Monday, October 4, 2010

Cemas!! Terperangkap dalam lift

Aku, En Akira &Am ( Model kami masa night shoot @ Bukit Bintang) telah tag along En Monoriz untuk shoot satu majlis pertunangan di Pantai Dalam. Aku bukan nak cerita pasal majlis pertunangan yang berlangsung tapi nak cerita tentang tragedi yang menimpa rakan- rakan dan juga pengantin. Selepas selesai majlis kami turun ke ground floor untuk sesi outdoor. Rumah pengantin di tingkat 10. Dalam lift tu ada lebih kurang 9 orang termasuk pengantin, mungkin nasib aku baik sebab tak masuk dalam lift yang sama kerana tertinggal handbag di dalam rumah. Sesampainya di ground floor aku terdengar bunyi loceng dari lift sebelah…alamak..!! kawan- kawan yang turun tadi terperangkap dalam lift termasuklah en Akira.
Loceng..loceng berbunyi, ada orang dalam bahaya didalam…(baca ikut lagu wonderpet)

Bertenang yer..saya akan dapatkan bantuan
Aku pun berjalan sambil berlari-lari anak menuju ke pak guard untuk dapatkan bantuan. Boleh pulak pak guard tu kata lagi setengah jam maintenance akan sampai..kalau setengah jam tentu mereka semua longlai tak cukup oksigen tambah lagi isteri en monoriz tengah pregnant ( belum sempat nak ucap tahniah..)

 Nasib baiklah bomba datang lebih awal, cepat, pantas dan cekap.

 Tak sampai 10 minit Bomba penyelamat berjaya membuka pintu lift.

Ada riak kelegaan bercampur gembira di wajah En. Monoriz.

Alhamdulilah semuanya selamat. Selepas berehat hampir 30 minit, kami meneruskan sesi outdoor. 

Notaku di liftmu: abang bomba jangan marah yer, saya bukan reporter,saya hanya wedding photographer. Amik gambar suka2 untuk koleksi peribadi.

No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.