insurans diterima.
iii)Perkhidmatan tuntutan insuran disediakan.
iv)Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek.
v)Penghantaran hingga ke pintu rumah tanpa bayaran tambahan.
vi)Percuma pengiraan, sebutharga premium dan runding cara.

HUBUNGI KAMI SEGERA...PASTI ANDA CERIA...
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.