Tuesday, September 8, 2009

Hartz Camel Buffet

dah hampir 2 minggu kita posa..dah byk param (pasar Ramadhan) kami jejaki..sampai tak tau dah nak mkn apa…semua benda dah cuba... hari boleh plak kitaorg tetiba teringin nak mkn unta...pikir punya pikir akhirnya kami gi Sunway Pyramid..kerana dipercayai di sana ada sesi lelongan unta...

ALAMAK!! jalan jammed plak.."sekarang diumumkan waktu berbuka puasa bagi kawasan Lembah Klang dan kawasan2 ygt sewaktu dengannya...” terpaksa buka dalam keter nasib baik ader kopok ikan..boleh lah dari takder…tercekik-cekik buka puasa tanpa air...

sesampai di sana kami terus mendapatkan seekor unta yang dilelong di hadapan stage…hampir lapan jam setengah gak kitaorang cuba menjinakkan dan memujuk unta ini untuk disembelih...boleh tahan gak degilnya unta bandar nih...selamat proses penyembelihan mengikut hukum syarak...kitaorang pun hantar unta tersebut ke Harts untuk dibuffetkan...so kalau korang nak makan kat sini ingat takleh terus pegi...kena dapatkan unta sendiri dulu...kalau tak no entry...

kat sini ada mcm2 jenis masakan unta..nama pun buffet..ada unta goreng, unta 3 rasa, bubur unta, salad unta…biskut mama unta..sup unta..serba serbi unta...pekerja kat sini kasut pun semua Camel Active...

punyalah berselera…semua jenis makanan nak cuba rasa...dari yg berat hinggalah yg ringgan..1 pinggan, 2 pinggan...masing2 mcm berlumba makan...yg bestnyer kitaorg boleh lepak kat sini sampai restoran nih tutup..selagi terdaya kitaorg belasah jerlah apa yang ada...
tgk lah saudara kita nih...dah tak larat dah nak angkat muka…walau bagaimana pun cik adik sorang ni masih berdaya meneruskan perjuangan, nampak jer kecik tp steady…tak rugi gi bwk mkn buffet..

lepas makan lebih kurang pukul 9.30pm...kami bertemu dan bermesra ngan tuan rumah sambil mengucapkan terima kasih...anda juga diwajibkan mengukur ketinggian setiap kali lepas makan di sini...sebab diaorang tgh buat kajian kaitan ketinggian dengan ekor unta...(apasal lepas mkn daging unta aku semakin kemetot...)...and 3 mintang jer untuk restaurant nih...


nota ku bersama unta mu: teguran untuk encik Hartz...weih makanan habis top up la...kata nih buffet..

No comments:

 
sketch of moments - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.