Saturday, December 20, 2008

Berjumpa Jua

Lama dah aku tak jumpa anak berdua ini...seingat aku sejak dari umur diaorang 5 dan 6 tahun...yeaps itulah kali terakhir rasanya aku tengok wajah anak-anak buah aku berdua nih...Eliya Shafinaz dan adiknya Elissa Shahanaz...mereka duaorang nih anak kakak aku...tinggal dengan nenek belah ayahnya di Negeri Sembilan...pada Hari Raya Aidiladha lepas berkesempatan jua aku bertemu dengan diaorang bila diaorang balik ke rumah ibunya...kebetulan malam tuh kami sambut Hari Jadi si Elissa...dah 11 tahun dan dia skang...si Eliya banyak berubah dengan rambut pendeknya...agak hilang jugak kecomelannya waktu kecik dulu...katanya terpaksa potong rambut tuh begitu sebab aktif sukan...si Elissa tak banyak berubah...ke tak berubah langsung...takpela...harap lepas nih takdela lama tak jumpa lagi macam sebelum nih...aku pun dah kat sini...

Bukit Antarabangsa dan Isi Perutnya

Dapat satu email daripada seorang sahabat lama dari tempat kerja lama dulu (JPL). Thanks Bro Roslan! Agak tertarik dan bersetuju dengan isi kandungannya walaupun agak kasar pada pembacaannya. Isinya dalam dan menyentuh kotak fikiran. Membuat aku berfikir dan merenung lama tentang kehidupan alam. Menarik untuk diperbincangkan jika ada yang berminat. Jadi kat bawah nih aku muatkan semula isi kandungan email tuh tanpa aku ubah. Lepas baca harap sangat korang tinggalkan komen korang tentang penulisan sedare kita yang tak dikenali ini....mungkin dapat kita bincangkan...

"Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!


Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?..Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan ?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...

LU PIKIR LA SENDIRI!!

Semlm dalam rancangan NASI LEMAK KOPI O di siaran TV9, Cik Mek Kelate terang2 cerite bahawa di kawasan tersebut yang di kelilingi rumah2 batu (bungalow) yang besar Cuma terdapat satu sahaja SURAU yang kecil (mek tunjuk dengan jari kelingking dia¡­he..he..he..) & tersangat uzur serta kecil bebenor¡­dan tidak terdapat masjid yang berdekatan¡­¡­.masjid jauh kat rumah Dato K (dekat sekolah agama ampang)¡­.Cik Mek kate lagi (dengan loghat kelate) ¡(r)ajaib sungguh kerana 2-3 biji rumah yang berhampiran surau kecil tersebut­..xkena langsung walaupun secalit tanah­sambil dia katarenung-renungkan lah¡
Nama jer ramai Melayu yang beragama ISLAM..tapi nak buat masjid pun kedekut..itu ler kena padah¡­..pulak tu mengada2¡­.mkn-minum PBSM masakkan tak macam mangsa banjir mereka masak sendiri¡­.pastu nak mintak hotel¡­.wei¡­berapa punya besor ko duduk atas dunia ni¡­.?? Naik helicopter¡­.mangsa banjir naik bot buruk¡­yang mampu bawak 2-3 org shj dlm satu2 masa¡­.LU PK ler SENDRI¡­!!!

P/S: pada yg meninggal¡­¡­kita sedekahkan dengan AL-FATIHAH¡­.AMIN¡­



Pada yg ada keluarga di kawasan ni pikir2kan ler..coz smlm khutbah raya pun dah ckp ni bala yg menimpa kepada org2 berharta yg masih tidak ingat ke jln ALLAH SWT¡­bukannya malapetaka or bencana alam..tetapi bala..imam yg memberi khutbah tu sendiri yg bercakap..disebabkan kerakusan manusia n org2 berharta hendak duduk di cerun2 bukit hah ni la akibatnya¡­sebab bukit tu benteng bumi..jadi bukit/hutan tu hak tuhan tiada siapa layak utk menceroboh hak tuhan "

Wednesday, December 17, 2008

LOS DAN FAUN yang kelakar tapi kurang kick!!!


Rabu lepas sempat jugak aku ke pawagam masa ke JB untuk persiapan dengan Haney. Kerana tak tahu ke mana arah tujuan kami malam itu dan kerana aku adalah pengikut setia filem Afdlin Shauki (lu besh la beb)...kami pun mengarahkan diri ke TGV, AEON Tebrau untuk menonton filem Los dan Faun.

Filem ini dikira agak kelakar jugaklah tapi kurang kicknya berbanding filem-filem Afdlin yang lalu...lawak yang diketengahkan memang totally merapu seperti yang dikatakan Afdlin dalam kebayakan promosinya...mampu buat aku tertawa walau kadang-kadang rasa apa benda la dia neh...komen ikhlas aku untuk filem nih..Hans Isaac tak sepatutnya diletakkan di situ sebagai Carlos sebab beliau tidaklah sekelakar mana...mungkin kalau diletakkan pelakon lain filem ini akan lebih menjadi...kerana jalan ceritanya amat menarik sekali...penghabisan juga amat memuaskan hati..tidaklah seperti filem-filem melayu yang sering menggantungkan penghabisan filemnya untuk membuat episod 2...walaupun yang kedua itu nanti tak la sebesh mana pun...apapun aku tetap salute ngn Afdlin dan ucapkan tahniah untuk filem mu yang ini...dan harap akan terus berkarya hingga bila-bila..sebab lu adalah amat bagus dan kreatif sekali...tak sabar nak tunggu PAPADOM.

Sempat jugak kitaorang berposing kat depan TGV tuh sementara tunggu masa check-in....

Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidiladha

Di kesempatan ini aku n cik Haney ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh masyarakat Islam...Raya Aidiladha ni seperti tahun-tahun yang sudah aku sekeluarga sambut dengan serba sederhana dan kami berkumpul sekeluarga je...berbual-bual...makan-makan...tahun ni kami berkumpul di rumah Along di Senawang...dengan wan (nenek)...walaupun plan asalnya nak balik kampung (Dioh)...tak larat, traffic teruk wooo...Cik Haney plak agak sibuk di Parit Sulong...kerana ibadah korban yang dijalankan sekeluarga...sembelih lembu berkopiah...Anyway, sambutlah salam kemaafan dari kami berdua sekiranya ada yang mengguriskan...dan semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan...

Saturday, December 6, 2008

Bumperku dan Plaza Low Yat nya....

Hahaha...bumper yang kusayangi dan baru ku repair gugur jua akhirnya...dan yang memalukan ia gugur di parking lot Plaza Low Yatt...Aku g Low Yatt nak beli laptop Papa rabu lepas...entah macamana masa nak masuk boleh lepas...bila nak keluar boleh sangkut dan terus roboh...taubat tak nak pakai bumper fibre dah...serik nak menjaga n merepairnya...Dek kerana kejadian itu habis aku ditertawakan seluruh pelosok alam (termasuk cik Haney...nyway ur skirting jgugur juak di tengah jalanraya...lagi ramai orang nampakkan)...balik cerita ngan Papa ingat nak simpati...tapi dengan selambanya dia menjawab..."It s ur fault..ur car is too low" dan terus beliau melangkah pergi...tanpa berpaling lagi...adeh...



Friday, December 5, 2008

Penat Ku Elak...Akhirnya Buat Pertama Kali di TAG Jua....

Adeh...Tak pernah-pernah kena tag...Tiba-tiba pagi ini ditag pula buat pertama kalinya oleh Mr N and Mrs N...Oleh kerana aku takde kerja dan P.A ku sedang sibuk bermain solitaire di depan mata...I'll answer dis...

1. Do you think you're hot?

Well, not that hot since it still in the morning and im inside the office with full blast air-cond...


2. Upload your fav picture...

3. Why do you like the pic?

Donno why...since the first time I took this picture in candid...really luv it...she's look cute...but i'm cuter..kan...

4. When was the last time you ate pizza?

Last month...with Nisha n Ferry at Dominoes, Subang...

5. The last song you listened to..

I Still Believe - Mariah Carey (dinyanyikan semula oleh P.A ku sambil bermain solitaire)

6. What are you doing right now beside this?

Preparing documents for auditor...try to contact Haney but she never pick up (angkatla nak bagitau Cik Ber tag you nih)...

7. What name do you prefer besides yours?

Hash

People I would like to tag..

  • Mummy
  • Norazita
  • Haney
  • Dato' Kir
  • Pemanis

8. Who is #1?

Mummy yang ku pelik mengapa namanya dipanggil mummy...sedangkan anak2nya memanggilnya mama...kawan sekolah ku di TMS yang dahulunya tak pernah sedar kewujudanku...

9. #3 is having a relationship with?

Of course with me...ahahah...saja je..nak senang jawap soalan nih...tuh yang letak nama dia...

10. Say something about #5?

Ayu nak kawin dah kau...banyak bersabar n harap semuanya berjalan lancar...biasakla hidup mesti banyak dugaan...harap semua tuh akan dijadikan teladan dan jadi pegangan untuk terus kuat menghadapi alam yang baru (macam nak g planet lain je...)

11. How about #4?

My best fren...masa kat Seri Titiwangsa...jadik bapak dah dia...cam tak caya je neh...ahahaha...

12. Who is #2?

One of my frens in this blogs world...

Rasa-rasanya nama cik Haney pun ada di tag kan...so answer us....

Lagi...Kanak-Kanak Hilang!!!

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera,
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila hubungi En. Rosli di talian 013-606 5757 atau e-mailkan ke nurshah_shanur@yahoo.com.sg / norliza_cni@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda. Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil. Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.Sekian, terima kasih.
Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai . ..

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.