Thursday, September 30, 2010

Ryaniez Moments Bridal: In Progress

Ia bermula dari angan-angan kosong antara aku dan En Akira, tak sangka berkat kesungguhan dan izin-Nya impian kami hampir jadi kenyataan. Ryaniez Moments kini mengorak selangkah lagi bila mana kami akan melebarkan sayap dalam bidang Butik andaman, solekan & Fotografi. Buat masa ini butik sedang dalam proses mengubahsuaian & penyusunan perabot. Butik kami terletak di seksyen 13, Shah Alam berkonsepkan moden kontemporari hitam, putih & merah. Dengan mengambil kira semua keperluan dan kelengkapan yang diperlukan oleh raja sehari kami berharap Ryaniez Moments mendapat tempat di hati bakal mempelai.

notaku di pelaminmu: Harap penat lelah ini akan terbayar kelak

Sunday, September 26, 2010

Majlis Amal, Makan Malam

Bertempat di Kelang Executive Club, aku dan beberapa rakan sepejabat telah dijemput untuk menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St Anne's Convent Port Klang bagi mengutip dana untuk membina dewan sekolah dan pusat sumber. Majlis bermula seawal 8.15pm, jamuan makan malam tersebut diselang selikan dengan beberapa persembahan seperti tarian, magic show & nyanyian



Notaku di menu sajianmu: terpegun dengan magic show yang dipersembahkan. bagaimana boleh bengkokkan garfu hanya dengan hujung jari & renungan mata

Saturday, September 25, 2010

New Blog

Sila kunjungi blog fotografi kami yang hangat lagi terkini.
memuatkan gambar - gambar yang kami rakamkan dimajlis perkahwinan & pertunangan pelanggan- pelanggan kami

http://ryaniezmoments.blogspot.com


Gambar cantik, harga menarik..buatlah tempahan sekarang

Syawal 2010

Raya tahun ini kami sambut di Batu Pahat. Kebetulan adik beradik yang lain juga telah sepakat untuk sambut raya tahun ini di rumah pusaka peninggalan arwah abah & emak. Kami balik sehari sebelum raya, jalan pun dah mula lenggang. Sampai sahaja di kampung kakak & adik-adik tengah sibuk menyiapkan juadah untuk majlis kenduri arwah malam itu. Bukankah wajib mengingati pada yang telah pergi.
Raya tahun ni disambut meriah dalam kesederhanaan. Kami bergerak ke Seremban pada hari raya ke-3 untuk sesi beraya bersama keluarga En Akira pula.

 kebetulan baju raya tahun ni sama dengan warna rumah..(bagaikan beli baju percuma cat)
Inilah keluarga besar kami, semua ada kecuali keluarga angah yang balik beraya
ke Pahang dulu. Bila suruh buat free style, masing2 posed muka ketat...
kenapa Abg Daud termenung, nak lari dari bayar zakat kat adik2 ker..
apalah yang direnung tu...
model karipap pusing. 

Notaku di kuih popiahmu : bila raya rasa tak larat nak makan kuih raya, tp bila balik office barulah rasa menyesal tak rasa semua kuih rasa kat atas meja.
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.