Sunday, January 30, 2011

HAPPY ANNIVERSARY..SELAMAT ULANG TAHUN (HASH & HANEY)

26 Januari datang lagi. Alhamdulilah bertambah lagi setahun usia rumahtangga kami. Bersama suka duka mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan. Walaupun masih lagi mengenali antara satu sama lain, tapi ternyata kami semakin serasi bersama. Memilih minat yang sama dalam dunia photography & wedding planner menjadikan kami semakin memerlukan antara satu sam lain. Biar apa orang kata kami bahagia dengan apa yang kami ada.
Sempena anniversary kali ini, kami sempat pergi dinner bersama di TGI Friday. Bukan menu atau venue yang dipertaruhkan tapi kesempatan yang ada untuk meraikan tarikh bersejarah ini cukup manis untuk dikenang.

Buat yang tersayang Suami, Kekasih, Sahabat & Pesaing..En Hash Akira......

  • I tau u sayangkan I bila tiap kali I ikut u kemana2, u selalu tanya “ u ok tak”
  • I tau u sayangkan I bila u angkat I masuk bilik sbb tertidur awal walaupun dah janji nak tengok Tv sampai pagi setiap hujung minggu.
  • I tau u sayangkan I walaupun I amik masa lebih 30 minit utk bersiap setiap kali kita nak keluar walaupun cuma nak pergi kedai runcit
  • I tau u sayangkan I bila u layan jer mana I nak pergi kalau nak shopping baju 
  • I tau u sayang I bila sebolehnya u luangkan masa utk kita berdua sbb u tau I paling happy bila dapat kuar merayau dgn u..
  • I tau u sayang I bila tiap kali I buat salah mesti u akan marah i berbakul2 tp bila hati u dah sejuk mesti u suh I dtg dekat u sbb u rindu nak peluk..hehe
  • I tau u sayang I bila setiap kali shoot pengantin mesti u snap muka I 3-4 keping dan u simpan dlm laptop u…tapi sekarang mcm dah kurang..upppss
  • I tau u sayang I bila setiap apa yang u nak beli u selalu minta pendapat I walaupun kadang2 u dah ada keputusan sendiri.
  • I tau u sayang I bila tiap kali pilih gambar customer,u selalu suruh I pilih walaupun time shoot u selalu reject post yg I bagi, 
  • I tau u sayang I, bila i nak kan sesuatu samaada berbentuk material & impian u akan cuba dapatkan & selalu bagi sokongan
nota ku di beef steak mu: Semoga cinta ini akan terus milik kita selamanya..saya sayang awak..

Saturday, January 29, 2011

MAKE OVER BY HANEY ALIF,

Semasa di kampung, Sempat juga buat make over pada Maya.
Ini adalah solekan untuk menghadiri majlis hari jadi, cukur jambul atau kenduri kahwin juga sesuai sebagai pengapit pengantin. Sangat natural, penekanan pada mata dengan mengenakan bulu mata palsu agar mata Nampak lagi menyerlah seperti Rozita Che Wan. Pengunaan warna2 lembut & natural pada pembayang mata &pemerah pipi sesuai untuk remaja yang ingin nampak anggun tetapi tidak terlalu sarat.
 Sebelum make over
Selepas make over

Pulang ke kampung

Hampir 3 bulan tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman, kali terakhir semasa menyambut Aidilfitri yang lalu.kekangan tugas- tugas dan  masa yang tidak menginzinkan merupakan faktor penyebab tidak dapat menjengguk kampung halaman ( ayat skema mcm pendahuluan esei SPM, mcm poyo pula rasanya)

Blog pun dah bersawang sebab dah lama tak update.. dari bulan November lepas, sibuk dengan pindah rumah, pindah tempat kerja baru & job-job wedding. baru ini dapat bernafas.

Balik ke kampong kali ini bersama maya, hash masih sibuk dengan tugas-tugas editing yang masih belum siap2 lagi. So hujung minggu ni menghabiskan masa dengan adik2 di kampung. Zink rumah kat kampong baru je ditukar, sbb dah terlalu uzur, maklumlah rumah tanpa penghuni tetap sudah mula bocor di sana sini. Macam biasa bila dah lama tak balik operasi utama adalah mengemas rumah. Lagi 2 minggu ( cuti Tahun baru cina) Insyallah kami adik beradik akan berkumpul untuk mengadakan kenduri arwah.


 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.