Wednesday, December 17, 2008

LOS DAN FAUN yang kelakar tapi kurang kick!!!


Rabu lepas sempat jugak aku ke pawagam masa ke JB untuk persiapan dengan Haney. Kerana tak tahu ke mana arah tujuan kami malam itu dan kerana aku adalah pengikut setia filem Afdlin Shauki (lu besh la beb)...kami pun mengarahkan diri ke TGV, AEON Tebrau untuk menonton filem Los dan Faun.

Filem ini dikira agak kelakar jugaklah tapi kurang kicknya berbanding filem-filem Afdlin yang lalu...lawak yang diketengahkan memang totally merapu seperti yang dikatakan Afdlin dalam kebayakan promosinya...mampu buat aku tertawa walau kadang-kadang rasa apa benda la dia neh...komen ikhlas aku untuk filem nih..Hans Isaac tak sepatutnya diletakkan di situ sebagai Carlos sebab beliau tidaklah sekelakar mana...mungkin kalau diletakkan pelakon lain filem ini akan lebih menjadi...kerana jalan ceritanya amat menarik sekali...penghabisan juga amat memuaskan hati..tidaklah seperti filem-filem melayu yang sering menggantungkan penghabisan filemnya untuk membuat episod 2...walaupun yang kedua itu nanti tak la sebesh mana pun...apapun aku tetap salute ngn Afdlin dan ucapkan tahniah untuk filem mu yang ini...dan harap akan terus berkarya hingga bila-bila..sebab lu adalah amat bagus dan kreatif sekali...tak sabar nak tunggu PAPADOM.

Sempat jugak kitaorang berposing kat depan TGV tuh sementara tunggu masa check-in....

No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.