Saturday, December 17, 2011

Make - Up Bertunang Syafinaz | Seremban

Shafinaz atau Nut, berkulit putih  memilih pula persalinan putih
untuk majlis pertunangannya,sangat cantik




Sunday, November 13, 2011

Anugerah Industri Muzik 18 AIM

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, telah berlangsung Anugerah Industri Muzik ke-18, AIM 2011 dengan meriahnya.
Ryaniez Moments sempat merakamkan perjalanan karpet biru yang dicetuskan oleh Celcom.
Karpet Biru kali ini di hoskan oleh Awal Ashaari & Diana Danielle. Walaupun karpet biru kali ini kurang di lintasi oleh artis -artis ternama namun tetap meriah dan penuh gemerlapan.

Jom kita tengok make-up dan dandanan mereka, mungkin bole diceduk untuk dijadikan inspirasi






Saturday, November 12, 2011

Make Up Post Wedding | Yana & Syed |Putrajaya

pasangan ni terpaksa menukar ourdoor kepada post wedding
sebab semasa majlis bersanding petang tu hujan lebat

untuk post wedding ni sayalah MUA nya..




Tuesday, November 1, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011, SACC

Bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya Pameran Pengantin 2011 betemakan Arabian Night

3 hari kami berkampung disini bersama lebih 50 booth yang turut serta dalam pameran ini. Ia terdiri dari booth butik pengantin, fotografi, cenderamata (Door gift), kad jemputan, katering, videografi dan hiasan bunga. Pada pameran kali ini kami telah berkerjasama dengan Rita Collection.

Semua berjalan lancar dan mencapai target ada yang telah menempah khidmat fotografi kami untuk majlis mereka yang akan berlangsung pada akhir 2012.





 Kepada yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, cepat-cepat masih ada lagi kekosongan
biar kami abadikan kenangan terindah untuk majlis bersejarah anda




Tuesday, October 25, 2011

Make-Up Post Wedding | Nas & Nura

akhirnya rancangan untuk buat post wedding buat Nas & Nura terlaksana jua.
Nura adalah kawan masa belajar di UTM dulu,
pagi yang agak panas tapi sesi photoshoot berjalan lancar.
ini adalah hasil make-over,

Konsep santai romantik menjadi pilihan, memang santai habis..
 couple ni memang spotting, pelbagai prop dibawa, ada cup cake, coklat, buah..
kitaorang gak yang kenyang..


 semoga korang puas hati dengan keja kami, 
terima kasih daun keladi

Monday, October 24, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011, SACC CENTRE 28-30 OCT



RYANIEZ MOMENTS PHOTOGRAPHY


PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA!! 
Temui kami di SACC Convention Centre pada 28-30 October 2011 ini!!

Promosi hebat hadiah menarik menanti..
  

jangan lupa LIKE kami di Facebook

Saturday, October 22, 2011

Kenduri sushi di Sushi king

Bersempatan menikmati sushi dengan harga RM2 sepinggan, aku, en Akira & Am (adik Ipaq) telah menyerbu Sushi King Subang Parade. Promosi ini untuk members sahaja yer. setiap orang diberi masa 45 minit,

kitaorang makanlah selagi terdaya 1,2,3....hinggalah pinggan yang terakhir..
burgghh..kenyang tahap dewa..

nampaknya cabaran 45 pinggan 45 minit gagal..
 en akira sila jangan buat muka  blur utk mengelak dari membayar bill.

Thursday, October 20, 2011

Menjejaki Air Terjun Berkelah, Pahang

Selalunya hujung minggu dok layan focus point, kamera, model & wedding,
kali ini, aku, en Akira dan rakan-rakan gi camping & trekking di Air Terjun Berkelah, Maran Pahang. Kali terakhir camping rasanya masa kat University lepas tu memang tak pernah langsung buat aktiviti lasak ni.

Group kami ada 9 orang yang turut serta, perjalanan bermula seawal 12.30 mlm dan kami tiba di, Maran lebih kurang 3.30am. setibanya disana kami meneruskan perjalanan dengan menaiki hilux lebih kurang 20 minit.selepas itu berjalan kaki merentas hutan yang memakan masa lebih satu jam untuk sampai ke tapak khemah di kolam ke 3.
ini gambar air terjun dikolam 3, tempat kami berkhemah, 

Keesokan harini selepas bersarapan, ekspedisi bermula untuk menjejakiAir Terjun kolam ke 7, kena masuk hutan, daki bukit selama lebih kurang satu jam..semput makk..
periuk kera pun ada.
 Geng selipar jepun tp bukan askar Jepun yer

 inilah kolam 7 air terjun yang paling tinggi.

sempat lagi berposing maut..
 aktiviti hari kedua, pertama kali seumur hidup turun dengan tali macamni,
kecut perut rasa menyesal pun ada.

dan yang paling yeehaaa..adalah mandi manda...syok hoo

 happy dapat mandi yer bang......

Tomei2 & oris pun ikut sama 

sekian sahaja bingkisan ringkas ekspedisi menjejaki Air Terjun Berkelah
kredit picture utk Hash Akira & Mohd Ridzuan...Arigato ghozaimas

Wednesday, October 12, 2011

TAKO TAO

korang pernah nampak kotak kat atas ni..namanya Tako Tao..sejenis makanan jepun yang menjadi feberet aku.. diperbuat daripada bancuhan tepung, kobis cincang dan ada sedikit sos merah yang sedap..sedapnya..sampai menjilat lidi..

Ini lah rupa Tako Tao..dalam kotak tu ada 3 biji yang berharga RM4.90..dulu rasa cam misteri je bila rumpai2 yg ditabur atas tako tu menari2 
taraaaaaaa..kat dalam setiap bola ni ada inti yang lazat....
ada inti octopus, prawn, chicken &cheese, unagi & abalone..aku paling suka octopus
cakk..!! tak sabarnyer nak makan....nyumm.nyummm..tgklah bukan satu atau 2 tapi 4 kotak kitaorg borong

berhati2 dengan lelaki ini.suka curi octopus..
proses penyediaan Tako tao...selalu ada kat Jusco..
sesapa yang tak pernah cuba tu bila ke Jusco jangan lupa cuba & rasa..

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.