Thursday, November 27, 2008

Fikiran Ikut Perasaan

Akal : Kalau ikut aku kau bahagia.
Hati : Aku juga bole beri yang sama.
Akal : Apa yang dapat kau beri.
Hati : Kemudahan kini, keseronokan kini, kegembiraan kini dan kesenangan kini dengan mudah.
Kau pula?
Akal : Kemudahan, keseronokan, kegembiraan dan kesenangan dengan susah tetapi untuk
selamanya...
Hati : Dengan susah? Waktu yang lama? Siapa yang mahu begitu?
Akal : 1 dalam 10.
Hati : Maknanya 9 aku punya. Itu tandanya aku menang kan..? (Ketawa).
Akal : (Diam).
Hati : Kenapa diam kau takut...kau sudah kalah...kau memang lemah...(Ketawa)
Akal : Bukan..! Aku diam untuk berfikir bukan takut...
Hati : Lalu apa yang kau dapat? Kalahkan..?
Akal : Tak apala HATI...
Andai 10 kau dan aku 1...
Andai 100 kau dan aku 10...
Andai 1000 kau dan aku 100...
Tetapi percayalah walau 100 : 1000 yang ada akan mengalih ke infinity suatu hari nanti kerana ianya berkekalan untuk selamanya...
Hati : (Angkuh) Kita lihat nanti....

Saturday, November 15, 2008

Budak Busuk


Hari ini aku ke Low Yat Plaza...dan haruslah melalui Jalan Bukit Bintang...sebaik sampai di hadapan McD Bukit Bintang tuh...pemandangan aku terus dicemari dengan anak-anak muda...ermmm...cam tak sesuai...aku rasa yang lebih sesuai ialah anak-anak kecil...sebab budak-budak sangat...sekolah rendah pun ada kot...bertenggek, terkinja, melompat, menjerit, menjalar, dan sbgnya di kawasan itu...rasa sakit hati bercambur baur dengan rasa sedih...bukan apa...semuanya anak melayu...dari fesyen pakaian...bersubang (kolotkah aku)...berambut hijau, ungu, pelangi, pink (kolot jugak ke yang nih)...merokok (kecik sangat)...hinggalah pada perlakuan mereka...semuanya menjengkelkan...

Dari mana la keluarnya diaorang ni...dan terus kesimpulan dibuat...mesti dari Pekeliling ke, Pandan ke, Keramat ke, dan kawasan yg sewaktu dgnnya...bukan nak merendahkan...atau mengatakan semua orang kat kawasan yang disebutkan tuh rendah akhlaknya...buruk kelakuannnya...so bacalah dulu sampai habis baru nak marah ke apa...cuba kita alihkan sedikit pandangan kita ke Bangsar, Subang dan kawasan yang sewaktu dengannya...anak-anak kecil seperti ini tetap melepak...berpeleseran...tapi dengan gaya, tempat, pemakaian, kelakuan yang berbeza...bak kata orang tuh sedap mata memandang...tidak seperti yang kat depan mata aku ni tadi....jalan dah lah sesak...diaorang ni kat depan mata tambah menyesakkan...bukan saja mata malah kepala...hati...jantung...

Tapi siapa harus dipersalahkan...pergaulannya kah...mungkin ya mungkin tidak...sebab kalau bebudak di Bukit Bintang ini dibesarkan dan bergaul dengan mereka di Bangsar contohnya...tentu mereka seperti yang di sana...mungkin tidak begini jadinya...mereka tak minta dibezakan...kalau boleh semua nak senang dan jadi orang...kan...entahlah aku pun tak tau korang faham tak apa aku cuba sampaikan...cuma yang aku cuba persoalkan di sini...mereka kah yang harus dipersalahakan hingga jadi begini atau tempat mereka dibesarkan dan dididik...

Cuma satu yang aku pasti dan setuju dengan pernyataan Pae...budak-budak ini nampak busuk...Yeah...terlalu BUSUK...

p/s:- takat nampak lelaki emas sahaja tiada gunanya...aku telah melihat lelaki silver dan lelaki hijau...cuma malangnya tangan ini tidak sempat mengambil gambarnya...cuma aku tak pasti apakah tujuan diaorang ni...
 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.