Thursday, March 19, 2009

Earth Hour 2009


Earth Hour 2009 - by Metacafe

Tahun 2009, Earth Hour akan mengorak langkah lagi, dengan matlamat baru supaya 1 billion umat kat muka bumi nih akan bersama-sama mematikan switch eletrik korang sebagai sebahagian daripada vote sedunia. Tidak seperti election lain sepanjang sejarah, ianya tidak penting negara atau parti mana anda memilih, tetapi dari planet mana anda berasal dan pilih. VOTE for EARTH, adalah suara dunia untuk setiap individu, business entity, atau masyarakat menjalankan tanggungjawab anda. Panggilan untuk anda semua bangkit untuk melindungi masa depan bumi ini dan keturunan mu. Lebih daripada 74 negara dan kawasan telah menunjukkan sokongan mereka terhadap VOTE EARTH sepanjang Earth Hour 2009 ini, dan angka ini meningkat setiap hari.

Kita semua mempunyai hak untuk mengundi, dan setiap undian diambil kira. Bersama-samalah kita menentukan masa depan bumi ini, untuk anak-anak anda.

VOTE EARTH dengan semudah mematikan suis eletrik anda untuk satu jam, dan bersama-sama seluruh dunia untuk Earth Hour.

Sabtu, March 28, 8:30pm-9:30pm.

Jadi korang semua sama-samalah menunjukkan sokongan kita dengan mematikan semua suis eletrik anda untuk satu jam. Ada berani...

nota: satu soalan...agak2 korang la TNB support tak Earth Hour nih...

Award dari Mummy



award nih Haney dapat daripada Mummy....
thanks...it so cute...

and nak anugerahkan plak pada...

1. Mrs N
2. Nemo
3. Norazita
4. eve2eves

Tag Lagi...

Tag yang nih aku dapat dari Mummy...so here it goes...

The challenge is :
- GO to your photos folder in your computer
- GO to the 6th folder of your photos
- GO to the 6th photos in that folder
- Put the picture on your blog & description of it
- Invite 6 friends to join the challenge
- Link them in your blog & let they know they have been challenged

Sangkut kat gambar nih...masa ni aku convo kat KL Convention Centre...antara masa-masa paling bermakna dalam hidup aku ni...kiranya ini adalah sesuatu yg aku capai gak dalam hidup...waktu yang gembira dan disamping orang yang aku sayang...Haney n Mama...

so 6 person that I wanna invite for this challenge are:

1. cik j.e.j.a.r.i.
2. Mr N and Mrs N
3. Norazita
4. Nemo
5. eve2eves
6. tcarl

nota: sebenarnya ada dua tag..tapi the 2nd one aku tak faham...ahahah...bleh jelaskan tak...

Wednesday, March 11, 2009

Family BBQ Night bertukar menjadi surprised Birthday Party

07/3/2009 - petang tu lebih kurang pukul 5.00ptg kitaorg bertolak dari umah tmn scientex, gi amik maya ngan syafik kat umah abg salleh..mengikut plan kak Ina, mlm ni ader acara makan2 BBQ bersama keluarga, game show dan tukar2 hadiah... and setiap sorang kena bawak dua hadiah untuk ditukarkan...so on the way balik kampong tu kitaorg singgahlah kat Giant..haney, maya & syafik masuk dlm giant utk cari hadiah..akira dengan haluan sendiri utk beli hadiah gak..lebih kurang 45 minit kitaorg jumpa kat depan kedai "satu barang 5 ringgit, tak beli nak kena penampar"

cuaca ptg menjelang magrib tu agak mendung dan kadang kala bertukar menjadi hujan renyai2…

kami singgah kat machap utk solat magrib sebelum meneruskan perjalanan semula..sampai kat kampong lebih kurang pukul 9.00pm..kak Gee & kak Ina dah pun mula membakar ketam dan ayam, sambil makan steamboat…huish...mcm2 makanan ada...ikan, udang, sotong, ayam, kangkung, hotdog...

lebih kurang pukul 10.00pm di saat semua adik beradik dah berkumpul tetiba dari dalam rumah sayup2 kedengaran lagu "happy birthday to you"...suara anak2 saudara mengelilingi akira yang tersengih membawa kek ...

waahhhh..suprise..!!! birthday celebration for me...

terharu gak kat hati nih..maklumlah bukan selalu dapat celebrate birthday ramai2 mcmni..rupanya ni semua idea akira yang panggil smua balik utk celebrate my birthday..”tenkiu tayang..muah..muah…" heheheh...

lepas acara memetong kek dan mencekek..kitaorg serikan lagi malam yang dindin suam2 kuku tu dengan acara game show...biasalah game favorite kami...meneka tajuk filem dengan menggunakan gaya lakonan...pelbagai aksi lakonan cuba dipamerkan...akhirnya kedua2 belah kumpulan...Ladies Vs Gentlemen seri dengan punggutan mata sama 4 markah...

lepas acara game show org2 dewasa...kitaorg wat acara cabutan hadiah...haney n akira dapat sabun pencuci kereta, cerek, gelas dan haney paling banyak dapat hadiah selain hadiah cabutan bertuah dapat gak hadiah birthday…dan hadiah paling gempak malam itu yang haney dapat ialah berus jamban..aperla...heheheh.

malam tu siap mengemas lebih kurang pukul 1.00am..kitaorg sempat dok bersembang dgn adik2 sampailah pukul 2.30am…

8/3/2009..dari awal pagi agak sibuk menyiapkan juadah untuk kenduri arwah abah yang telah genap setahun meninggalkan kami..

dek kerana mlm ni kat surau ader majlis sambutan Maulidul Rasul..kami adakan kenduri tu sekaligus kat surau sahaja...siap semua makanan tu kami letak dalam buffet trays dan angkut ke surau yang jaraknya tak sampai 1 km pun…majlis tu dihadiri org orang2 lelaki jer...bila semua dah balik kitaorg ramai2 dok melepak kat tangga umah sambil sembang2 dan wat post mortem sikit ttg perjalanan kenduri tuh…

haney seronok sangat dan harap dapat berkumpul lagi macam nih...

Friday, March 6, 2009

Car for Sale

aku nak buat iklan skets kat sini...kalau ada sesiapa yang berminat untuk menukar kenderaan ke...bolehla fikir-fikirkan...n kalau tak keberatan mintaklah jasa baik kengkawan semua hebahkan ke...tanya pada yang lain ke...

Model : Mitsubishi Airtrek 2.0L (turbo)
Transmission : Auto
Colour : Black
Year : 2003
Price : RM 85 K (negotiatable)

T/top condition, sport rims, full b/kits, accident free, use as 2nd car...

so kalau korang berminat blehla contact aku ek...thanks...

Thursday, March 5, 2009

Lagi Banjir Kilat di KL

3 Mac 2009 (Selasa)...sekali lagi KL dilanda banjir kilat...ribuan warga KL yang terperangkap tak kiralah dalam bangunan, jalanraya, lrt, etc...hujan yang turun daripada 3 petang menyebabkan air naik dari 1 ke 2 meter...kat pwtc jer dianggarkan lebih 1000 orang terperangkap di dalam bangunan diakibatkan oleh bekalan eletrik yang terputus...mau berpeluh gak tuh..banjir dianggarkan berlaku kira-kira jam 6 petang...jalan-jalan utama seperti jalan ipoh, jalan tun ismail, jalan rahmat, jalan sentul, jalan duta, etc turut dinaiki air...ribuan deretan kedai dan kenderaan habis ditenggelami air...sistem pengangkutan awam pun turut tergendala...banjir mulai surut lebih kurang jam 7 malam...punca banjir ini dikatakan daripada limpahan sungai gombak...

berikutan kejadian nih...ramai yang menunding jari pada pengurusan terowong SMART...pihak pengurusan pula menafikan ini adalah tanggungjawab mereka...aku mengambil quote daripada hariandaily.blogspot (6/12/07)...

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah berkata, projek SMART hanya mengalirkan air banjir dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong untuk disimpan di kolam khas, tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah lebihan air ketika hujan lebat di Sungai Gombak...

jadi pada siapakah harus dipersalahkan...setiap kali berlakunya banjir kilat atau bencana alam yang lain di KL nih...tepuk dada tanya kepala...

sumber:hariandaily.blogspot


Monday, March 2, 2009

Goku Dah Jadik Orang Betul...Yeeha...

Dragonball Evolution (2009)
aku memang minat gila ngan cerita dragonball nih...daripada sekolah rendah lagi...rasanya komik dragonball nih memang aku kumpul sepenuhnya sampai episod 41 ke 40...ceritanya besh giler n menarik...pas tuh bila sekolah menengah aku selalu tengok kartunnya kat tv...uish pagi2 hujung minggu sanggup tak sarapan...so bila skang dah agak kertu nih dapat tau kartun nih difilemkan memang aku agak riang n terlompat-lompat macam aiman dapat tengok upin n ipin...cerita nih diilhamkan oleh Akira Toriyama...dragonball nih ada novel grafik, video games and siri televison yang cukup mantap...cerita nih mengisahkan tentang son goku, yang amat kuat daripada gaban melindungi bumi (selalu hero omputih jer yang lindung bumikan) daripada orang jahat (paling jahat piccolo) yang bersilih ganti...orang jahat nih semuanya nak cuba dapat objek mistik yang namanya diambik sebagai tajuk filem nih...watak-wataknya macam gohan, goku, piccolo, bulma, datuk kame memang gempak...so aku dengan tekad yang mendalamnya berikrar akan menghadirkan diri ke panggung yang berdekatan untuk filem nih pada 12 Mac 2009...insyaAllah...harap-harap filem nih tidak menghampakan peminat manganya yang setia macam aku nih...

pengarah : james wong
pelakon : james marsters, justin chatwin, jamie chung, emmy rossum
genre : action, adventure, fantasy
rating : U

graphic: ign.com

Aku Suka Make Up

masa duduk kat johor dulu rasa macam nak bubuh macam2 kat kereta...selagi yang terdaya tapi taklah sgt2 keterlaluan macam kereta orang negeri sebelah sana tuh...mungkin persekitaran yang membuatkan aku berkelakuan sebegitu...yelah ke mana-mana pun kebanyakan kereta kat johor nih mesti disolek walaupun sedikit...bak kata haney...kereta kat kota tinggi nih dah nak terbarai pun ada hidung (air scoop)...dan memang betul pun...selalunya kereta johor nih walaupun berada kat negeri2 lain senang nak kenal...mesti di make-up terutamanya kereta buatan malaysia...aku dan haney sendiri nampak kat melaka, penang, negeri sembilan, etc...so aku pun turut terlibat sama dalam proses menghabiskan duit nih...tapi kepuasannya lain beb...bila kereta aku accident kat port (taklah teruk sangat pun)...aku mengambil kesempatan memujuk haney untuk benarkan aku tukar rupa paras kereta wira aku nih...setelah berbulan memujuk akhirnya pengarah urusan pun memutuskan...so kami pun ke kota tinggi untuk proses2 pimp my ride nih (kalau kat area jb kota tinggi nih kira murah la untuk memodified kereta anda)...abis semua aku tukar dan pasang...

then bila pindah ke shah alam...aku rasa agak janggal sedikit ngan keadaan kereta aku nih...agak pelik dan keterlaluan daripada kereta2 yang lain...apsal ye...masa kat jb rasa biasa n sama jer ngan kereta lain...sampai la member aku Dato Kir cakap aku penyelamat dunia skang...bawak kereta BATMAN...hampes...tertusuk gak kat hati...bila lama kat shah alam nih aku rasa makin janggal...kereta aku macam agak pelik...n tengok kereta yang dimake up agak standard n normal aku jadik minat pulak...mulalah hati berkata2-kata...nak tukar balik...dan sekali lagi kereta aku accident membuatkan aku kembali berpeluang memujuk cik haney..eh dah puan skang...untuk menukarkan kereta ku kembali normal...so setelah diperkenankan aku pun apa lagi tukar semuanya dalam keadaan yang agak standard...penat gak aku pujuk n kene leteaq...dan selepas tuh Dato Kir kata aku dah pencen n jadik civilian...

apa-apa pun aku rasa seronok sebab berpeluang merasa n melihat pengubahsuaian kereta aku nih...walaupun hanya kereta malaysia yang biasa2 sahaja...dan aku dapat kenal n tahu mana2 tempat yang menarik n murah untuk tukar barang2 kereta nih...yang nih pun aku bleh bagi kredit kat haney gak...sebab dia banyak tunjuk aku tempat2 nih...dia otai gak bab2 modified kereta nih walaupun kereta dia tak besh...miahahaha...apapun minat aku tetap kat kereta-kereta belah johor...sebab gempak2 n ranggi seyh...walau kini aku dah taubat nak pakai bumper lowered n fibre lagi...susah nak jaga...(sila rujuk post aku tentang BUMPERKU dan PLAZA LOW YATTNYA)

ini masa aku jadi BATMAN (johor)

ini masa aku dah pencen (selangor)
ohh..yang nih plak masa dalam proses pertukaran itutapi korang rasa2 la yang mana lagi cun...awek in the picture is not included...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.