Tuesday, September 29, 2009

Seminggu Sebelum...

seminggu sebelum tibanya 1 syawal..kami adik beradik telah pulang ke kampung halaman..tujuan utama adalah untuk menziarahi dan membersihkan kubur arwah mak, abah, atuk2 dan nenek2 yang telah terdahulu meninggalkan kami…dah namanya pun dekat nak raya...malam itu kami melayan jugak anak-anak ini bermain "api bunga"...

pagi tu...kami adik beradik bangun seawal 7.00am...masing2 ada tugas tersendiri...ada yang mengecat batu nisan & ada yang mengukir ayat2 kat keliling ‘kepuk’ dan ada yang membersihkan rumput2 di sekeiling kubur2 arwah…memandangkan ramai yang terlibat dalam tugas2 khas ni maka seawal pukul 10.00am semuanya telah selesai...dan sebelum meninggalkan pusara...kami adik beradik membacakan tahlil ringkas buat arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disisiNya...amin…

memandangkan raya pun dah tinggal seminggu maka kesempatan yang ada ni kitaorg gi menjejaki biskut & kerepek raya utk persiapan kat kampung...kat sini boleh tahan gak murahnya...lagipun al-maklum lah tahun ni 1st time Haney sambut raya kat umah mak mertua dan kat kampung pulak takder saper...tinggal adik2 jer..sian plak kat diaorang
nak kena buat semua...jadi kitaorg wat lah apa2 yang patut sebelum meninggalkan mereka…

Esok Tak Yah Puasa

assalamualaikum w.b.t...saya sebagai penyimpan mohor-mohor besar ingin mengumumkan bahawa esok raya...yuhuu....kitaorg kat sini nak amik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada rakan2 pengikut blogs ini khasnya dan semua sahabat dan sedara sedari amnya...semoga aidilfitri ini akan memberikan seribu kemanisan dan lembaran baru buat kita semua...pada yang memandu ke kampung halaman...jom kita lumba siapa sampai paling cepat dan laju...

dipanjatkan kesyukuran dengan nikmat aidilfitri kali ini...walau disambut sederhana kerna masih terasa kehilangan mereka yg sentiasa dicintai...semoga dapat kembali bersama mensyukuri nikmat aidilfitri ini di tahun mendatang...

nota semperit : kepada yang berminat untuk bertandang ke istana kami silalah...jgn malu2...

Friday, September 11, 2009

Sessi Menghabiskan Wang Anda

memandangkan Selangor cuti Nuzul Al-Quran so kitaorg pun amik kesempatan gi shopping raya kat KL....ingatkan jalan tak jam sebab KL kerja...tapi awal2 lepas tol Jln Duta smpi Jln TAR mmg jam...antara tempat2 yang terdaya kami jajahi ialah Jln Masjid India, Jln Tunku Abd Rahman & Sogo…3 tempat ni pun dah buat kepala lutut kami longgar...habis semua booth2 kami selongkari...tapi malangnya baju raya yg diidam2kan tak ditemui...bukan apa susah sangat nak cari size SS yang byk pilihan cuma size S,M, L…akhirnya cuma dapat sehelai selendang jer…



ptg tu kitaorg buka kat Kg Baru…bersama2 dgn x-schoolmate Akira…TMS...lepas buka barulah bertenaga semula..maklumlah pagi tadi tak sahur...terlajak tidur...terlupa kunci jam…


lepas makan & borak-borak...kita gi hantar maya balik hostel…dan Haney masih terfikir2 strategi camana nak dapatkan baju raya gak nih...badan dah penat...muka Akira dah memuncung...takkan nak balik ngn tangan kosong plak...perjalanan kami terhenti kat bazaar raya Shah Alam...nasib mmg baik sbb akhirnya baju raya idaman telah ditemui…sebelum pulang sempat meghilangkan dahaga dengan air cap Lee Shing...ke salah ejaan dia...air zaman dolu2...



bukan beli baju jer...sempat gak beli 2 buah novel…



nota ku dikuih rayamu: pengajaran dalam cerita ini...tolong jangan jadi orang kerdil...susah dapat size dan jgn lupa memberi makan sahur kepada suami anda jika ingin mengajak beliau bershopping keesokan harinya...



RENUNGAN RAMADHAN

Kedua

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

Tuesday, September 8, 2009

Hartz Camel Buffet

dah hampir 2 minggu kita posa..dah byk param (pasar Ramadhan) kami jejaki..sampai tak tau dah nak mkn apa…semua benda dah cuba... hari boleh plak kitaorg tetiba teringin nak mkn unta...pikir punya pikir akhirnya kami gi Sunway Pyramid..kerana dipercayai di sana ada sesi lelongan unta...

ALAMAK!! jalan jammed plak.."sekarang diumumkan waktu berbuka puasa bagi kawasan Lembah Klang dan kawasan2 ygt sewaktu dengannya...” terpaksa buka dalam keter nasib baik ader kopok ikan..boleh lah dari takder…tercekik-cekik buka puasa tanpa air...

sesampai di sana kami terus mendapatkan seekor unta yang dilelong di hadapan stage…hampir lapan jam setengah gak kitaorang cuba menjinakkan dan memujuk unta ini untuk disembelih...boleh tahan gak degilnya unta bandar nih...selamat proses penyembelihan mengikut hukum syarak...kitaorang pun hantar unta tersebut ke Harts untuk dibuffetkan...so kalau korang nak makan kat sini ingat takleh terus pegi...kena dapatkan unta sendiri dulu...kalau tak no entry...

kat sini ada mcm2 jenis masakan unta..nama pun buffet..ada unta goreng, unta 3 rasa, bubur unta, salad unta…biskut mama unta..sup unta..serba serbi unta...pekerja kat sini kasut pun semua Camel Active...

punyalah berselera…semua jenis makanan nak cuba rasa...dari yg berat hinggalah yg ringgan..1 pinggan, 2 pinggan...masing2 mcm berlumba makan...yg bestnyer kitaorg boleh lepak kat sini sampai restoran nih tutup..selagi terdaya kitaorg belasah jerlah apa yang ada...
tgk lah saudara kita nih...dah tak larat dah nak angkat muka…walau bagaimana pun cik adik sorang ni masih berdaya meneruskan perjuangan, nampak jer kecik tp steady…tak rugi gi bwk mkn buffet..

lepas makan lebih kurang pukul 9.30pm...kami bertemu dan bermesra ngan tuan rumah sambil mengucapkan terima kasih...anda juga diwajibkan mengukur ketinggian setiap kali lepas makan di sini...sebab diaorang tgh buat kajian kaitan ketinggian dengan ekor unta...(apasal lepas mkn daging unta aku semakin kemetot...)...and 3 mintang jer untuk restaurant nih...


nota ku bersama unta mu: teguran untuk encik Hartz...weih makanan habis top up la...kata nih buffet..

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.