Friday, April 30, 2010

Bila Si Dia Berpuisi

dipetang yang hening...terima sebuah puisi dari dia yang bergelar suami...


sayang
jujur ingin kukatakan
semakin hari ku makin sayang padamu
dan tulus aku berjanji
aku takkan berpaling lagi
kasih ini akan ku bajai saban hari
kerna ku ingin kau sentiasa di sisi
kerna sayang kekuatanku mengharungi hari
pabila terjaga melihat kau tersenyum setiap pagi

mungkin takkan pernah bisa untuk ku ungkapkan pada mu isteri ku
semua rasa cinta di jiwa ini
namun aku ingin kau tahu
kau segalanya bagi hidupku
dan kasih kini aku berjanji
aku tetap akan begitu selalu
jadi tak perlu kau persoalkan lagi
betapa agungnya cinta ku pemuja mu ini...


nota ku di instrumental mu : baca puisi ni sambil dengar violin cerita "selamat pagi cinta" membuai perasaan...

Wednesday, April 28, 2010

Siput-Siput di Steamboat

hujung minggu lepas berlaku satu insiden yang mengetatkan muka haney...baru je keluarkan kereta En Akira dari bengkel tak sampai 1km kereta Haney terlanggar sesuatu...rasa-rasanya macam lubang...takkan kolam ikan kan...tak semena-mena tayar belakang sebelah kanan pecah dan tak boleh guna....dah la tayar tu baru...nasiblah dekat dengan kawasan bengkel-bengkal terus gi tukar tayar lain...melayang lagi duitku...

dan malam tu bagi memperingati peristiwa berdarah itu...kami telah memilih steamboat buffet kat Sunway...sebagai lokasi mengenang kejadian tersebut...anyway, banyak pilihan makanan berbaloi rasanya dengan bayaran RM 20.90 per head...hampir 2 jam juga kami berada di sini...mencuba pelbagai jenis hidupan laut..dan terlalu banyak hidupan laut yang pelik-pelik dihidangkan kat sini yang takde kat kedai steamboat lain...rasa macam makan siput dari dalam akuarium rumah pun ada...

 
notaku di cengkerangmu: dan seperti biasa...setiap kali kitaorang menjajah kedai-kedai steamboat ni...tokey dia mesti menjeling-jeling menyampah sebab kitaorang makan tak berhenti-henti selagi tak tersandar menongkat langit...huhuhu...

Thursday, April 22, 2010

New Cats on the Block

hujung minggu lepas kami telah berjaya meng-adopt seekor kucing maine-coon mixed persian....berbulu gebu dan sangat comel...mengikut pengiraan rawak kucing yang berusia setahun lebih ini mempunyai berat lebih kurang 5kg dengan saiz panjang ketika beliau sedang baring lebih kurang 2 kaki... 


bulu berbelang putih silver...mukanya comel tapi buat masa ni masih belum biasa dan manja dengan kami...mungkin dia masih janggal dengan habitat barunya...kami masih mengekalkan panggilan yang sama daripada tuan lamanya setakat ini iaitu Jen (singkatan dari jantan...huhuhu)...

selain daripada Jen...ada 4 ekor anak kucing yang baru sebulan lahir...hasil daripada rasa cinta Snowy dan Milo...huhuhu...

setakat ni dah ada 7 ekor kucing kat rumah kami...kami sedang memikirkan alternative terbaik untuk kucing-kucing ini...kalau nak jaga semuanya memang tak cukup tangan...so pada sesiapa yang minat  nak membela kucing...kami nak let go anak–anak kucing parsi ni...ada 4 ekor....harga bole nego...sila e-mail atau tinggalkan komen anda di sini segera...tapi tak boleh collect sekarang kena tunggu sampai dah boleh makan (2 bulan lagi)...

             ibu dan bapanya...                   

notaku di bebuluan mu: anyway sesiapa yang mengenali Milo a.k.a Alo...inilah anak-anak beliau....

Tuesday, April 20, 2010

Pre-Wedding Photoshoot Asri & Azlina

kali ni berfotografi untuk pre-wedding Asri & Azlina di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada 17 April 2010...pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan September ni...Azlina ni adik kepada en Monoriz jadi haruslah fotografi kali ini sekali lagi bersama-sama en Monoriz...walaupun hujan gerimis sepanjang hari kami tetap merentasi seluruh kota mencari lokasi-lokasi dan pose menarik untuk pre-wedding photoshoot ni...Dataran Merdeka, Masjid Negara, KTM, Pavilion dan KLCC adalah tempat yang kami singgah untuk merakamkan kenangan mereka berdua...Azlina amat kreatif dan natural berposing di hadapan kamera...secara automatik dia boleh memberi pose-pose yang amat baik tanpa perlu dipinta...mungkin kerana abangnya adalah photographer...so kawan-kawan, layan....

for more picture of Asri & Azlina, please VISIT MY FOTOPAGES

notaku di hujan gerimismu: thanks to asri & ina for the dinner and supper treats...

Monday, April 19, 2010

Malaysia Training & Career Fair 2010

dari bulan lepas lagi en Akira ingatkan tentang pameran ini...dan sabtu lalu sempat gak kami menjejakkan kaki di Mid Valley Exhibition Centre untuk menyaksikan sendiri Malaysia Career & Training Fair 2010...sempat gak kami melayangkan beberapa set resume di beberapa buah syarikat yang participate dalam Career Fair kali ni...mana tau ada rezeki boleh juga beralih angin dan dapat pengalaman baru...

sasaran utama sebenarnya nak cari syarikat Oil & Gas tapi nampaknya tak banyak pun Oil & Gas company yg participate...yang ada pun mungkin satu atau dua je...sambil tu sempat juga kami collect souveniers...hehehe...


notaku di booth mu: harap-harap janganlah dapat tawaran kerja kat negeri lain...


Saturday, April 10, 2010

Kembali Berpeperiksaan

hari nih seharian di sekolah...
semuanya untuk ini...
kembali lagi berpeperiksaan...
selepas yang dahulu tiada khabar...kantoi lah tu!
kalau yang dulu untuk ptd kali nih untuk penguasa kastam...
soalan boleh tahan susahnya...tapi alhamdulillah boleh jawab kesemuanya...
tunggu jelah keputusannya camana nanti...


notaku di borang spamu: kenapalah ada soalan terakhir tentang sahsiah diri dan minat tu...dahlah banyak dan rasanya agak kurang relevan...tak tahulah...mungkin mereka ada sebabnya tersendiri...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.