Wednesday, October 27, 2010

Ryaniez Moments Bridal @ Sinar Harian, 26|10|2010

Berita perlancaran Butik Ryaniez Moments Bridal telah tersiar di ruangan Citra/ Butik di akhbar Sinar Harian pada 26|10|2010

Semoga dengan tersiarnya bingkisan ini, Ryaniez Moments akan lebih dikenali dan sebagai salah satu medium untuk mempromosikan butik kami.



Monday, October 18, 2010

Boutique Launching : Ryaniez Moments Bridal

Pada 16hb October 2010, telah berlangsung dengan jayanya majlis pembukaan dan Perasmian Ryaniez Moments Bridal. Majlis tersebut telah berlangsung di Butik Ryaniez Moments di Seksyen 13, Shah Alam. Kehadiran tetamu jemputan khas, kenalan, keluarga dan sahabat handai telah memeriahkan lagi majlis pada petang itu .

Antara yang dapat dirakamkan sekitar majlis  berlangsung

  Antara koleksi yang terdapat di Ryaniez Moments Bridal
Inilah wajah Pengasas & Pengarah Urusan Ryaniez Moment Bridal 
(Orang kuat yang bertungkus lumus berkerja siang malam selama ini)
Kain rentang yang digantung sempena majlis
 Khemah untuk tetamu jemputan
Memilih warna hitam dan putih sebagai tema pada petang itu.
 En Akira bersama pengacara majlis, Zarina Zainuddin ( pelakon)
 Perbincangan akhir mengenai aturcara majlis
majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati perjalanan majlis
 Ucapan dari Datin Imran, Isteri Y.A.B Dato' Khalid b. Abu Bakar
Ucapan dari Pengasas Butik, Pn Maznah 
Upacara pemotongan riben & perasmian 
Majlis penyampaian cenderamata kepada Jemputan VIP
Jemputan VIP dibawa masuk melihat kadaan dalam butik
Bergambar kenangan bersama jemputanVIP
Tetamu VIP
 juadah yang dihidangakan

Tetamu menjamu selera
 sambil menjamu selera, para jemputan dipersembahkan dengan 
pertunjukan fesyen dari Ryaniez Collection


pertunjukan fesyen diakhiri dengan kemunculan make-up artis bersama barisan model
Upacara memotong pulut kuning
 Barisan model
 Make up artis bersama assistance

 antara artis yang hadir memeriahkan majlis
Zarina Zainuddin
 Lydiawati
Zur Eda, Suara memang power

Alhamdulilah, segalanya berjalan sebagaimana yang dirancang. 

Kepada semua bakal- bakal mempelai yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, 
jemputlah ke Butik kami di No.11, Jalan Snuker 13/ 28, Seksyen 13, Shah Alam.
Ryaniez Moments akan merialisasikan impian perkahwinan anda

notaku di tepak sirihmu: perasmian sudah, lepas ni bermulalah kerjaya pemasang pelamin & me-make up pengantin

haney @ Petronas MotoGP, KLCC

Baru- baru ini aku ke KLCC, kebetulan masa itu berlangsungnya pameran MotoGP anjuran Petronas. Seronok juga mencuci mata dengan pelbagai jenis motor - motor yang dipamerkan. 
 Antara model yang berada disitu
 Spotting!! sempat lagi berposing..

Eh...si dia pun ada

notaku ditayar motormu: kebanyakan yang datang ke pameran ni bukan nak tengok motor tapi sakan bergambar dengan model

Wednesday, October 13, 2010

Kembali ke alami

Hati tertarik dengan produk tradisional keluaran Mustika Ratu
sebelum ni memang penguna setia syampu bayam, minyak cem ceman murni &masker bangkoang
Kini aku tambah koleksi untuk penjagaan wajah pula
yang alami tu rasanya yang paling serasi dengan kulit kita
tanpa bahan kimia yang merbahaya.
notaku di maskermu: hakikatnya memang susah nak setia dengan satu produk, harap yang ini akan kekal

aku bukan Mak Andam terlampau

Bag Make up sudah sampai. 


Aku beli melalui Facebook. Facebook sekarang ini dah macam supermarket online. Semua benda ada, dari kek, biskut, baju bag sampai lah alat-alat make up. Dan yang menariknya berbelanja secara online ni ialah tak payah nak start kereta, nak bayar parking dan tak penat berjalan. Cuma mungkin ada sedikit rasa risau maklumlah membeli tapi tak dapat tengok barang cuma boleh tengok gambar jer. Selain dari bag make up aku ada order kryolan stik 4 batang & Loose powder kryolan

Bukan senang nak menconteng muka pengantin, setakad ni dah 3 kursus aku hadiri


Lepas ini bolehlah aku jadi mak Andam terlampau, maklumlah jiwa masih lagi seorang photographer tp memandangkan butik pun dah nak beroperasi kenalah pegang berus make up pula. Lepas ni siap jer make up mak andam BERTUKAR one..two..one..two..(giler kuasa)


Monday, October 4, 2010

Cemas!! Terperangkap dalam lift

Aku, En Akira &Am ( Model kami masa night shoot @ Bukit Bintang) telah tag along En Monoriz untuk shoot satu majlis pertunangan di Pantai Dalam. Aku bukan nak cerita pasal majlis pertunangan yang berlangsung tapi nak cerita tentang tragedi yang menimpa rakan- rakan dan juga pengantin. Selepas selesai majlis kami turun ke ground floor untuk sesi outdoor. Rumah pengantin di tingkat 10. Dalam lift tu ada lebih kurang 9 orang termasuk pengantin, mungkin nasib aku baik sebab tak masuk dalam lift yang sama kerana tertinggal handbag di dalam rumah. Sesampainya di ground floor aku terdengar bunyi loceng dari lift sebelah…alamak..!! kawan- kawan yang turun tadi terperangkap dalam lift termasuklah en Akira.
Loceng..loceng berbunyi, ada orang dalam bahaya didalam…(baca ikut lagu wonderpet)

Bertenang yer..saya akan dapatkan bantuan
Aku pun berjalan sambil berlari-lari anak menuju ke pak guard untuk dapatkan bantuan. Boleh pulak pak guard tu kata lagi setengah jam maintenance akan sampai..kalau setengah jam tentu mereka semua longlai tak cukup oksigen tambah lagi isteri en monoriz tengah pregnant ( belum sempat nak ucap tahniah..)

 Nasib baiklah bomba datang lebih awal, cepat, pantas dan cekap.

 Tak sampai 10 minit Bomba penyelamat berjaya membuka pintu lift.

Ada riak kelegaan bercampur gembira di wajah En. Monoriz.

Alhamdulilah semuanya selamat. Selepas berehat hampir 30 minit, kami meneruskan sesi outdoor. 

Notaku di liftmu: abang bomba jangan marah yer, saya bukan reporter,saya hanya wedding photographer. Amik gambar suka2 untuk koleksi peribadi.
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.