Tuesday, October 25, 2011

Make-Up Post Wedding | Nas & Nura

akhirnya rancangan untuk buat post wedding buat Nas & Nura terlaksana jua.
Nura adalah kawan masa belajar di UTM dulu,
pagi yang agak panas tapi sesi photoshoot berjalan lancar.
ini adalah hasil make-over,

Konsep santai romantik menjadi pilihan, memang santai habis..
 couple ni memang spotting, pelbagai prop dibawa, ada cup cake, coklat, buah..
kitaorang gak yang kenyang..


 semoga korang puas hati dengan keja kami, 
terima kasih daun keladi

Monday, October 24, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011, SACC CENTRE 28-30 OCT



RYANIEZ MOMENTS PHOTOGRAPHY


PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA!! 
Temui kami di SACC Convention Centre pada 28-30 October 2011 ini!!

Promosi hebat hadiah menarik menanti..
  

jangan lupa LIKE kami di Facebook

Saturday, October 22, 2011

Kenduri sushi di Sushi king

Bersempatan menikmati sushi dengan harga RM2 sepinggan, aku, en Akira & Am (adik Ipaq) telah menyerbu Sushi King Subang Parade. Promosi ini untuk members sahaja yer. setiap orang diberi masa 45 minit,

kitaorang makanlah selagi terdaya 1,2,3....hinggalah pinggan yang terakhir..
burgghh..kenyang tahap dewa..

nampaknya cabaran 45 pinggan 45 minit gagal..
 en akira sila jangan buat muka  blur utk mengelak dari membayar bill.

Thursday, October 20, 2011

Menjejaki Air Terjun Berkelah, Pahang

Selalunya hujung minggu dok layan focus point, kamera, model & wedding,
kali ini, aku, en Akira dan rakan-rakan gi camping & trekking di Air Terjun Berkelah, Maran Pahang. Kali terakhir camping rasanya masa kat University lepas tu memang tak pernah langsung buat aktiviti lasak ni.

Group kami ada 9 orang yang turut serta, perjalanan bermula seawal 12.30 mlm dan kami tiba di, Maran lebih kurang 3.30am. setibanya disana kami meneruskan perjalanan dengan menaiki hilux lebih kurang 20 minit.selepas itu berjalan kaki merentas hutan yang memakan masa lebih satu jam untuk sampai ke tapak khemah di kolam ke 3.
ini gambar air terjun dikolam 3, tempat kami berkhemah, 

Keesokan harini selepas bersarapan, ekspedisi bermula untuk menjejakiAir Terjun kolam ke 7, kena masuk hutan, daki bukit selama lebih kurang satu jam..semput makk..
periuk kera pun ada.
 Geng selipar jepun tp bukan askar Jepun yer

 inilah kolam 7 air terjun yang paling tinggi.

sempat lagi berposing maut..
 aktiviti hari kedua, pertama kali seumur hidup turun dengan tali macamni,
kecut perut rasa menyesal pun ada.

dan yang paling yeehaaa..adalah mandi manda...syok hoo

 happy dapat mandi yer bang......

Tomei2 & oris pun ikut sama 

sekian sahaja bingkisan ringkas ekspedisi menjejaki Air Terjun Berkelah
kredit picture utk Hash Akira & Mohd Ridzuan...Arigato ghozaimas

Wednesday, October 12, 2011

TAKO TAO

korang pernah nampak kotak kat atas ni..namanya Tako Tao..sejenis makanan jepun yang menjadi feberet aku.. diperbuat daripada bancuhan tepung, kobis cincang dan ada sedikit sos merah yang sedap..sedapnya..sampai menjilat lidi..

Ini lah rupa Tako Tao..dalam kotak tu ada 3 biji yang berharga RM4.90..dulu rasa cam misteri je bila rumpai2 yg ditabur atas tako tu menari2 
taraaaaaaa..kat dalam setiap bola ni ada inti yang lazat....
ada inti octopus, prawn, chicken &cheese, unagi & abalone..aku paling suka octopus
cakk..!! tak sabarnyer nak makan....nyumm.nyummm..tgklah bukan satu atau 2 tapi 4 kotak kitaorg borong

berhati2 dengan lelaki ini.suka curi octopus..
proses penyediaan Tako tao...selalu ada kat Jusco..
sesapa yang tak pernah cuba tu bila ke Jusco jangan lupa cuba & rasa..

Tuesday, October 11, 2011

what is your facebook status

zaman skg boleh dikatakan setiap orang ada akaun facebook, dari yang umur 3, 4 tahun hinggalah uwan dan atuk yang duduk kat ceruk kampung pun ada akaun facebook. punyalah besar kuasa facebook ni melanda seluruh dunia. kawan yg dari sekolah tadika sampailah yg kat IPT dapat dikumpulkan dalam friendlist.

setiap masa semua mengupdate status kat FB, dari celik mata hinggallah nk tarik selimut.

pagi : selamat pagi semua, malasnya nak gi keja...heheh

tghari : perut sudah lapar.nak makan apa ek

lunch time : harini makan nasi kerabu..kenapa budu trasa masam..tak guna tauke kedai nak untung lebih je..

pukul 2;30 pm : mata ngatuk suda..bolekah saya tido walau seketika cuma..

ptg : nak balik...nak balik..nak beli goreng pisang kak senah seberang jalan

mlm : boringnya rancangan tv malam ni..apa nak buat ye

sblm tido : masa utk tido, log off dulu..zzzz

ni kira yang general, kalau time gaduh ngan boyfrind plak..status mulalah berbau cerca maki, tu belum ayat2 yg boleh mencairkan taik telinga.

tapi sebaiknya janganlah mengupdate hingga menggugat keselamat. spt

"sunyi dirumah seorang diri, jiran2 pun tak ada..checked in no 16, taman mawar."

kalaulah akal perompak tu panjang akal, hari2 dok check org nyer status betapa bergayanya dia menyamun..so jgn terlampau ghairah hingga lupa ada bahaya yang menanti..so berpada2 lah dan bersederhanalah..


Sunday, October 9, 2011

FESTIVAL PENGANTIN MALAYSIA, 2011

Bertempat di Aeon, AU 2 Setiawangsa, telah berlangsung Karnival Pengantin, Kuala Lumpur. Bermula dari 07/10/2011 hingga 09/10/2011.
sempat melawat booth  rakan AFRA MAKE-UP dan FOTO CANTIK STUDIO

Dari pemerhatian, sambutan yang diberikan pada karnival kali ini sangat menggalakkan dan ramai yang berkunjung disetiap booth untuk mendapatkan pakej-pakej perkahwinan.

Ini merupakan usaha yang baik bagi memasarkan & mempromosikan perkhidmatan andaman, fotografi, katering dan segala yang berkaitan dengann majlis perkahwinan.




Saturday, October 8, 2011

Uptown, Bazar larut malam yang kian popular

Boleh dikatakan di mana-mana pasti ada bazar uptown terutamanya dikawasan lembah Klang, majoriti peniaga dan pengunjungnya adalah orang melayu. saya juga merupakan salah seorang yang kerap mengunjungi bazar uptown, sekadar mencuci mata atau membeli barang.

pada saya yang menarik di uptown adalah harga, kepelbagaian barang, dan kemeriahhannya, bukan sahaja boleh membeli belah malah ada medan selera untuk menghilangkan dahaga.


 
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.