Thursday, December 24, 2009

Berkunjung Lagi ke Rumah En Goh Tong Bersama Adik-Adik

kedatangan adik2 dari JB bersama sepupu dan kawannya utk mengisi cuti hujung minggu telah kami penuhi dengan membawa mereka ke Genting Highland..dah hampir sebulan yang lalu diaorg plan nak datang umah...akhirnya tercapai juga...mcm2 gelagat diaorg nih...adik dan abg tak habis2 amik gambar sepanjang perjalanan menaiki skyway...masa pergi tu masing2 masih segar dan bersemangat...tp masa turun masing2 dah kepenatan, kesejukan dan ada yang pening2 lalat selepas masuk dalam bilik animasi 4D...beratur punyalah panjang utk take turn naik kabel car...ada lebih kurang sejam jugaklah beratur...sepanjang perjalanan pulang dalam kabel car masing2 mlayan perasaan masing2..akira plak pening dan mabuk..dah mmg tak bole naik flight naik cabel car pun mabuk meroyan...siannyer...takder byk citer...ni sebahagian gambar yang sempat kami rakamkan…kamera pun tak ingat nak bwk...penat jer charge dari pagi...

inilah kumpulan mafia parit sulong bersama ketua mereka - EN AIS (yang tinggi teramat tuh)

sangat seronot...sebab kali ini kami beramai-beramai...macam-macam kerenah dan macam-macam posing...

notaku di kerusi bergerakmu: lepas nih nak plan pergi camping plak ngn diaorang...cant wait...


Milo The Survivor

"yang...yang...alo jatuh yang…” uish..baru jer nak letak kepala kat sofa...mcmana bole terus mimpi ni…

"yaangg…” suara Akira agak cemas dari balkoni meluru ke arah haney yang terbaring kat sofa.

"yang, alo jatuh" haney yang masih terkipat2 terus melompat dari sofa dan meluru ke balkoni... terdengar suara Milo dari bawah...untuk pengetahuan korang...kitaorang nihkan peminat kucing...so Milo adalah koleksi kucing kami yang terbaru sekali...

“ aauuoooo...”

kami pun bergegas turun kebawah apartment utk menyelamatkan Milo...masing2 berdebar2 untuk mengetahui kadaan Milo...dan kami membayangkan sudah tentu Milo maut dlm kejadian terjatuh dari tingkat 6 tu...sampai kat bawah, makcik yang tinggal kat tempat Milo jatuh tu meminta kami mencari klinik haiwan secepat mungkin utk menyelamatkan Milo...Haney cepat2 pergi kearah Milo yang masih terduduk...bila lihat kelibat kami...Milo terus berhenti dari mengiau...bila Haney angkat badannya ada darah cair keluar dari mulut Milo dan keadaannya sangat lemah...ini melemahkan semangat kami dan kami jangkakan hanya 20% jer chances Milo untuk survive...tanpa berfikir panjang kami berikhtiar mencari klinik haiwan utk mendapatkan bantuan dan berharap agar Milo selamat...masa tu jam menunjukkan pukul 1.00am...dari Bandar Klang, Shah Alam hinggalah Subang...namun semua klinik haiwan tutup...terpaksalah kami bwk Milo balik...darah still keluar tp tk dapat dipastikan dari mana...takut nak membelek badanya kerana khuatir ada kecederaan dalaman...mlm tu kami tak nyenyak tido Milo semakin lemah terbaring...nafasnya semakin lemah dan kadang kala berombak kencang...pagi tu tepat pukul 8.00 pagi kami telah tepacak di klinik veterinar kerajaan...menurut doctor haiwan tu keadaan fizikal Milo normal...cuma dia takder equipment utk mengesan kecederaan dalaman...atas rasa tak puas hati maka kami hantar Milo ke klinik swasta utk membuat scanning...klinik dimana kami beli Milo 6 bulan yg lalu masa tu Milo berusia 4 bulan...menurut doctor Milo stabil...tiada kecederaan fizikal dan dia beri 2 injection utk menghentikan pendarahan dalaman...

seminggu dah kejadian ni berlaku...Milo semakin sihat dan telah kembali lincah...alhamdulillah...cuma sekarang perangai dan kelakuannya byk berubah...dulu tido meniarap skg tido telentang dan tiap kali tido mesti tido bersama kami...tabiat barunya juga tanak makan dalam bekas makanan utk pet yg kami sediakan...tapi dia akan amik makanan dari dalam tupperware...itulah kisah kebesaran Allah pada Milo kucing parsi yang kami sayangi...semoga semua nih jadi pengajaran kat kitaorang supaya lebih berhati2 dan belajar menghargai...


notaku di pendarahanmu: mungkin betullah org kata kucing ada 9 nyawa...sebab tu Milo bole survive…


Mencari Sesuap Hadiah

esok birthday mama...25th Dec...jingle bell...jingle bell...jingle all the way...so kitaorang pun pergilah mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada beliau...sebagai tanda ingatan dan penghargaan...haneylah yang jadi pemilihnya...merangkap sebagai model untuk post ini jugak...hadiah untuk hati seorang perempuan daripada kacamata seorang perempuan...




akhirnya kami sepakat memilih yang ini untuk beliau...cun tak??

for mama...happy birthday from both of us...semoga tahun yang mendatang akan membawa seribu kebaikan dan membuka lembaran baru bagi kita semua...semoga mama sentiasa bahagia dan kecapi segala dihajati... :)

notaku di bekas rantai mu: semalam semasa membeli sambil menyelam minam air sirap...huhuhu..shhh...

Thursday, December 17, 2009

Kesan Pemanasan Global...Memang Bikin Panas

tergamam...terkejut...gerammmmm...tak tau nak kata apa bila balik jer dari opis umah kami mcm kena tsunami...dari bahagian dapur sampilah ke ruang tamu membawa ke sebahagian bilik tidur habis di penuhi dengan air dan sisa sinki tersumbat...ini semua di sbbkan saluran sinki org atas yang telah menghamburkan isi nya ke rumah kami...busuk tahap logi kumbahan dibuatnya... kitaorg wat teori ni berpunca dari salur sinki tersumbat pastu diaorg jolok2 ngan kayu dan menyebabkan penutup salur yang bersambung kat umah kitaorg terbuka dan akhirnya semua terburai...org atas mesti ingat usaha diaorg berhasil tak tau plak kitaorg kat bwh ni yg azab…akira dah gi ketuk umah tu tp takda org plak…nampak gaya cam umah pekerja2 Bangla...hurmm...dari pukul 8.30 sampai 12.00 tgh mlm kita org mengemas...mengemop muka masing2 dah cam buruh kasar...busuk jgn ckp lah…nak cerita nih pun rasa macam terhidu lagi busuknya...korang tgk jer la gmbr kat bawah nih...gmbr nih saja dikecikkan dan tidak ditegakkan...tak sampai hati nak edit...sebab jijik yang amat...


























buat korang2 yang tinggal kat aparment ke condo ke...timbang rasa la sesama tingkat...jgn nak lepaskan diri masing2 jer...tak kira trajedi mcm nih ke...meludah dari atas ke...buang sampah ke...memekak tak tentu masa ke...sebab kalau korang yg kena pandai plak korang nak marah...





notaku di sisa kumbahanmu: bangla nih mmg nak kena muntah kat muka dia..baru dia insaf kot...



Berpesta Di Taman Tema

ahad lepas kami ke sini....menghiburkan hati...

sekeluarga...takde apa nak cerita..cuma nak kongsikan gambar2 bukti kejadian...

sessi pertama: menghabiskan wang ringgit yang ada

mangsa-mangsa kejadian

makcik penjual belon ini amat peramah dengan setiap pengunjung tak kira bangsa (1Malaysia)...beliau begitu ikhlas menjalankan kerja dan tanggungjawab...kami sempat berbual2 dengan beliau berkaitan pengalaman hidup beliau...dan berbangga kerana berpeluang bergambar bersama...(balik haney terus frame gambar nih)



untuk pengetahuan anda...dua orang pendatang asing itu bukanlah ahli keluarga kami...tetapi beliau tetap ingin bergambar dan tidak mahu berganjak selagi tidak di ambil gambar beliau...menurut beliau, adat resam di negara asalnya...setiap orang yg ingin bergambar tak kira di daerah mana haruslah mengambil gambar dengan beliau..jika tidak akan dibuang daerah...mendengar penjelasan itu kami terpaksa akur...

gambar kiri: gambar terakhir beliau bersama suami sebelum jadi meroyan...gambar dibelakang itulah yang dikatakan menjadi punca beliau meroyan setelah ditungganginya...

gambar kanan: menunjukkan beliau yg sedang meroyan cuba menolak suaminya jatuh dari jambatan gantung tersebut sambil beliau melaungkan berulang kali..."bilakah gerangan nak masuk meminang dinda...sudah lama dinda menanti...kalau sudi katakan sudi...tidaklah hamba ternanti2..."

notaku di gelongsor airmu: menarik gak sesekali berkumpul menghiburkan hati nih...cuma kena tempat yg sesuai dan menarik...sunway lagoon nih tak yah lah pegi lagi...takde apa pun...sama je dari dulu kala...

Wednesday, December 9, 2009

MYSpy............bersepai..

memandangkan kami ni memang peminat setia hasil karya Afdlin Shauki maka sebolehnya kami cuba meluangkan masa untuk menonton cerita terbaru arahan saudara Afdlin yang bertajuk MYSpy…cerita yang dibintangi oleh muka2 yang sama spt AC Mizal, Adlin Aman Ramli & Harun Salim Bachik dan dibantu oleh amoi2 jelita dan beberapa org pelakon dan pengarah lain yang sama berlakon…menurut Afdlin dalam blog nyer..." 'My Spy' is something i did for fun... leave your brain at home and just enjoy the fun. My Spy is a romp. A journey into frivolous fun like the pink panther, airplane, hotshots, etc. if you are looking for some intellectual discourse and stimulation, My Spy is definitely NOT FOR YOU. This movie was a made with a more rural and sub urban folks in mind."

But to me..takder kekuatan utk citer ni..sangat kosong dan ringgan, sangat ringgan dan melayang…kami harapkan sesuatu yang menarik dari Harun Salim Bachik bila dia diberi peluang utk jadi hero dlm filem ni..tp dek jalan cerita dan skrip yang agak kurang menyenggat maka apa yang kami harapkan tak kesampaian..”apa pun terhibur gak ngan watak abang salleh dan bag ninja turtle nyer tu…

Apa pun…selamat berkarya untuk semua...dan kami masih akan kuat menyokong Afdlin dalam industri ni...utk citer ni kami bagi 2.5/5 mintang...

notaku pada terung dalam mangkukmu: kenaper KRU tak guna teknik CGI yang canggih2 cam citer cicakMan ek…mungkin tak sesuai kot…

Thursday, December 3, 2009

Mari Berkorban

kami sambut raya haji tahun ni kat batu pahat…ptg tu habis je kerja haney gi amik maya kat station LRT shah alam..lepas tu terus amik akira kat bukit jelutong...kami gerak dari shah alam pun dah agak lewat 10.00pm...biasalah di musim2 perayaan nih highway mmg jam...akira cuba nak elak jam yang mula daripada nilai utara dgn lalu jalan lama which is nilai to seremban (thru mantin)...ingatkan line clear rupanya jam sama parah jugak dah lah tu jarak perjalanan jadi semakin panjang...dah lah jalan jam...minyak keter plak dah berkelip2...bayang2 petrol pump tak jugak nampak...terpaksalah tutup air-cond...haney yang masih dlm kadaan demam dan batuk ni tak berhenti2 batuk sbb terhidu udara luar...perjalanan diteruskan mujurlah jumpa petronas kat Mantin...mlm tu kami sampai kat kampung jam 3.00am...jauhnyer rasa mcm nak balik kelantan jer…

pagi tu akira sakit kepala sebab tak cukup tido n dah mula nak demam...dan juga dengan harapan dapat skip sembahyang raya...heheh..hasil pujuk rayu haney akhirnya akira bangun gak utk gi menyempurnakan fardu kifayah…lepas semayang...diaorg gi ziarah kubur arwah mak & abah...ptg tu kitaorg ada majlis sambutan anniversary angah/kak gee & abg salleh/kak Ina...dan jugak sambutan birthday akira, syafik, abg salleh & tasha…juadah terhidang tentunya yang paling simple dah cepat KFC, Pizza Hut dan kek Secret Recipe...lepas acara potong kek dan makan2...anak2 sedara ada upacara menyanyi utk dapatkan hadiah...lepas tu ada acara tukar2 hadiah...nih la suasana masa majlis tuh...





lepas majlis ni kaum2 adam semua gi surau utk membantu org kampung menyempurnakan upacara korban..2 ekor lembu...sejak dari tahun lepas akira teringin nak makan otak lembu...nampaknya tahun ni hajatnya tercapai...kak ina kata kalau nak masak otak lembu kena bungkus dalam perut lembu…balik nih kena berusaha utk masak lemak cili api otak lembu..(makanan exotic nih…)...yang lawaknya...masa akira berusaha mendapatkan otak lembu tu...tinggal dia sorang jer yang masih cuba memecahkan kepala lembu sedangkan org lain semua dah balik umah masing2…(weih baliklah dah maghrib dah)...hahaha...

hari raya ke-2...kitaorg satu famili menyambutnya di pacific mall, batu pahat...abg salleh belanja kitaorg gi tengok 2012...semuanya ada kecuali abg daud yang kena balik awal atas tuntutan kerja…hampir 3 jam duk dalam panggung...apapun citer 2012 ni mmg memuaskan hati...akira kata 3.5/5 mintang...grafik pun cantik..teknik cgi yang bagusss...jalan citer menarik...kalaulah ianya benar2 terjadi…huuurrmm…memang tak tau nak lari mana…


raya ni tak terasa sayu sangat...cuma time duduk sorang2 tu teringat satu persatu gelagat mak & abah kat umah...masa on de way balik KL tu haney terasa sedih sgt sampai menitiskan air mata...tp akira tak perasan sbb pakai sunglasses besar berukuran separuh muka…huk...huk...

sekianlah citer..sambutan hari aidiladha 1430H..

notaku di kepala lembumu: agaklahh2...kalau otak unta apa plak rasanya ye...tahun depan boleh dapat tak...


Ingin Menambah Berat Pinggang

orang kata perempuan ni lepas kawin badan mesti naik...tapi tak pulak kisahnya ngan haney... lepas kawin ni jadi semakin slim plak...kalau sebelum ni berat 43kg sekarang ni dah jadi 40kg dan kadang kala menjadi 39kg...oooohhh…tidak…dan yang harunya bila makcik2 ada yang menangis sbb tengok terlalu kurus...dia org ingat haney ni sakit atau susah hati ker…tp hakikatnya..makan mmg tak pernah skip…breakfast nasi lemak jadi pilihan hampir dua hari sekali...tghari nasi adalah juadah wajib disamping lauk2 ikan, ayam dan sayur...cuma haney agak kurang amik daging sbb penat nak kunyah dan usus ni mcm tak beraper friendly dgn daging...malam plak selalunya memang lapar nasi dan segelas susu everyday jadi teman sebelum tido…atas nasihat ibu mertuaku yang juga memberi sokongan untuk menchubby kan badan ni...skg tengah amik suppliment B complex...beli yang twin pack...(dasar haloba nak gemuk…) dah hampir habis satu botol 60 biji...tp berat tak juga bertambah…

petang ni akira janji nak bwk gi beli susu weight gain…harap2 berhasil…so...azam 2010 adalah utk menambah berat ker 48kg…AMIN!!!...semangat nih...

gambar ni diambil masa majlis tunang 2008...masa ni berjaya menambah berat ke 45kg...tu pun gara2 makan coklat cadboury setiap hari….huk...huk...

notaku di vitamin B mu: haney berusaha nak gumuk...akira plak tgh bertungkus-lumus nak kurus kembali...habis caner...



Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

salam aidiladha buat semua teman2 khususnya dan semua umat islam amnya...lebih2 lagi yg selalu mengikuti perkembangan blog kami nih...di harap segala2 yang berlaku dan kita lakukan mendapat keberkatanNya...raya haji tahun nih kitaorang akan celebrate di Batu Pahat...
sementara masih berkesempatan ini marilah kita sama2 merenungi pengorbanan mereka2 yang lalu...dan kesannya kepada kehidupan...dan renungkanlah juga apakah pengorbanan kita untuk diri, keluarga, masyarakat, dunia dan akhirat...

Thursday, November 19, 2009

Artis Malaysia...Artis Ku Kata

dalam dunia ni banyak benda yang pelik...kengkadang terasa pelik ngan diri sendiri yang suka tengok perempuan cantik, seksi, rambut yang cantik, bibir yang seksi…wakakaka...tapi diri ini masih lagi wanita tulen yang menyintai seorang lelaki…antara artis Malaysia yang aku suka tengok dan suka nak tau kisah hidupnya...

dulu memang minat gila ngan Dato' Siti...comel dan sopan...package yang cukup lengkap dgn bakat yang ada...tp sejak dua menjak ni cam kureng sikit...dia seolah2 tidak lagi menjadi diri sendiri...seperti terlalu ingin menjadi seiring Dato' K...



Sazzy Falak..tak tau lah kenapa boleh terminat ngan dia ni...mungkin sebab dia cute...dan minat tu datang sejak tengok citer Gol n Gincu The Series...satu lagi yang menarik tentang dia ni kan...walaupun dah kawin tp still stunning...pastu nampak cam loving couple jer...(nampaklah...hakikat tak tau plak...)



Scha Al-Yahya..boleh dikatakan muka baru dalam dunia glamour ..antara byk2 artis...rasanya dia ni pelik sikit sbb sikapnya yang agak kasar ala2 tomboy.... mungkin sbb tu dia ni selalu dapat watak yg mcmtu...nampak tak pura2..cuma kengkadang bila dia cuba nak jadi pompuan melayu terakhir ala2 lemah gemalai tu rasa cam pelik jer...tp saper tau satu hari nanti dia berubah jadi cam Vanida Imran plak...

Fazura…sebelum ni tak pernah perasan pun dia ni cute...pernah sekali officemate lama ckp dia ni cantik...sampailah bila suami sendiri kata yg dia suka tengok fazura...baru lah berjinak2 mengupload gambar2 dia utk mencari dimana sweetnya Fazura...oohh...memiliki senyuman yang manis walaupun berhidung pesek…sifat manja dan gedik semula jadi juga mungkin disukai oleh lelaki...

kepada anda-anda semua selamat maju jaya dalam dunia seni...dan semoga terus memeriahkan dunia seni tanah air dengan bakat dan kurniaan yang ada...dan bukan dengan gosip atau perangai yang ntahapahapa...

Saturday, November 14, 2009

Hall of Characters...En. Sudu Beraksi

hari nih kitaorang lepak kat Sri Cahaya...ferry ada concert for end year kat sekolah dia...junior classes akan pentaskan musical of disney untuk tahun nih...dan untuk group ferry akan pentaskan beauty and the beast...aku tanya kat dia...dia jadi watak apa...jadi beast tuh ke...selamba je dia jawab "I'll be a spoon"...aku punya ketawa la dgn haney...tapi bila dah tgk show diaorang nih ok lah...entertaining gak...bila tgk konsert kat sekolah ferry nih...aku teringat masa aku sekolah2 dulu...ada juga buat persembahan macam nih..tapi tak se"grand" dan segempak macam diaorang nih...advanced dah pelajar2 sekarang bila tgk pementasan diaorang...terutamanya untuk senior classes...baguslah...kalau seiring dengan pelajaran...tahun depan tak tahulah apa pulak si ferry nih akan jadik...

anyway ferry nih adik aku yang kecik sekali...standard 4...bravo lah untuk encik sudu nih...

notaku di kepala sudumu: lain kali cubalah watak hero plak..barulah aku tak nyuruk bawah kerusi bila dia keluar beraksi...

Friday, November 13, 2009

Kembali Ke Johor

perjalanan ke Jb kali ni utk memenuhi performance appraisal's interview kat JPL HQ... memandangkan appoitment tu hari isnin so haney pun angkutla akira sekali utk meneman trip kali ni...kitaorang bertolak pada hari ahad...gerak agak tengahari...ni semua gara2 insiden busuk yg tak dapat dielakkan...

lepas amik maya kat kota damansara kami pun bergerak ke kmapung batu pahat...maya cuti semester untuk dua minggu...jadi dia nak rehat2 kat kampung...sampai kampung lebih kurang pukul 5.00 pm...memandangkan rupa umah yg tak tak mcm umah maka haney memulakan aktiviti menyapu dan mengemas satu umah...lepas magrib kitaorg pun bergerak ke pasir gudang...sampai sana pukul lebih kurang 9.30 pm...petama2 sekali gi terjah umah kat scientex...saja2 tgk keadaannya yang dah lama ditinggalkan...pasir gudang dah byk berubah skg ni...pusat bandar dah siap menara aqabahnya...ada traffic light baru kat depan track pasir gudang...kitaorg berhenti kat tasik bukit layang sambil makan cucuk2...cantik dah tasik nih...hajat nak gi jumpa x-housemate haney tp masing2 takder kat umah plak...sokitaorg gi bandar JB plak makan steamboat kat dataran..nak sewa hotel pun dah agak lewat dan membazir...so kitaorg gi gegar umah abg salleh tumpang beradu…

pagi tu lepas breakfast haney terus ke office....akira plak gi bayar cukai pintu kat pusat bandar...then jumpa member2 lama kat pasir gudang tuh…petang tuh lepak sekali lagi kat masai dgn group lama...kitaorg tolak dari pasir gudang pukul 10.20 pm lepas makan ngan abg salleh...perjalanan mlm ni masing2 byk mendiamkan diri dari berbual…kami cuba highway baru thru cahaya masai...senai-desaru expressway...gelap keadaannya dan lebih jauh daripada pasir gudang highway...sampai Shah Alam 2.30 am...arrghhh...penatnya esok nak mulakan kerja balik...akira plak ada court case kat Segamat nak kena bertolak seawal jam 05.30 am…uisshh...siannyer…

notaku di menaramu: tiba2 rasa syiok plak lepak kat pasir gudang...rasa macam nak bercuti kat sana plak nanti...boleh???....hahaha...

Thursday, November 12, 2009

Lambaian Kaabah

masa zaman kecik2 dulu mak & abah ada gak bawak gi Senai hantar makcik @ pakcik gi haji...dan kali terakhir masa hantar arwah mak & abah 14 tahun yang lalu. pun kat Senai...lama lah jugak dah kiranya….dulu kalau gi Haji...orang kampung akan sewa van dan ada gak yang sewa bas...semangat kejiranan org kampung ni mmg lain mcm sikit…

ini plak kali pertama Haney hantar orang g Haji kat KL...kali ni kami hantar makcik & pakcik dari Kota Tinggi...adik bongsu arwah abah yang berangkat ke tanah suci pada 11/11/2009 @ 01.30 am melalui KLIA...mengikut jadual jemaah akan masuk ke dalam dewan check in di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pukul 09.00 pm...kitaorg plak menjajau cari jalan ke kompleks Tabung Haji nih...pusing punya pusing akhirnya jumpa gak tempat yang dicari... khabarnya malam nih ada 2 buah kapal terbang. yang akan berangkat ke sana..so bayangkan lah berapa ramai org yang berkumpul kat sini tambah lagi dengan cuaca hujan yang kejap renyai kejap lebat...mereka nih daripada seluruh Malaysia...berkumpul kat sini untuk berlepas dan khabarnya terdiri daripada senarai standby...kesian tgk diaorang menunggu daripada pukul 04.00 pm...ada yang dah terbaring dan tertido kepenatan kat khemah luar menunggu...lebih kurang dalam pukul 10.45 pm...semua jemaah selamat masuk ke dewan check in untuk berlepas ke KLIA...

bila ada kat sini...melihat diaorang semua nak berlepas...dengan memakai ihram dan pakaian haji...hati Haney rasa sayu dan teringin sangat nak cepat2 ke tanah suci...insyaAllah satu hari nanti....

kepada semua jemaah...selamat menunaikan ibadah haji dan semoga dapat haji yang mabrur...

notaku di pintu kompleks mu: tabung haji patut tingkatkan lagi kualiti servis dan tempat menunggu untuk jemaah nih...dah lah kena tunggu lama...kena tunggu bawah khemah kat luar plak...penat diaorang nak ke sana...sedangkan diaorang tahu yang pergi nih puratanya dah lanjut usia...aperaaa...

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.