Seandainya kehadiran Syawal tahun ini begitu dinanti dengan seribu kebahagiaan dan kegembiraa, tapi tidak bagi kami sekeluarga…cukuplah sekadar menyambutnya secara ala kadar...tidak ader kerdipan lampu pelita menyinari malam tujuh likor, tiada kesibukan emak didapur menyiapkan kuih muih, tiada kesungguhan abah menghias rumah, tiada suara adik2 bermain meriam, tiada apa yang boleh membezakan suasana menjelang hari raya dengan hari biasa…
Kami redha dengan ketentuan ini, tanpa kehadiran abah di sisi kerana panggilan Ilahi, ditambah pula dengan keadaan kesihatan emak pula yang tidak mengizinkan ia aktif seperti sebelum ini...ia begitu menguji kesabaran kami adik beradik... Walaupun kami terpukul dengan ujian ini tapi kami redha kerana apa pun ketentuan Ilahi buat hambanya itu pasti ader Rahmat disebaliknya...
Dalam pada umat islam seluruh dunia sibuk menyediakan persiapan menyambut hari raya, kami sekeluarga sibuk mencari penawar utk sakit emak...sebagaimana Janji Allah pada hambanya dimana setiap penyakit itu ader penawarnya.melainkan mati...selagi itu kami berusaha menjejaki penawarnya…
Emak…walaupun kami semua telah dewasa, bisa meguruskan diri, bisa berdiri atas kaki sendiri...tapi kami masih perlukan kehadiran mu, menegur setiap kesilapan kami, kami rindu gurau tawa mu, kami rindu leteranmu, kami rindu masakan dari air tangan mu...
Kami janji, selagi masih diberi Allah kekuatan...kami akan sama2 usahakan walau terpaksa merenangi lautan, walau terpaksa mendaki gunung ganang, walau terpaksa menelan bara api…kerana cinta kami padamu walaupun sukar didengar dengan kata2 tapi ia terlalu agung dalam diri ini...
Kerana semangat dan kekuatan mu kami ader di dunia ini, kerana tulang empat kerat mu kami membesar menjadi manusia berguna…dan kini tibalah masanya kami pula menjaga mu...kami memohon pada Ilahi pulihkanlah kesihatan ibu kami….dan semoga kami temui penawarnya……………………………….amin.