Wednesday, October 13, 2010

Kembali ke alami

Hati tertarik dengan produk tradisional keluaran Mustika Ratu
sebelum ni memang penguna setia syampu bayam, minyak cem ceman murni &masker bangkoang
Kini aku tambah koleksi untuk penjagaan wajah pula
yang alami tu rasanya yang paling serasi dengan kulit kita
tanpa bahan kimia yang merbahaya.
notaku di maskermu: hakikatnya memang susah nak setia dengan satu produk, harap yang ini akan kekal

aku bukan Mak Andam terlampau

Bag Make up sudah sampai. 


Aku beli melalui Facebook. Facebook sekarang ini dah macam supermarket online. Semua benda ada, dari kek, biskut, baju bag sampai lah alat-alat make up. Dan yang menariknya berbelanja secara online ni ialah tak payah nak start kereta, nak bayar parking dan tak penat berjalan. Cuma mungkin ada sedikit rasa risau maklumlah membeli tapi tak dapat tengok barang cuma boleh tengok gambar jer. Selain dari bag make up aku ada order kryolan stik 4 batang & Loose powder kryolan

Bukan senang nak menconteng muka pengantin, setakad ni dah 3 kursus aku hadiri


Lepas ini bolehlah aku jadi mak Andam terlampau, maklumlah jiwa masih lagi seorang photographer tp memandangkan butik pun dah nak beroperasi kenalah pegang berus make up pula. Lepas ni siap jer make up mak andam BERTUKAR one..two..one..two..(giler kuasa)


Monday, October 4, 2010

Cemas!! Terperangkap dalam lift

Aku, En Akira &Am ( Model kami masa night shoot @ Bukit Bintang) telah tag along En Monoriz untuk shoot satu majlis pertunangan di Pantai Dalam. Aku bukan nak cerita pasal majlis pertunangan yang berlangsung tapi nak cerita tentang tragedi yang menimpa rakan- rakan dan juga pengantin. Selepas selesai majlis kami turun ke ground floor untuk sesi outdoor. Rumah pengantin di tingkat 10. Dalam lift tu ada lebih kurang 9 orang termasuk pengantin, mungkin nasib aku baik sebab tak masuk dalam lift yang sama kerana tertinggal handbag di dalam rumah. Sesampainya di ground floor aku terdengar bunyi loceng dari lift sebelah…alamak..!! kawan- kawan yang turun tadi terperangkap dalam lift termasuklah en Akira.
Loceng..loceng berbunyi, ada orang dalam bahaya didalam…(baca ikut lagu wonderpet)

Bertenang yer..saya akan dapatkan bantuan
Aku pun berjalan sambil berlari-lari anak menuju ke pak guard untuk dapatkan bantuan. Boleh pulak pak guard tu kata lagi setengah jam maintenance akan sampai..kalau setengah jam tentu mereka semua longlai tak cukup oksigen tambah lagi isteri en monoriz tengah pregnant ( belum sempat nak ucap tahniah..)

 Nasib baiklah bomba datang lebih awal, cepat, pantas dan cekap.

 Tak sampai 10 minit Bomba penyelamat berjaya membuka pintu lift.

Ada riak kelegaan bercampur gembira di wajah En. Monoriz.

Alhamdulilah semuanya selamat. Selepas berehat hampir 30 minit, kami meneruskan sesi outdoor. 

Notaku di liftmu: abang bomba jangan marah yer, saya bukan reporter,saya hanya wedding photographer. Amik gambar suka2 untuk koleksi peribadi.

Thursday, September 30, 2010

Ryaniez Moments Bridal: In Progress

Ia bermula dari angan-angan kosong antara aku dan En Akira, tak sangka berkat kesungguhan dan izin-Nya impian kami hampir jadi kenyataan. Ryaniez Moments kini mengorak selangkah lagi bila mana kami akan melebarkan sayap dalam bidang Butik andaman, solekan & Fotografi. Buat masa ini butik sedang dalam proses mengubahsuaian & penyusunan perabot. Butik kami terletak di seksyen 13, Shah Alam berkonsepkan moden kontemporari hitam, putih & merah. Dengan mengambil kira semua keperluan dan kelengkapan yang diperlukan oleh raja sehari kami berharap Ryaniez Moments mendapat tempat di hati bakal mempelai.

notaku di pelaminmu: Harap penat lelah ini akan terbayar kelak

Sunday, September 26, 2010

Majlis Amal, Makan Malam

Bertempat di Kelang Executive Club, aku dan beberapa rakan sepejabat telah dijemput untuk menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St Anne's Convent Port Klang bagi mengutip dana untuk membina dewan sekolah dan pusat sumber. Majlis bermula seawal 8.15pm, jamuan makan malam tersebut diselang selikan dengan beberapa persembahan seperti tarian, magic show & nyanyian



Notaku di menu sajianmu: terpegun dengan magic show yang dipersembahkan. bagaimana boleh bengkokkan garfu hanya dengan hujung jari & renungan mata

Saturday, September 25, 2010

New Blog

Sila kunjungi blog fotografi kami yang hangat lagi terkini.
memuatkan gambar - gambar yang kami rakamkan dimajlis perkahwinan & pertunangan pelanggan- pelanggan kami

http://ryaniezmoments.blogspot.com


Gambar cantik, harga menarik..buatlah tempahan sekarang

Syawal 2010

Raya tahun ini kami sambut di Batu Pahat. Kebetulan adik beradik yang lain juga telah sepakat untuk sambut raya tahun ini di rumah pusaka peninggalan arwah abah & emak. Kami balik sehari sebelum raya, jalan pun dah mula lenggang. Sampai sahaja di kampung kakak & adik-adik tengah sibuk menyiapkan juadah untuk majlis kenduri arwah malam itu. Bukankah wajib mengingati pada yang telah pergi.
Raya tahun ni disambut meriah dalam kesederhanaan. Kami bergerak ke Seremban pada hari raya ke-3 untuk sesi beraya bersama keluarga En Akira pula.

 kebetulan baju raya tahun ni sama dengan warna rumah..(bagaikan beli baju percuma cat)
Inilah keluarga besar kami, semua ada kecuali keluarga angah yang balik beraya
ke Pahang dulu. Bila suruh buat free style, masing2 posed muka ketat...
kenapa Abg Daud termenung, nak lari dari bayar zakat kat adik2 ker..
apalah yang direnung tu...
model karipap pusing. 

Notaku di kuih popiahmu : bila raya rasa tak larat nak makan kuih raya, tp bila balik office barulah rasa menyesal tak rasa semua kuih rasa kat atas meja.
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.